Thursday, July 31, 2008
Sudah Habis Air Mata Menangis
NILAI. Seorang nara sumber yang menjadi tetamu jemputan dalam sidang ceramah dari bekas pengguna dadah berkata, masyarakat sudah kekeringan air mata untuk menangis kerana kami. Kami sendiri yang terjebak dengan najis dadah, kami sendirilah yang perlu kembali ke pangkal jalan. Kami sedar, orang ramai tidak begitu senang dengan kami, walaupun hati kami memang betul-betul ingin berubah, tetapi apa nak buat, itu nasib kami.
Monday, July 28, 2008
Penghargaan Dari YM Raja Mazlan

Nampaknya Norish dan rakan-rakan Hulu Langat dah melangkah jauh. Betul tu blog tak sehebat laman web, tapi sudah cukup untuk mempromosikan kerja dan diri kita. teruskan dan biarkan orang ramai mengetahui blog yang kita ada. Sham akan buat link nanti supaya semua blog dan semua laman web yang kita ada supaya dapat disatukan dalam satu laman web besar... saya puji kerja Norish dan rakan-rakan..
So.. rakan-rakan di negeri lain... janganlah malu bertanya dengan sedara kita di HUlu Langat... Setakat ini, belum ada orang yang rugi kerana menambah ilmu... Taniah Norish dan selamat maju jaya rakan-rakan Hulu langat....
YM Raja Mazlan
Penolong Pengarah Sub Unit Kaunseling Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia
Friday, July 25, 2008
Tiada Yang Paling Manis

Sesungguhnya tidaklah payah membina laman blog. tetapi melestarikannya memerlukan kekuatan. terutama anda yang tiada perkhidmatan internet di rumah sendiri. Saya ingin mengeposkan ucapan TAHNIAH kepada anda semua.
Dan saya agak sedikit ketawa, pada yang masih bingung, untuk apa blog ini? YA untuk apa ya? tengoklah apa yang rakan-rakan kita buat dan komersialkan. Asalkan ada sesuatu di sekolah, kita lukiskan di medan ini. Naikkan nama sekolah, tutup tohmahan orang bahwa kaunselor tiada kerja, goyang kaki, nah sekrang banyak kerja...
Tapi apakah orang tahu? Nah sekali lagi, dengan blog inilah orang tahu apa kerja kita seharian dan semalaman...??? war-warkan keberadaan atau kata orang Indonesia eksistensi blog anda ini kepada umum melalui surat khabar, perhimpunan sekolah, majalah sekolah, buletin, dalam mesyuarat PIBG dan guru-guru.
Sekian, Salam Hormat dari saya.
Thursday, July 24, 2008
60 Blog Bakal Lahir Hari Ini
Hulu Langat Maju Lagi
Ini menjadikan satu-satu Hulu Langat adalah Daerah paling terkedepan dari aspek Blog. Hampir Semua Kaunselor di Sekolah Menengah dan Rendah akan memiliki Blog hari ini. Kesemua blog boleh di layari dalam http://kaunselorlangat.blogspot.com. Kini sini
Apapun, membina blog sebenarnya tak susah macam yang tergambar sebelum ini. Yang susah nak jaga,siram dan suburkan. Apatah lagi kalau kaunselor baru nak kenal abjad keyboard. Tapi tak pelah..perlahan-perlahan la. Selepas itu, mari kita teruskan membina kejayaan diri. Bertemu di PUncak Kejayaan.
Salam Blogger
Monday, July 21, 2008
Dunia Sudah Berubah
Terima Kasih pada mengunjungi blog ini. Kadang-kadang ada sesuatu yang sangat sukar kita rasakan, kemudian dalam kesukaran itu kita berusaha untuk mencoba, ternyata setelah dicoba, ianya tidaklah seberat apa yang kita sangkakan.
Begitu jua dalam dunia pembelajaran. Begitu jua dalam dunia pembikinan blog. Namun sayang, ada antara sahabat kita yang masih belum adanya kemudahan internet dirumah, lantaran pelbagai masalah yang tidak boleh di elakkan, urusan peng- update tan tergendala. Apatah lagi kalaui minat itu kurang. Sebetulnya bukan minat yang tak ada, cuma pada saya...tidak tahu akan kelebihan dan manfaatnya memiliki blog kepada kita sebagai kaunselor.
2 hari lepas saya terbaca artikel dalam kosmo, mengatakan setiap guru di Eropah sudah memiliki Blognya sendiri. Dan murid-murid datang ke sekolah tanpa bawa buku. Mereka menggunakan Lap Top. Nah....dunia sudah berubah...
Begitu jua dalam dunia pembelajaran. Begitu jua dalam dunia pembikinan blog. Namun sayang, ada antara sahabat kita yang masih belum adanya kemudahan internet dirumah, lantaran pelbagai masalah yang tidak boleh di elakkan, urusan peng- update tan tergendala. Apatah lagi kalaui minat itu kurang. Sebetulnya bukan minat yang tak ada, cuma pada saya...tidak tahu akan kelebihan dan manfaatnya memiliki blog kepada kita sebagai kaunselor.
2 hari lepas saya terbaca artikel dalam kosmo, mengatakan setiap guru di Eropah sudah memiliki Blognya sendiri. Dan murid-murid datang ke sekolah tanpa bawa buku. Mereka menggunakan Lap Top. Nah....dunia sudah berubah...
Thursday, July 17, 2008
PESERTA KURSUS
AL-HAMDULILLAH, saya selamat menjalani pembedahan kecil. Dan esok harus pergi lagi untuk mencabut benang jahitan.
TAWARAN UNTUK MEMBINA ALAMAT PERIBADI BLOG ANDA KHUSUS KEPADA KAUNSELOR
CONTOH : Http://azieta.kaunseling.net
Syarat yang dikenakan ;
Linkkan 3 web dibawah ini dalam blog anda, anda akan mendapat alamat blog (domain) seperti di atas. Lebih kren, boleh dicetak dibaju atau browser,dan juga letter head anda.
http://www.ekaunseling.net ( ekaunseling)
http://kaunseling2u.com (kaunseling2u)
http://mgksel.ekaunseling.net (Mgk Selangor)
TAWARAN UNTUK MEMBINA ALAMAT PERIBADI BLOG ANDA KHUSUS KEPADA KAUNSELOR
CONTOH : Http://azieta.kaunseling.net
Syarat yang dikenakan ;
Linkkan 3 web dibawah ini dalam blog anda, anda akan mendapat alamat blog (domain) seperti di atas. Lebih kren, boleh dicetak dibaju atau browser,dan juga letter head anda.
http://www.ekaunseling.net ( ekaunseling)
http://kaunseling2u.com (kaunseling2u)
http://mgksel.ekaunseling.net (Mgk Selangor)
Wednesday, July 9, 2008
SAYA DATANG DENGAN HARAPAN, SAYA PULANG DENGAN KEJAYAAN


Tidak terlepas membincang program negeri akan datang. Dan tidak terlepas peluang kali ini, program blog datang lagi. Kini kami bukakan kepada 40 orang guru untuk mengikutinya selama 2 jam di Footprint, Beranang. Hinga kini masih ada kekosongan 15 tempat duduk.
Sila bawa pendrive yang berisi gambar anda, foto program sekolah, guru-guru, guru besar, pengetua dan bahan-bahan untuk diterbitkan. Sementara itu, senarai sekolah rendah dan menengah ada di Blog Langat, sila link, mana-mana sekolah yang sudah pun ada blog anda boleh terus klik. Saya terpaksa menghangatkan kembali blog Langat lantaran ramai bakal blogger dan memberi kemeriahan kali ini.
Sunday, July 6, 2008
Bye Bye Cikgu Sham
Bye cikgu Sham, Bye Cikgu Sham,itulah yang saya dengar dan lihat telatah anak-anak tahun satu apabila terserempak dengan mereka.Sebenarnya kalau tengok jadual peribadi saya, hari Isnin adalah hari terahir saya berada di sekolah, walaupun Khamis adalah saat pendaftaran sebagai mahasiswa baru di USIM. ini kerana hari selasa ada satu mesyuarat bersama pegawai PPD di Shah Alam bersama pegawai Kaunseling Jabatan Pelajaran Selangor.
Manakala hari Rabu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui tuan Zanol memanggil saya ke Putra Jaya untuk membawa satu bengkel khas seramai 10 orang dari seluruh Malaysia. Khamis baru bergerak ke Pandan Indah. 13 Mac 2009 barulah tamat gelaran mahasiswa.
Saya datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan.
Saya datang dengan harapan dan pulang dengan kejayaan.
Friday, July 4, 2008
Download Cara Belajar Bina Blog

Untuk Download POwer Point, klik pada link dan tunggu hingga keluar tulisan start. Klik kat situ dan buka power point tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.