Friday, July 25, 2008

Tiada Yang Paling Manis

Ya Begitulah gambaran awal, setelah berpuluh-puluh kaunselor terlatih di daerah ini telah pun berjaya menyiapkan blog mereka. Pada awalnya mereka rasa tak percaya, orang itu seperti Puan Nyai, tetapi kali ini beliau telah membuktikan bahawa kejayaan itu datang setelah ada percobaan.

Sesungguhnya tidaklah payah membina laman blog. tetapi melestarikannya memerlukan kekuatan. terutama anda yang tiada perkhidmatan internet di rumah sendiri. Saya ingin mengeposkan ucapan TAHNIAH kepada anda semua.

Dan saya agak sedikit ketawa, pada yang masih bingung, untuk apa blog ini? YA untuk apa ya? tengoklah apa yang rakan-rakan kita buat dan komersialkan. Asalkan ada sesuatu di sekolah, kita lukiskan di medan ini. Naikkan nama sekolah, tutup tohmahan orang bahwa kaunselor tiada kerja, goyang kaki, nah sekrang banyak kerja...

Tapi apakah orang tahu? Nah sekali lagi, dengan blog inilah orang tahu apa kerja kita seharian dan semalaman...??? war-warkan keberadaan atau kata orang Indonesia eksistensi blog anda ini kepada umum melalui surat khabar, perhimpunan sekolah, majalah sekolah, buletin, dalam mesyuarat PIBG dan guru-guru.

Sekian, Salam Hormat dari saya.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.