Thursday, May 8, 2008

Hadiah Hari Ini

BANGI, 09 Mei 2008, Sempena Hari Ibu, kami menerima sebentuk cincin yang dibawa dari rumah oleh murid yang tidak dikenali. Pagi ini murid tahun satu yang menemui dalam kelas. Mahal jugak nih kata seorang guru perempuan. Tidak dapat dipastikan untuk apa ianya dibawa ke sekolah sehingga ditinggalkan dalam kelas.

Semalam pula, empat orang murid ditangkap basah, lantara menghisap rokok dalam tandas. keempat orang murid tersebut dari tahun empat. Dari cerita awal didapati seorang murid yang baru berpindah ke sekolah ini membawa rokok tersebut dan mengajak rakan-rakan yang lain menikmatinya sehingga jejak perbuatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa tempatan. Tanpa melengah masa, keempat mereka langsung ditangkap dan diberikan hadiah yang setimpal.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.