Tuesday, September 30, 2008

Hari Pertama Syawal

Kak Jah, kawan serumah dengan Kak Nor di Komplek Ruzi, Banda Aceh 2000.

Abe Min, (Anuarul Amin) lulusan ushuluddin, IAIN kini di Sabah. Kesempatan pulang beraya tak di biarkan berlalu.
Masjid Pelbagai Budaya, terletak di Rantau Panjang, Kelantan. Di bina menurut senibina masjid negara China.


Hari pertama dan rumah pertama, kami singgah dirumah Ustaz Nazuruddin<> Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Malaysia di Machang.
Friday, September 26, 2008

Kepada Semua Warga SKB dan Kenalan


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.Jaga diri Baik-baik. Jangan Main Mercun.Nanti Hilang Hidung
Ikhlas Daripada :
Norish afraima
sementara di dunia

Foto Hari terakhir sem. satu

Journey to Medan

Untuk kawan-kawan yang nak ikut ke Medan lepas raya, nak perabis duit, hehe....tak de lah, nak kenal negara dan budaya orang. Saya dah semak tadi harga terkini untuk ke sana yang paling murah.

Harga tambang dari KL ke Pulau Pinang biasalah, sekarang RM 33.00 x 2 RM 66.00. Dari Penang tu kena ke Pelabuhan, tambah RM5.00. Feri Kenangan Pergi Balik dari Pelabuhan Pulau Pinang ke Pelabuhan Belawan RM 220.00. Baru pagi tadi saya confirmkan. Dari Pelabuhan Belawan ke Hotel Kotaraya RM 5.00.

Singgah jap di Hotel Labuhan Raya Jalan Gajahmada, Rp 65.000 x 2 malam = RM50.00. Bawa sejuta....tukaran sekarang RM387.00 dapat 1 juta. Dah lebih sangat kalau nak gi sana 3 hari. Asal jangan beli lori udah...yang confirm nak pegi, sila siapkan pasport. RM300.00 Antarabangsa.

Ini hanya rancangan, kalau tak ada masalah, boleh lah kawan-kawan jejak negara orang dengan jalan yang paling murah dan meriah.
Sunday, September 21, 2008

Lawatan ke Pusat Serenti Karak

Memberi tazkirah 10 minit sebelum berbuka puasa di USIM.Pandan Indah





Friday, September 19, 2008

Redha Tuhan Menanti Di Penghujung

Sayu dan rintih,duka dan lara...kekurangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup ini.Nikmat yang tidak terhingga dariNya.Begitu lukisan hati, pabila terbaca artikel akhir yang Cikgu Azza tampilkan semalam.

Bagaikan mengejut lena yang panjang, kita di ulit mimpi, ada insan lain yang lebih serba kekurangan ketimbang diri kita yang tenggelam dalam nikmatNya. Sesungguhnya kita yang menghirup dan merasai nikmatNya, kadang-kadang terlupa akan.....Tsumma Latus Alunna Yaumaizin Anin Naim. Kemudian kamu akan di tanya (dihari akhirat kelak) tentang nikmat yang Tuhanmu telah curahkan padamu.

Bagaimana panjang usia hidup ini,ianya tetap akan berakhir dengan sebuah kematian. Kematian yang akan menamatkan lakonan kita di dunia ini.Tamatlah skrip watak kita sebagai anak, hamba dan sahabat kepada semua manusia. Manisnya obat mati.Mati adalah ubat bagi kita sang mukmin.

Kendati ada pun akan kekayaan dan kebahgiaan, ia sedetik cuma, lalu bersabarlah dengannya, jangan kamu bersenang lenang hingga lupa pada Sang Pemberi.

Andai ada hadir kesusahan yang meragut impianmu, bersabar lah dengan nya, sebab sebentar lagi kau akan pergi dari dunia ini.Janganlah sampai....kesusahan hidupmu membuat kau lupa PenciptaMu. Apa lagi mengukufurinya. Bukankah Junjungan pernah bersabda, Kaadal Faq ru an yakuuna Kufran. Dekat-dekatlah sang faqir miskin itu menjadi akan kafir ia lantaran kemiskinannya itu.

Miskin harta, satu kemiskinan, miskin bahagia, separuh kemiskinan, namun miskin ilmu adalah kemiskinan yang menyeluruh. Apalagi miskin ilmu mengenal Nya.

Sampaikan salam saya pada anak-anak itu.Katakan bahawa hidup ini terlalu singkat, bagaikan antara azan dan sholat. Terlalu singkat. Bersabarlah...kelak kau kan temui pembalasan Tuhanmu yang sangat indah dan mengkagumkan. Falaa ta'lamu nafsun ma ukhfiya lahum min kurrati a'yun, jazaa ambima kaanu ya'malun. Maka tiada seorang pun manusia yang mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka oleh Tuhannya,yang sangat sedap mata memandang, itu semua adalah balasan terhadap apa yang mereka lakukan. Yakni bersabar menurut perintahKu dan berjuangan menjauhi laranganKu.

Gift Dari Sahabat

Terima kasih pada sahabat alam maya, Azza yang tidak lupa menghadiahkan sebuah doa dan harapan. Semoga bahagia tetap bersamamu hingga akhirnya. Kita sebagai manusia, hamba kepadaNya, telah diberi pilihan sebebas maunya, untuk memilih jalan kanan atau kiri. Bahagia atau sebaliknya, kejayaan atau kegagalan, justeru...laluilah jalan yang menghantar kita di destinasi bahagia, yang kekal dan abadi ada ia.
Thursday, September 18, 2008

Renion Alumni Mahasiswa IAIN Ar-Raniry

INSYAALLAH, tiada aral melintang, semua alumni di jemput ke rumah Wan Suhaini (Tok We) di Sungai Pas Kuala Krai Kelantan pada hari raya ketiga. Sambil buat kenduri dapat anak kembar dengan merebahkan lembu seekor, tok we juga mengadakan hari perjumpaan alumni IAIN Ar-Raniry Aceh sedunia...Dataglah beramai-ramai bawa nak isteri dan cucu kalau sapa dah ada. KIta jumpa 5 tahun sekali.

Lawatan ke PS Karak

KUALA LUMPUR 18 September 2008. Rombongan Spada sekali lagi sempat mengadakan lawatan ke Pusat Serenti. Kali ini kami menuju ke Pusat Serenti Karak. Jam 8 pagi bas tak jadi bertolak, kami terpaksa menunggu rakan-rakan yang terlewat. Jam 8.62 gitu baru bas boleh bergerak.
Asp Nadzir Othman sempat mencari pucuk ulam di tengah high way ni. Destinasi pertama kami ialah Stesen LRT Cempaka, menjemput Amutha yang terlewat bangun, sahur la tu. Dalam perjalanan, tiba di Janda Baik, bas pulak meragam. Panasnya dalam bas, ekon tak sejuk. Angin je..last-last Sdr Annuar buak jendela atas bas. Untung ada angin Janda Baik.
Geng Spada bergambar la sambil menunggu bas menjadi ok. Berasap enjin depan...
Ek eleh, nak balik sempat pulak awek ni mencuri perhatian kameraman.Foto paling cantik ada pada kamera Lenny, (kamera dia sony).Nanti dimasukkan Isnin ni.
Wednesday, September 17, 2008

Selamat Beribadah Buat Semua Sahabat


Monday, September 15, 2008

16 September?

Semua pelajar hari ini kelihatan lain dari minggu lepas,kata Prof Saedah. Ada apa hari ini ya, semuanya mengantuk dan nampak keletihan. Kami memikir tentang 16 September Prof, kata saudara Faizal dari seremban. Prof membuka medan perbincangan, baiklah kalau itu yang anda fikirkan, cuba sebutkan apa yang akan berlaku tentang 16 September? Sebelum orang lain masuk,saya terus pintas line,mengikut ramalan pak nujum...tidak ada apa-apa yang bakal berlaku pada 16 september kecuali hujan di beberapa buah tempat sekejap-sekejap. Gamat dan riuh kedengaran gelak ketawa pelajar yang tadi mengantuk sakan. Prof memuji ramalan itu, bagus katanya...semua orang dah ketawa, hilang ngantuk...haha
Sunday, September 14, 2008

Kura-kura dan Journey


Satu Perjalanan Yang Jauh

Dalam perjalanan ke Jakarta, singgah di rumah makan propinsi Palembang.

Masa pegi mesyuarat di Kedutaan Besar Republik Indonesia, saya bergerak dari Banda Aceh ke Pelabuhan Malahayati bersama Abu. Perjalanan lebih sejam baru kami tiba.Memang agak jauh. Melalui perkampungan nelayan. Kemudian jam 4.00 petang menaiki Feri Sangiang ke Pelabuhan Belawan. Selama 17 jam dalam feri saya mundar mandir saja nak tunggu subuh.

Dekat- dekat subuh kami tiba di Pelabuhan Belawan, pastu ke
Kota Medan sejam lebih. Malamnya naik bas ke Pekan Baru, besok pagi kami tiba, bermalam di Pekan Baru 2 malam, di sini saya dan kawan-kawan kehilangan kain tuala. Dahsyat orang sini, kain tuala pun di curi.

Petang hari ketiga kami naik bas ke
Jakarta, tambang Rp 320,000,00, dengan bas ekseuktif perjalanan selama 2 malam. Jam 3 petang ni berangkat, subuh lusa baru tiba di Jakarta. Di Jakarta kami berehat di Kuningan, mess Malaysia, Jalan Gatot Subroto.

Jauh, penat tapi menggumbirakan. Ada seorang yang baru tiba kelihatan letih, Saya tanya dari mana kamu,
Manado katanya, 5 hari naik feri 7 tingkat.
Saturday, September 13, 2008

Di depan Masjid Raya Baitur Rahman dan Kak Nor

Misi dakwah ke Pulau Sabang atau Pulau Weh. Weh maknanya bergerak. Ini gambar di tasik dalam PUlau Sabang. dekat rumah Zainal, sahabat baik. tapi bahaya air tasik ni, tak boleh berenang. Ada rumpai yang gatal bila terkena. Naik perahu boleh la. Khabarnya kalau hujan ada dragon yang keluar bersama puteri hijau. Orang kampung tak berani seorang pun mandi kecuali cebok air dengan baldi je lah. Sebelah kiri Pak Amir dan Pak Khalid, kedua-dua sudah arwah, yang berpeluk tu Ujang, orang Sunda, sekarang di Australia, dan paling kanan Pak Buyung Medan. Yang duduk tu saya lah.
Yang ni Kak Nor dah habis master kat UKM. Gembira jumpa lagi. Kami lama di Aceh.Saling tolong menolong la kalau dah jadi anak perantauan.
Gambar ini dirakam pada penghujung tahun 1998.Pada tiba minggu pertama, masih kurus lagi.
Friday, September 12, 2008

Majlis Kenduri Abu Hanafiah Raya ke 3

Foto ini saya bersama Abu mewakili mahasiswa Acheh ke Jakarta. Sambutan 31 Ogos 2001
Gambar ini dirakam pada 1994
Kenangan bersama Abu menghadiri mesyuarat di Jakarta pada 31 Ogos 2001. Ni gambar masa member dari seluruh Malaysia berkumpul dan kami jalan malam-malam ke pasar-pasar sekitar Mess Malaysia.
Sama-sama belajar di SMU Darul Anuar, Pulau Melaka. Ini gambar masa kami ke Istana Sultan Kelantan. Seronok hari tu lihat Pentomin 7 Pemuda yang mati ratusan tahun.
Gambar kenangan di Pantai Lam Pu uk, Banda Aceh pada tahun 1999. Masa ni belum tsunami dan belum ada perintah berkurung. Seronok sakan kami jalan
Terbang : Seronok terbang macam ni.Baju merah Ustaz NAzri kini di Kedah, baru ni jumpa di Hotel Goldcourse Klang, kebetulan saya menghadiri perjumpan JU-JU Kebangsaan. Baju biru hujung Talhah, kini jadi hakim, baju putih 2 dari kanan, Najib, Paling kanan Abu yang akan kahwin raya ni dan aku la tu yang baju biru belang.

Pada rakan semua, jom kita meriahkan rumah Abu raya ni.Buat perjumpaan Alumni.

Ceramah di Bulan Puasa

Penat...2 jam full saya memberikan ceramah, haus di bulan puasa, untung ada sikit tayangan video, boleh tarik nafas. Walau apa pun, terima kasih pada cikgu Abu Talib, pihak pengurusan sekolah SK Sungai Ramal Dalam yang telah sudi memanggil saya memberi ceramah kepada anak-anak lepasan UPSR.

Puas hati kerana dapat sampaikan mesej tentang bahaya dadah, bahaya jauh dari agama dan bahaya tidak berjalan di atas rel agama. Sebelumnya... saya minta cikgu Abu jangan lupa sediakan air..haha. Tahniah Sekolah Sungai Ramal Dalam Kajang sekali lagi kerana malam ini dilanjutkan program berbuka puasa.
Thursday, September 11, 2008

Database Absolute

Saya hadapi sikit masalah, belum luas ilmu bab ni. Bila nak update Karspesky Antivirus kat PC tak boleh. Kat lap top OK. Katanya Database Obsolute. Ada sesiapa pernah hadapi masalah ni? Dan apa cara nak buat yek. Ikutkan hati, kalau semua orang tak tahu, mudah je, saya format balik. Tapi malas la, ops, malas pulak bukan malas, tak nak la bulan puasa ni format PC. Boring nunggu dia beres....

Lagi pun banyak jugak data secara tak sengaja akan hilang.
Ada komentar? atau pengalaman peribadi, Leh...tulis kat bawah ni lam komen
Tuesday, September 9, 2008

Tik.....tik.....Ia Terus Berlalu

Syukur, kita tiba di ambang half Ramadhan, syukur bukan kerna tiba nak habis, tapi tiap hari nan berlalu dapat terisi dengan amalan yang sepatutnya. Namun semakin sayup-sayup tirai ramadhan menjatuhkan dedauannya, rasa rindu...dan terus terlintas....apakala di rakaat akhir terawikh, ketika alunan Qul A'uzubi rabbin naaas...apakah esok masih ada peluang lagi untuk aku bersama Mu?

Ya, hae lon seupi, peu na cit pluang pada lon untuk bertemu Mu lagi? Semoga ada kekuatan kiranya masih ada sisa hayat dibadan. Ya Tuhan, dalam kembara hidup ini yang tak menentu hujungnya, permudahkan segala hajat kami untuk mencapai bahgia bak donya nyoe.

Mudahkan kami menemui-Mu dalam doa dan bacaan Dzikir. Andai di sini diri Mu tiada ku temui, sia-sia rasanya segala nya yang ku dapatkan di dunia, sebab hanya sementara, mengalir bagai air sungai segala Nikmat-Mu, tapi jiwa kami gersang...gersang jauh dari mengenal-Mu, sang pencipta jasad dan diriku. Ku ingin yang baqa....

Kami sedar...
tik, tik....masa terus bergulir, dan saat ini pasti tidak kan kembali lagi buat selamanya. Oh indahnya dunia Ciptaan-Mu ini, tapi ku dambakan akhirat......di sana kehidupan yang kekal abadi.

Kami sedar...
hidup ini bagai menunggu kedatangan sebuah mobiliti yang akan menamatkan segala lakonan udep bak donya nyoue. Tik......tik...tiik...... ku kan pergi jua.....

Yatim Lam Kandong

Lagu

Lagu ini mengisahkan anak yang telah menjadi yatim semasa di dalam kandungan ibu. Rakan yang lain pergi sekolah. Tapi aku...hanya main bendang.Nama penyanyi, Sabirin Lamno.Saya pernah bertemu beliau di Darussalam, Banda Aceh tahun 2001.
Monday, September 8, 2008

Keunangan Si Payong Hitam


Payoeng Hitem

Yusbi Yusuf

Gembira Hatee Lon



Pada semua rakan blog- Selamat Berbuka Puasa.

Hana yang lebih membuatkan hatee gembira huro nyoe, selain berita pane rakan yang akan jak meukawin pada huro raya nyoue. Kepada Abu Hanafiah, yang ganteng, semoga saja sich, Tuhan mempermudahkan perjalanan hidupmu. Mudah-mudahan na rakan geutanyoe mandum yang baca blog lon.

Lon harap geutanyo dapat metemei rakan handai taulan mandum. Jak wo mandum beh. Bek duk bak kotaraya Kuala Lumpur. Jooommmm....Jak Lebaran

Selamat Pengantin Barooo buet Abu Hanafiah. Ken Hana Pen Lei
Sunday, September 7, 2008

Ramalan 16 September Oleh Pak Nujum

Menurut ramalan nujum pak belalang, tidak ada yang ganjil akan
berlaku pada tanggal 16 Sept. selain dari cuaca cerah
di sesetengah kawasan dan mendung di sesetengah kawasan.

Walaupun banyak teka-teki pada tarikh tersebut, namun itu cuma
retorik politik saja. Demikian ramalan tok nujum. Tak percaya,
tunggu dan lihat nanti.
Saturday, September 6, 2008

Tanah di Nilai ahu di Jual RM 120,00 /ekar

Semalam 6 Sept 08 saya bersama Cikgu Rahim SK Taman Ceupacs, dan beberapa orang yang lain menerjah bukit di Nilai 2 berhampiran kawasan perindustrian, menilai tanah kat situ. Kami terpaksa bergerak dengan 2 buah pacuan Hilux. Indah, sejuk dan nyaman, di tepi High Way dan kaki bukit.

Namun, macam mana nak beli ye. Sebab satu geran ada 2 ekar lebih. Loan saya tak cukup rasanya. Nak contact rakan-rakan yang ingin berkongsi dan tinggal di sini. Marilah....menikmati keindahan di sini.

Lawatan ke Bandung


Salam semua kekawan dan rakan, handai taulan. Awal tahun ni saya merancang untuk membawa tuan-tuan dan puan-puan (kaunselor Hulu Langat) ke Bandung. Sayangnya kurang sambutan, rasanya dek tsunami eko-no-money yang melanda. Saya baru dapat harga bersama dengan penginapan. Dalam RM500.00 gitu. Termasuk tempat tinggal dan perjalanan. Namun masa beredar begitu lama, tiada siapa yang begitu ghairah untuk bertanya khabar kecuali hanya 4 orang.

Saya berpendapat, kita cancel dulu program untuk ke Unisba ini. Unisba ialah Universitas Islam Bandung. Ya, memang kita akan ke Bandung, tetapi trip pesawat langsung ke Bandung lebih tinggi ongkosnya dari ke Jakarta. Saya memilih ke Jakarta. Lagi pun tuan-tuan boleh tengok pemandangan sekitar ibu kota Jakarta yang 4 kali ganda lebih besar dari KL.

Namun semuanya kita tangguh sehingga masa mengizinkan. Semalam pun masih ada rakan yang sms bertanya kelanjutan cerita ini. Yah, begitu lah berakhirnya episod pertama ini.

Lagi pun 20 November ini saya akan ke Kota Kinabalu selama 4 hari, menginap di UMS. Dan In sya Allah bulan Januari rombongan Special Programme Alcohol and Drug Abuse (Spada) akan menjejak kaki ke Vietnam.
Friday, September 5, 2008

Jangan Delete Blog Anda

Oleh : Norish afraima
Salam dibulan Ramadhan yang jatuh pada bulan September tahun ini. Anda apa khabar? Ni nak citer sikit pasal blog. Saya tersilap delete blog yang lama (cerita dulu) gara-gara ingin menukar template baru sedangkan blog itu sudah 3 tahun saya post artikel pelbagai. Dari rendah sampai ke peringkat mesyuarat bersama Pegawai Kementerian. Saudara nak tahu apa jadi? Hilang... Ye lah, semua artikel lampau bersama dengan foto dan kenangan yang terindah hanyut begitu saja dan saya tak mungkin akan dapat mengejarnya kembali.

Oleh itu, sebagai perkongsian dengan tuan-tuan semua. Janganlah delete blog lama, biarkan ia. Anda boleh tukar atau ganti nama blog itu andai ingin tak dikunjungi orang. Gantilah dengan nama apa pun. dari http://......blogspot.com, anda boleh ganti sebenarnya nama blog tersebut. Lihat dalam setting. Lainlah dalam blog anda sangat berbahaya bagi diri dan keluarga anda ditatap orang.

Setelah ter-delete blog lama, saya terpaksa memulakan semula blog baru semacam baru belajar buat blog. sayangkan.

Baiklah, untuk tahun ini, saya akan beraya di Kampung Kota Bharu. Tahun lepas beraya di Indonesia, melepasi 3 propinsi di Sumatera, Medan, Aceh dan Padang. Seronok bawa Rusa dari Medan ke Acheh, tapi jalan nya sempit dan banyak pula motokar dijalan. maklum musim raya, saya tak terlalu pandai kemudi di arus bersimpang siur gitu. Banyak kali tukar drive dengan abang ipar. Waktu ke Padang untuk ambil ijazah doa Tsunami, kesemua tiket bas habis, termasuk yang ekonomi. Mak hai yang ekonomi yang tak ada account tu, hanya cermin je..pun habis. Sedang tiket kapal terbang dari Padang ke LCCT sudah pun saya tempah. Terpaksalah malam tu jugak keliling Kotaraya Medan mencari tiket, akhirnya saya ke Polonia Medan, jumpa dengan Remy, dialah yang tolong carikan tiket pesawat.

Esoknya saya ke Medan lagi sejauh 2 jam dari pekan Tangjung Pura, Langkat. Pesawat Batavia lama juga kami tunggu. Akhirnya saya ke Padang buat pertama kali.
Wednesday, September 3, 2008

Surat dari Syetan kepada Manusia


Surat ini ditujukan dari setan untuk manusia….


Wahai manusia, ketahuilah bahwa pada bulan ramadhan ini aku telah dirantai oleh Tuhan ku yang maha perkasa. Aku sudah dibuat tak berdaya oleh Nya yang maha kuat dan maha gagah. Sungguh aku ingin sekali menggodamu di bulan ini. Yah… kau harus maklumi itu karena moyangku dan moyangmu telah lama berselisih dengan sengit.Wahai manusia, di bulan inilah kau bebas dari kekuasaanku.


Aku sungguh sangat kesal dengan situasi ini. Aku sungguh marah tatkala melihat karibku berbondong-bondong pergi ke mesjid yang selama ini tidak pernah mereka kunjungi. Duhai…ternyata mereka telah mengkhianati janji setia mereka kepadaku. Tapi… aku toh masih bisa tersenyum bahkan tertawa terbahak-bahak dengan amat puas. Lihatlah disana…banyak ternyata manusia yang meskipun tidak aku goda ternyata masih saja masih berbuat dusta.


Lihatlah di sudut jalan itu.. ahaaaa… sepasang muda mudi masih asyik masyuk bercumbu dengan dosa. Lihat pula disana…kawan pemabukku masih dengan santai meneguk minuman racun buatanku. Ha ha ha ha …manusia bodoh….. mereka berkata merka terjerumus dosa karena aku ???? haaa.. yang benar saja!!!.. aku sedang terikat… manusia bodoh… jangan lagi memfitnahku.. aku tidak menggodamu.. kaulah yang telah menjadi iblis..!!!!Hai manusia terlaknat !!!! ingatlah aku sebenarnya masih takut pada Tuhan. Aku takut pada Allah.

Aku tahu neraka itu ada. Aku tahu azab tuhanku itu teramat pedih. Aku tahu juga bahwa aku tidak akan kuat menahan siksaan dari Allah yang maha perkasa itu oleh karena itulah aku mengajakmu serta wahai manusia, Aku tidak ingin sendirian di neraka. Aku ingin musuh abadikupun merasakan siksa dari Allah. Karena kaulah manusia, aku terlaknat dan terlempar dari tanah syurga. Ha ha ha rasakanlah balas dendamku ini… rasakan kesumatku ini…..Ah sudahlah manusia bodoh.. jangan lagi berteriak penuh kemarahan ketika kau membaca suratku ini. Kemarahmu tak berguna.


Karena kau telah menjadi manusia yang sangat munafik dan terlaknat. Kau berteriak membenciku tapi kau lakukan segala amalanku. Kau katakan kau sedang shaum tapi kau masih juga dengan tanpa beban bergunjing dan bergibah. Kau katakan kau rajin melakukan sholat tapi kau masih saja korupsi waktu dengan terlambat masuk kantor tanpa beban. Sudahlah manusia laknat…perutku sakit melihat tingkahmu yang sungguh keterlaluan. Kau bilang memusuhiku tapi juga kau telah memusuhi Allah, jadi… siapakah kau… makhluk apakah kau. Kau lebih mengerikan dariku wahai manusia laknat…!!!!Sudahlah.. aku harus menghemat energiku di bulan ini.


Kerangkeng dan rantai Allah ini telah sangat membuatku lemah…. sampai jumpa nanti di selepas ramadhan. Kita rayakan kembali kebebasan kita. Kita rayakan kebebasan kita dari Allah, bukankah kita memiliki musuh yang sama ?Ditulis oleh abuhaydar

Selesainya Pembentangan Farmako


3 Sep 2008. syukur Al-Hamdulillah, hari ini selsai sudah pembentangan farmako saya berjudul Benziodiazephine. Dr. Azlina Fahami dan Dr.Norliza menjadi panel penilai.Terima kasih kepada sahabat lama saya Shahruddin Jamal yang belajar di Universiti Makasar, yang kini bergelar Doktor Din di Muar kerana sudi menerangkan serba sedikit tentang dadah dalam Benzio ini.

Mungkin tanpa penjelas itu, saya kurang ilmu lagi bab ini. Dan terima kasih pada kawan-kawan yang telah menjadi pemerhati episod pembentangan tadi.

Manakala esok, 4 September kami merangcang untuk ke Pusat Serenti di Karak,guna untuk membuat satu rakaman kaunseling individu dengan (mantan) penagih dadah. Tetapi sayangnya, kami terlupa, sebenarnya teknik kaunseling dengan penagih dadah kami belum belajar lagi dengan Dr.Saedah.

Teknik kaunseling ini tidak sama dengan teknik biasa yang dijalankan terhadap orang bukan penagih dadah. Sebab penagih dadah mempunyai daya helah bela diri dan ego yang tinggi. Kita perlu kepada trip untuk menyekat keegoan mereka dan bukan mereka yang mengkaunseling kita.

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.