Thursday, December 4, 2008

Pencegahan Dalam Komuniti Adakah Suatu Realiti

04 Dis 2008. KUALA LUMPUR. Seminar Pencegahan Dadah Dalam Komuniti melibatkan Daerah Hulu Langat dan Gombak dibawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya di adakan. Program sehari ini melibatkan pemimpin 24 zon dari kawasan berkenaan.



En.Abd Halim bin Hussin menyampaikan ucaptama mengalu-alukan kedatangan hadirin dan hadirat. Beliau berharap program seumpama ini dapat dijalankan diseluruh Malaysia.



Ceramah Gejala Dadah disampaikan oleh En.Farid, manakala Puan Vijaya membentang 16 Langkah Pencegahan, En.Heffney bin Abd Rahim selaku Presiden Pendamai turut memeriahkan majlis ini dengan syarahan beliau yang menusuk kalbu. Hadirin sempat menitiskan air mata ketika En.Heffney menyampaikan kisah ibu, isteri, dan anak kepada penagih dadah yang terseksa akibat salah seorang dari mereka terlibat menagih dadah bahan terlarang ini.

Menyambung cerita kata beliau, pernah seorang anak penagih dadah apabila ditanya oleh gurunya apa kerja ayah kamu, remaja tersebut terus lari ….. inilah kesiksaan batin yang terpaksa dihadapi oleh ahli keluarga penagih dadah.



Sesi petang di susuli pembentangan hasil perbengkelan oleh hadirin. En.Noorhisham sebelumnya telah menyampaikan satu ceramah bertajuk, “Pencegahan Dalam Komuniti, Kenapa dan Bagaimana”.



Dulu Penagih dan Paderi, Kini Islam



Hadirin berpuas hati dengan menyambut dengan baik seminar ini, seorang peserta berharap ianya dapat dijadikan panduan apabila mereka pulang ke komuniti masing-masing.





Maka Apabila engkau selesai mengerjakan shalat, maka hendaklah engkau berzikir kepada ALLAH, (sama ada) dalam keadaan berdiri, dan duduk dan berbaring.

An-Nisa' : 103

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.