Foto Kenangan di Aceh
Kenangan bersama arwah Haji Amir (Kambing) dari Banten, Pak Buyung Medan, arwah Pak Khalid, Sopir kami dan Jenar. Foto ini adalah di Pulau Sabang (Pulau Weh) dalam rangka wisata dakwah kami ke sana.
Pemandangan di Janthoe, ibu kota pusat pentadbiran Nanggroe Aceh Darussalam. Kami ke sini kerana terpaksa berjumpa dengan Ketua Kantor Agama, Banda Aceh, mengurus surat-menyurat untuk pulang. Jarak ke sini dari Banda hampir sejam. Jauh jugak la masa tu. Melalui lereng-lereng bukit dan gunung botak. sejuk...
Tahun 2000. Kami beraya (Aidil Adha) bersama rakan. Foto ini di Mess Malaysia, Jalan Inong Balee. Inong maknanya perempuan, balee ertinya, janda.
Arwah Haji Amir dari Banten, ketika berada di Gampong Jawa, menyampaikan zikir kepada mahasiswa Aceh. Mahasiswa ini datang untuk mendengar penjelasan tentang amalan zikir yang mudah di amalkan.
Kenangan bersama Kadir Petani Thailand, dan rakan-rakan mahasiswa dari Aceh,kami bergambar di rumah ibu angkat, du Pualau Sabang, semasa 3 bulan praktikum, kami tinggal di rumah beliau.Kat sini tak ada ayam tau, hari-hari makan ikan dan telur je, Maklum pulau. Yang lucunya ada rakan perempuan (kakak letting) berkata, nanti aku balik Banda, aku nak makan ayam banyak-banyak.4 Tahun Berhempas Pulas

Akhirnya pada 24 Ogos 2002, kami berjaya menikmati hari wisuda. Wisuda di sini maknanya konvokesyen. Dari kiri Abu Hanafiah, Fakultas Syariah, manakala di tengah, Nahar Alias, juga fakultas yang sama. Hanya saya (kanan) dari Fakultas Dakwah. Dalam wisuda tahun 2002, syukur pada Tuhan, atas bantuan orang ramai, saudara-mara dan rakyat Negeri Selangor yang banyak membantu, dalam list mahasiswa fakultas dakwah tahun genap 2002, saya adalah yang terbaik IPK, (indeks Prestasi komulatif). 3.75.
Berdiri dari kiri Noorhisham, Abu Hanafiah, mahasiswa Aceh, Dewi, Shukri Mamat (Suami Dewi) dan Nahar Alias.23 Mei. SK Taman Jasmin, Motivasi UPSR

02 Jun 2009. Uniten. Persiapan Menghadapi Peperiksaan
16 Mei 09, SK Subang Jaya Sek 4. Motivasi Tahun 6
06 Mei 2009. SMK Dengkil. Katakan Tidak Pada Rokok dan Dadah
10 April 2009, Trend Terkini Penyalahgunaan Dadah, CIAST, Shah Alam
28 Mac SK SRI ABIM. Sungai Ramal Dalam, Motivasi Tahun 6
27 Mac. Ceramah Bahaya Dadah, Sekolah Keb.Jln Sg.Besi (1)
26 Mac , Mengekal Kepulihan Seorang Penagih, Masjid Ampang
30 Mac SK Rinching Hilir
26-02.09. Ceramah "Trend Terkini Penyalahgunaan Dadah" Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur
09.03.09. Ceramah Maulid Nabi, "Tugas Baginda, sudahkah Kita Terima?" Pulau Carey, Klang.
16-19/02/09 Membina Modul Pencegahan Dadah, Alson Kelana, Seremban.
14 /2/09, Motivasi Kepimpinan Pengawas, SK Bangi.
12/02/09, Bacaan Yasin dan Kuliah Maghrib , Pusat Khidmat AADK Seremban, Negeri Sembilan.
5 /02/09 Ceramah Pencegahan Relapse tempat PUlau Carey, Klang.
6/02/09 Kuliah Motivasi Ibadah, tempat Masjid KUIS, Bandar Sri Putra, Bangi
7/02/09 Ceramah Tajuk "Peranan Ibu Bapa Dalam Kejayaan Anak" tempat SK Tun Abdul Aziz Majid, Hulu Langat
5 /02/09 Ceramah Bahaya Dadah tempat SK.Dusun Nanding, Hulu Langat
6 Stages (Tangga) Kehidupan

Dalam hidup ini, ada 6 stages yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Kiranya panjang umur kalau ada. Mereka akan melalui 6 tangga ini. Berikut adalah 6 tangga yang akan kita lalui. Mari kita perhatikan, kita berada dimana sekarang?
Catatan Foto : Sebahagian besar dalam foto ini hilang dibawa ombak besar 2004. Sayal sempat merakam detik ini sewaktu membawa mereka satu bas PMTOH dari Banda Aceh ke Tangjung Pura Langkat, pada awal 2002.
Pertama : Keluar dari rumah, berpisah dengan keluarga, pergi menuntut ILMu dan mencari pekerjaan.
Kedua : Pra perkahwinan, membiasakan diri dengan keluarga baru.
Ketiga : Mendapat Zuriat,
Keempat : Anak Membesar....cobaan membesar anak-anak.
Kelima : Anak Berkahwin, bercantum dengan keluarga baru. Berlaku tidak serasi antara mertua dan menantu.
Keenam : Meniti usia pada sisa hidup.Berdepan dengan risiko kesakitan dan ketiadaan anak-anak di sisi.
Dalam hidup yang amat sederhana ini, pelbagai macam cobaan Tuhan sodorkan kepada manusia. Dari kecil hingga dewasa dan sampai ke penghujung usia.
Alangkah hebatnya makhluk yang bernama MANUSIA, tidak pernah pula di embankan segala kesusahan, ujian dan cobaan hidup ini kepada makhlukNya yang bernama batu, gunung-ganang, bukit bukau, burung beriak dan selama macam jenis makhlukNya yang lain. Dalam surah Al-MuLk, Tuhan berfirman, Maha Suci Tuhan Yang DitanganNya segala Kerajaan, (yaitu tuhan yang) menjadikan kematian dan kehidupan, untuk menguji di antara kamu siapa yang paling terbaik amalannya. (1-2).
Masya Allah. Dalam ayat yang lain, tuhan berfirman lagi, Wa Maa Umiruu, ILLA li ya’buduLLaha Mukhlisin Lahud Dien. Dan Tidaklah Aku menyuruhmu (wahai manusia) melainkan hanya satu, iaitu berabdi kepadaKu dengan penuh IKHLAS.
Sayang sekali, ramai yang lupa asal kejadian kita di muka bumi ini. Mereka lupa bahawa hidup ini hanya sebagai
Bukankah Tuhan juga pernah melarang. Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaan?
Dalam Berita Harian ini (30 Oktober 2008), melaporkan, sekurang-kurangnya 14% remaja pernah meminum arak alias alkohol. Tidak dapat dipastikan remaja di negeri mana, namun yang jelas, dimana peranan ibu bapa sehingga anak mereka terjerumus ke lembah nista tersebut.
Dalam foto ini. kelihatan Bu Sum, dan anaknya berbaju merah Dayat, manakala di sebelah kanan saya ialah Pak Buyung. Bu Sum dan anak bongsunya Dayat, dibawa arus tsunami, dan tidak ditemui, kuburnya entah dimana. Gambar ini di ambil pada tahuin 2002 di IAIN Ar-Raniry Banda Aceh.
Ibu ini asalnya Palembang, ia sangat baik pada saya dan isteri yang tengah hamil waktu itu, tiap pagi kalau ke rumahnya, tidak lupa beliau hidangkan kopi panas.
Seringkali beliau hadir dalam mimpi. Adiknya jugak, tante Baina dan anak-anak serta suami di bawa arus bersama. Kepada mereka, hadiahkan Al-Fatihah, semoga bertemu lagi di sana nanti. Semoga Tuhan memberikan kita kekuatan dan kesihatan untuk terus beramal hingga akhir hayat.
Servei Pemahaman Masyarakat terhadap DADAH
Salam, buat semua pembaca budiman. Tak kira guru, ibu bapa,. murid dan siapa sahaja. Semoga anda berada dalam rahmat, inayah dan redha Ilahi tika dan sat ini. Di sini saya mohon pertolongan sikit dari anda. Saya perlukan 100 orang yang menjawab satu soalan sahaja. Apakah yang anda faham tentang dadah? Jawapan anda boleh di jawab dalam shoutbox atau kalau nak panjang di dalam ruang komen dibawah ni.Jawapan anda walau sedikit tetap membantu. Terima kasih banyak atas jawapannya. sikit pun memadai.
MAKAN DAGING IBU
OLEH : Noorhisham Hamzah, S.Sos.I
Akibat terluka, jirannya dipanggil, sementara jiran datang tidak pula mereka melarikan diri dan sehingga pihak polis tiba mereka pun masih tidak kemana-mana. Ketika ditanya kenapa kamu hiris ibu kamu... tak adalah jawab mereka... kami nak makan daging???
Apa dah jadi dengan penagih dadah zaman sekarang? Bukanlah mental mereka sudah rosak teruk dan alias gila. Masya Allah.
Sumber : Presiden PENDAMAI Malaysia.
Pencegah Kemungkaran
Sesungguhnya Solat Boleh (berupaya) mencegah seseorang Anil Fahsyaai wal Mungkar, dari kejahatan kecil dan besar.
Sesungguhnya sholat itu boleh mencegah seseorang manusia dari fahsya dan mungkar. Ketika Nabi ditanya oleh para sahabat, Ya rasulullah, ada orang yang sembahyang, tetapi masih (tetap) melakukan kejahatan. Jawab Nabi itu adalah orang yang belum sempurna sholatnya.
Syarat sempurna sholat ada banyak. Salah satunya adalah memahami apa yang dibaca ketika sholat. Seseorang yang sholat, ketika ia membaca Maa liki Yaumid dien.. terasa olehnya, bahawa Allah itu Tuhan yang Maha Gagah Perkasa, Maha Bengis di Akhirat, yang menjadi Raja..dimana semua raja dan semua orang yang berkuasa di dunia ini pada waktu itu akan tunduk dan tidak mempunyai sesen kuasa pun lagi. Bahkan tidka berhak berkata-kata pun walau sepatah. Yang menjadi raja dan akan bertindak sebagai hakim adalah DIA, Azza Wajalla. Lalu terkacat, terkedu, bagi orang yang sholat apabila ada peluang untuk berbuat kejahatan. Hatinya teringat pada akhirat, lalu membatalkan niatnya tadi.
Dengan itu, benarlah sholat sebenarnya berupaya mencegah manusia dari kejahatan. Apa yang berlaku hari ini, 330.000 manusia lelaki di
Usaha Mengekalkan Kebersihan Tandas di SK Bangi
Psikologi Abnormal
Hari ini Pn.Aishvarya Sinniah bagi lecture pasal mental disorder.Rupanya...eh eh tak baca lagi buku ni, dalamnya ada Skizofrenia yang sedang dituturkan oleh Puan Doktor tadi. Kalau kawan-kawan nak tengok buku ni....boleh...
Bab Satu. Sejarah Tingkah laku Abnormal
Bab Dua. Manual Diagnostik dan Statistik Kecelaruan Mental (DSM -IV)
Bab Tiga. Kaedah Penyelidikan Tingkah Laku
Bab Empat. Klasifikasi dan Penilaian Psikologi Abnormal
Bab Lima. Diagnosis Kecelaruan Psikologi
Bab Enam.Rawatan dan Kaedah Terapi
Bab Tujuh. Kecelaruan Mental Organik
Bab Lapan. Kecelaruan Komunikasi.
Bab Sembilan. Kecelaruan Pembelajaran.
Bab Sepuluh.Kecelaruan Tingkah Laku Distruptif.
Bab Sebelas. Kecelaruan Perkembangan Pervasif
Bab 12.Kecelaruan Tingkah Laku TIC
Penutup
Sambutan Hara Raya di Spada
Diari Hari Ini
Hari raya masih dirasakan lagi. Dan Jumaat ini USIM akan mengadakan hari raya buat pelajar SPADA angkatan 2008. Hari ini Prof.Madya Dr.Zaidi Hajazi masuk ke kelas kami. Beliau berikan syarahan sulung selama 3 jam. 12 minggu dari sekarang semester dua akan berakhir. 10 minggu dari sekarang, setiap orang dari kami perlu menghantar satu hasilan kreatif berkaitan isu-isu penyalahgunaan dadah sebanyak 20 halaman.Meraikan rakan SPADA datang beraya, hehe.kuih raya ada lagi...minum teh Gopek je lah
Wa Li Kulli Ummatin Ajal

Ketika saya tiba, mayat dalam kondisi putih kepucatan, seluruh tubuh kaku tidak bergerak, dan belum di tutupi apa-apa. Polis belum tiba, saya dan seorang pak cik bertindak mengawal lalulintas sebelum tiba pihak Paramedik dari Hospital HUKM. Namun mereka pun tidak dapat melakukan apa-apa selain menutup mayat dengan kertas.
Pegawai polis yang menaiki kereta peronda meminjam motor NBV 4646 saya untuk menuju ke hadapan untuk mengetahui cerita dari pemandu lori shell, apakah lori itu yang terlibat dengan kemalangan ini. Memang ya. Katanya, dia tidak sedar dan sedang menggigil ketakutan. Pemandu lori alias treler Shell itu hanya tampak disebelah kanan lewat cermin sisi. Dia kemudiannya memberhentikan kenderaannya dibahu jalan.
Jam sudah pun menunjukkan 8.45 pagi. Saya bergerak menuju ke tempat kuliah. Sayang..kamera betulan tak bawa, hanya pakai hp cina saja.
Kehidupan Ini terus menerus di Uji
Buatkan Satu Bulatan Atas Kertas
Sesudah itu, titik kan satu titik di atas kertas itu pada mana-mana tempat yang anda suka. Peribadi andaboleh di lihat dari hasil titik itu. Mahukah anda tahu?
Menziarahi Datuk Nordin
Sahabat saya, Warsino...dan isteri....sangat penyabar mengurus datuk dan datin. Andai diperkirakan bayarannya, tentulah tidak dapat menyamai gaji nurse di Hospital Tawakal.
Jeneral Datuk Yusuf menghantar wakil seramai 10 orang. Ada nurse, ustaz, pakar doktor dan angkatan tentera mewakili seluruh warga tentara untuk menziarahi beliau. Kami pulang dengan doa, semoga datuk cepat boleh sembuh...
Marikh...

Subhanallah!
jangan lupa puasa 6
Walaupun sedikit pada jumlahnya, tapi besar pada manfaatnya, ibarat bonus tambahan atas balasan puasa 30 hari.
Tak Pentingkah Solat?
Singgah di Cameron Highland
Sedekat2 Pengembaraan
Sedekat-dekat pengembaraan ialah dari muka bumi ke muka bumi yang lain, sejau-jauh pengembaraan ialah dari hati menuju Tuhan.
ddd
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah
AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2008
(172)
-
▼
October
(24)
- Foto Kenangan di Aceh
- 4 Tahun Berhempas Pulas
- 6 Stages (Tangga) Kehidupan
- Servei Pemahaman Masyarakat terhadap DADAH
- MAKAN DAGING IBU
- Pencegah Kemungkaran
- Usaha Mengekalkan Kebersihan Tandas di SK Bangi
- Panduan Kepada Ibu Bapa
- Psikologi Abnormal
- Bukan Semua Orang Suka Jadi Guru
- Sambutan Hara Raya di Spada
- Diari Hari Ini
- Wa Li Kulli Ummatin Ajal
- Kehidupan Ini terus menerus di Uji
- Buatkan Satu Bulatan Atas Kertas
- Menziarahi Datuk Nordin
- Marikh...
- jangan lupa puasa 6
- Tak Pentingkah Solat?
- Singgah di Cameron Highland
- Sedekat2 Pengembaraan
- Menjadi Tamu Abu
- Berposing di rumah Tun
- Ke rumah terbuka Tun
-
▼
October
(24)



