Monday, April 21, 2014

Poster Rekaan Sendiri Lebih Puas Hati Donk


Poster Rekaan Sendiri Lebih Puas Hati Donk


Poster Rekaan Sendiri Lebih Puas Hati Donk


Saturday, April 19, 2014

Bas Kemalangan, Pemandu Positif Dadah

Umumnya kita maklum penagih dadah adalah manusia yang tidak boleh diharapkan untuk apa-apa amanah sekalipun. Jiwanya kacau, kerana telah meninggal agama ke belakang. Bukan dia ikut agama. Macam mana nak percayakan manusia yang GAGAL memimpin diri sendiri. Terjerumus ke lembah dosa.

Berkata seorang kawan,Farid Japari, "Jika dahulu, manusia menjadi penagih dadah kerana kejahilannya, namun trend berikut sudah bertukar, manusia menjadi penagih disebabkan oleh keperluan hidup nya bekerja".

Anda tahu, kenapa pemandu-pemandu bas dan lori mengambil dadah?

Ada antara dadah yang berfungsi menjadikan pengambilnya tidak mengantuk, sebagai pemandu, mereka mesti membawa bas atau lori tepat masa tiba di lokasinya. Setiap hari memandu jauh boleh menyebabkan mereka bosan. Lalu mau tak mahu, mereka mengambil dadah untuk keperluan kerja.

Dependen.

Namun mereka tidak sedar, lama kelamaan mereka mula ketagih. Tubuh menjadi tidak sedap dan jiwa menjadi sedikit kacau jika mereka putus bekalan.Dikala itu mereka tak sedar, bahawa mereka telah pun ketagih.
Sunday, June 13, 2010
Tuesday, November 17, 2009

Puan Hajah Zaidah Dalam Kenangan

Saya baru pulang menziarahi rakan kaunselor yang telah berpulang ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi. Beliau Puan Hajah Zaidah binti Ismail, Kaunselor SMK SAAS, meninggal di Hospital Kanser Nilai.Beliau mengidap sakit kanser leher akan di kebumikan esok pagi jam 9.00 di tanah perkuburan Sungai Kantan, Belakang Masjid Kajang.



Ramai rakan kaunselor hadir pada malam ini. Orang ramai masih datang ketika saya mudik pulang. Al-Fatihah...



Ceramah dadah di sekolah Rendah

Satu Penilaian Terhadap Diri Sendiri

Entah kenapa, saya jarang merasakan puas dengan power point yang sama ketika menyampaikan ceramah walaupun tajuknya sama.

Jika ada 10 ceramah, maka 10 bentuklah gaya ceramah saya ubah. Setakat ini belum ada yang saya ulang-ulang 100% persis sama dengan ceramah sebelum. Lebih-lebih lagi tajuk penyalahgunaan dadah.

Selama ini, saya banyak menggunakan slaid tersebut untuk sekolah menengah, maktab dan IPTA. Tidak pula rasa tinggi sangat isinya.

Namun hari ini, apabila berbicara tentang nikotin, stimulan, depresen, Opiat, Disigner Drug, LSD, Amfetamin, MDMA dan sebagainya, rasa macam di awan-awangan. Dari riak wajah mereka, nampaknya macam tak berapa faham apa itu istilah-istilah yang terlalu sains bagi mereka.

Rasanya lain kali, untuk lebih baik, cukup saya terang secara sepintas lalu seperti dadah terdiri dari 5 jenis utama, iaitu DOSKAH. Depresen, Opiat, Stimulan, Kanabis dan Halusinagen. Cukup...

Yang lain-lain macam gambar penagih, HIV, lagu Belia Benci Dadah, nampak OK saja dan menambah bulat mata mereka.

Ketika En.Faizal dari PENDAMAI yang menjadi penceramah kedua bertanya apa itu dadah? Masih ada yang ngaur. Tidak begitu jelas...

Bab jenis dadah itu kena modifight balik, namun bab lain dah OK, cuma kena banyakkan cerita-cerita macam geng yang lain.

En.Faizal ni katanya ada facebook, beliau nak masukkan kisah hidupnya yang sempat jatuh ke lubang penagihan ke dalam facebook.


















ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.