Saturday, August 30, 2008
Selamat Jalan Pak Tan

Haha, saya terima emel dari seorang teman lama. Sesuatu yang menarik untuk direnungi dan dihayati. Tak direnungi pun ia akan datang termangu dalam fikiran. Elok sekali lagi sembari hadir bulan suci ini, kita muhasabah diri dan berusaha menjadikan fiil kita lebih baik di sisi Tuhan dari semalam. Kerna esok kita kan pergi buat selamanya. Kedatangan Ramadhan bagi saya, mengingatkan kita pada yang pergi,yang sekian tahun tertimbus dalam tanah nan sepi, tiada siapa yang sudi mengjenguk, apatah lagi menjadi peneman.Ayuh, kita galangkan semangat, bantu mereka yang pergi dengan Al-Fatihah.
Sementara itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs yang telah memanggil saya memberi bimbingan kepada staf sekolah bagaimana membuat blog.
Blog satu
Blog Dua
Blog Tiga
Blog Empat
Khusus buat En.Rahim yang telah berusaha mengadakan program seumpama ini. Semoga sekolah lain akan mengekori kemudian hari.

Friday, August 29, 2008
Foto Guru SK Tmn Ceupacs Dalam Program Bina Blog
CHERAS ; 30 Ogos 2008,SK Taman Ceupacs dibawah usaha En.Rahim telah mengadakan program perkembangan staf bagi guru sekolah tersebut. Dalam program ini, saya dijemput untuk menyempurnakan program ini selaku tenaga penunjuk cara.
Tidak berapa lama dulu, pernah keluar dalam akhbar tempatan, guru-guru di Eropah kini memiliki blog sendiri dan murid hadir ke sekolah tanpa membawa buku lagi. Mereka dibekalkan dengan Lap Top, manakala guru mengisi nota pelajaran dalam blog mereka. TAHNIAH SK TMN CEUPACS.

Rugi Kalau Tak Pandai Bergurau
Anda pernah bergurau dgn pasangan anda? Apa? Tidak pernah? Jadi, bagaimana gaya tiap seorang? Paling muka, masam, muncung, macam patung?
Alahai...rumahtangga orang cemerlang dan gemilang adalah rumahtangga yang dihiasi keceriaan. Gelak tawa itu melambangkan kesukaan, keceriaan dan kegembiraan. Mana mungkin anda mengaku bahagia sedangkan mulut teramat berat untuk dibentuk sebagai senyuman? baca selanjutnya
di kutip dari : http://ibu-ayah-xtvt.blogspot.com/Kemahiran Adobe Photo Shop
Nampaknya member blogger ramai jugak yang mahir, terutama Azza, mungkin dah menuntut sakan ni.
Thursday, August 28, 2008
Ramai Tak Tahu
Tengok ruang sebelah kanan yang ada, masih kosong. Caranya, log in macam biasa pada www.blogger.com, klik view blog, tengok dibawah kotak dialog box ini ada ikon spana, klik pada ikon tu, pada jumlah ketinggian anda ubah width dari 180 ke 220 dan height dari 500 ke 600. Cubalah tengok hasilnya,kalau besar sangat kecilkan sikit.
Tuesday, August 26, 2008
Adakalanya
Alahai...hidup ini kena gembira...tapi bila ingat farmako, tersentap sekejap. Minggu depan saya kena bentang farmakologi dengan tajuk Benzediazepin. Nak cari kawan atau sesape yang boleh tolong huraikan tentang benda alah ni. Siapa boleh tolong saya.......???
Nak cari makna anexia pun tak da dalam kamus. Mana lagi nak explore ya?
Nak cari makna anexia pun tak da dalam kamus. Mana lagi nak explore ya?
Lagi Foto Sekitar Lawatan Spada
KUALA LUMPUR : Rombongan SPADA bertolak jam 8.10 dari USIM Pandan Indah menuju ke Pusat Rawatan Geha Bodhi, Kuantan Pahang.
Ni di Pondok Wakaf Bharu.

singgah jap kat Masjid Kristal Terengganu

Mendengar penjelasan dari Tuan Guru berkenaan sistem rawatan yang beliau berikan kepada penagih dadah
Monday, August 25, 2008
Geha Bodhi, Kuantan
Antara tuan rumah yang memberi taklimat berhubung kaedah rawatan di sini.
Tempat tinggal penghuni yang sudah agak ok.
Wad Detok. Yang baru masuk mendaftar diri akan di kurung dalam wad detok ini selama 2 minggu. Ini berlaku di kesemua pusat serenti. Tujuan menyahtoksidkan bahan terlarang dari dalam badan.
Lawatan ke PKAADK Kemumin
Ada hantu plak kat sini. Sebenarnya En.Jai ni sedang mencuba benda ni. Takut sesuai hajat nak beli. Tapi tak padan pulak. Kalau tidak boleh la jadi orang minyak kat Seremban nanti.
Input Lawatan ke 3 Negeri
Oleh : Noorhisham Hamzah,S.sos.I
Kedatangan kami disambut oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain bin Haji Abu Bakar dan keluarga. Kami sungguh gembira atas layanan yang begitu baik dan sempurna.
Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.
Di belakang pondok Tuan Guru ini ada kebun yang digunakan untuk penghuni bercucuk tanam. Ada tanaman pisang dan betik. Kebanyakan penghuni berasal dari negeri Kelantan sendiri dan Terengganu.
Kelihatan pensyarah USIM, Ustaz Khairi Mohammad bergambar bersama dengan Tuan Guru sebagai kenang-kenangan.
Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643.
Pusat pemulihan ini mendapat kelulusan dari AADK sendiri. Saya menyaksikab pelbagai peringkat umur dari 14 tahun hingga 50 tahun lebih dan dari orang kampung hingga anak pegawai tinggi kerajaan. Betullah dadah tidak mengenal mangsa.
Perjalanan kami diteruskan ke destinasi terakhir iaitu di Bachok Kelantan. Kami ke Pusat Serenti Wanita di Bachok. Disini memuatkan seramai 150 orang penghuni.
KELANTAN : Perjalanan sepanjang 3 hari memberi banyak masukan kepada semua pelajar SPADA atau nama panjangnya Special Programme Alcohol and Drug Abuse. Dalam foto ini kami sedang berada di Pondok Pusat Rawatan Dadah Tradisional Darul Hanan di Wakaf Bharu.
Nampaknya di sini pun ada kelainan juga dalam proses rawatan, berbanding dengan rawatan yang telah kami singgahi di Kuala Nerang Kedah minggu lalu yang menggunakan sistem Zikir Thariqah Naqsyabandiah.
Di sini ada sistem rawatan tuntun, Iaitu pesakit penagih dadah ini akan dipukul dengan rotan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain sendiri seluruh badan dengan bacaan tertentu bertujuan membuang sisa toksid dalma badan penagih.
Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.
Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643.
Saya sempat mengadakan sesi temubual dengan seorang penghuni disini. Alia, bukan nama sebenar, berusia 40 tahun sudahpun mempunyai 3 orang anak dan seornag suami. Di awal hidup ketika dibangku sekolah di tingkatan 4 mengenali ganja dan syabu melalui seorang rakan.
Berawal dengan kehidupan tanpa ibu dan ayah. dibela oleh seorang nenek kandung.
Keseronokan menghisap ganja membawa dirinya sehingga menjadi pusyer. Pusyer terkenal dikalangan penagih dadah sebagai pembekal dadah. Dengan kos RM200.00 dia boleh mendapatkan RM300.00 setelah di pekkan ke plastik lain.
Terlalu seronok dengan najis ini tidak menghalang dia berkenalan dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.
Suaminya mula sedar yang dirinya seorang penagih, tetapi berusaha membantu dengan nasihat supaya berhenti. Namun kata-kata itu semua bagaikan mencurah air di daun keladi. Pada suatu masa ketika menjual bahan terlarang inilah dia ditangkap dna terpaksa meringkup di pusat serenti wanita di Kemumin.

Tempoh 12 bulan tidak mampu mengubah dirinya menjadi manusia yang putus ketergantugan dengan dadah. Setelah keluar penjara, rupanya suami saya sudahpun berkahwin lagi dna kami tinggal sebumbung. Sebagai seorang penagih, amat mudah bagi hati ini untuk kecewa. Dapat saya rasakan katanya betapa sudahpun kasih sayang suami saya berkurang dan berbeza walaupun anak-anak masih menerima. Kerana kecewa berat, saya kembali menagih dan ini kali kedua saya masuk ke pusat ini. Dan sesungguhnya saya tidak mampu berdepan cabaran di luar sana apabila keluar nanti. Kemungkinan menagih semula (relapse) amat besar. Siapa lagi yang akan menerima saya. Suami dah kahwin. Kerja tiada, ibu bapa pun dan meninggal.
Saya memberikan harapan untuk menjadi insan yang baik dan doa kepadanya. Saya minta berdoa dihadapan saya setelah bercerita panjang lebar tentang hidup dan mati, susah dan ujian dalam hidup, janji dan amaran Tuhan, katanya saya ingin berubah. Lantas dia mengangkat tangan seraya berdoa. Akhir kata, tiada yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri dan tuhan tidak pernah sesekali menghalang kita untuk apa pun.
Dalam perjalanan pulang kami singgah di POndok Moden Bachok untuk solat Asar dan Zuhur. Selamat Jalan...

Subscribe to:
Comments (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah
AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2008
(172)
-
▼
August
(21)
- Selamat Jalan Pak Tan
- Foto Guru SK Tmn Ceupacs Dalam Program Bina Blog
- Rugi Kalau Tak Pandai Bergurau
- Kemahiran Adobe Photo Shop
- Ramai Tak Tahu
- Adakalanya
- Lagi Foto Sekitar Lawatan Spada
- Geha Bodhi, Kuantan
- Hantu Keropok Dungun di Perjalanan
- Lawatan ke PKAADK Kemumin
- Input Lawatan ke 3 Negeri
- Ujian Oh Ujian
- Menilai Blog Rakan dari Persepsi Dri Saya
- Antivirus Percuma
- Buletin UBK ke 11
- Peranan Bapa Sebagai Ketua Keluarga
- Oleh : En.Noorhisham Hamzah,S.Sos.IKUALA LUMPUR, S...
- Dimana....?
- Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh
- Berceritalah
- Awan Memayungi Jenazahnya
-
▼
August
(21)