Tuesday, November 17, 2009

Puan Hajah Zaidah Dalam Kenangan

Saya baru pulang menziarahi rakan kaunselor yang telah berpulang ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi. Beliau Puan Hajah Zaidah binti Ismail, Kaunselor SMK SAAS, meninggal di Hospital Kanser Nilai.Beliau mengidap sakit kanser leher akan di kebumikan esok pagi jam 9.00 di tanah perkuburan Sungai Kantan, Belakang Masjid Kajang.



Ramai rakan kaunselor hadir pada malam ini. Orang ramai masih datang ketika saya mudik pulang. Al-Fatihah...



Ceramah dadah di sekolah Rendah

Satu Penilaian Terhadap Diri Sendiri

Entah kenapa, saya jarang merasakan puas dengan power point yang sama ketika menyampaikan ceramah walaupun tajuknya sama.

Jika ada 10 ceramah, maka 10 bentuklah gaya ceramah saya ubah. Setakat ini belum ada yang saya ulang-ulang 100% persis sama dengan ceramah sebelum. Lebih-lebih lagi tajuk penyalahgunaan dadah.

Selama ini, saya banyak menggunakan slaid tersebut untuk sekolah menengah, maktab dan IPTA. Tidak pula rasa tinggi sangat isinya.

Namun hari ini, apabila berbicara tentang nikotin, stimulan, depresen, Opiat, Disigner Drug, LSD, Amfetamin, MDMA dan sebagainya, rasa macam di awan-awangan. Dari riak wajah mereka, nampaknya macam tak berapa faham apa itu istilah-istilah yang terlalu sains bagi mereka.

Rasanya lain kali, untuk lebih baik, cukup saya terang secara sepintas lalu seperti dadah terdiri dari 5 jenis utama, iaitu DOSKAH. Depresen, Opiat, Stimulan, Kanabis dan Halusinagen. Cukup...

Yang lain-lain macam gambar penagih, HIV, lagu Belia Benci Dadah, nampak OK saja dan menambah bulat mata mereka.

Ketika En.Faizal dari PENDAMAI yang menjadi penceramah kedua bertanya apa itu dadah? Masih ada yang ngaur. Tidak begitu jelas...

Bab jenis dadah itu kena modifight balik, namun bab lain dah OK, cuma kena banyakkan cerita-cerita macam geng yang lain.

En.Faizal ni katanya ada facebook, beliau nak masukkan kisah hidupnya yang sempat jatuh ke lubang penagihan ke dalam facebook.


















Monday, November 16, 2009

Data L4 Daerah

Saya sudah hubungi sekolah-sekolah yang belum hantar L4 rendah dan menengah. Harap dapat hantar secepatnya. Bagi yang belum hantar, sila ikuti arahan berikut :

1. Layari laman web www.kaunselor.com
2.Download borang L4 rendah atau menengah
3.Isikan maklumat yang perlu di isi
4. Hantarkan via emel ke JU di alamat afraima@yahoo.com

Sekian, selesai sudah tanggungjawab saya rasanya, Khamis kami akan ke Jabatan Pelajaran Selangor untuk bermesyuarat.

Anak Luar Nikah 84 orang Sehari

Murid-murid disyaki perempuan, amat marah pada cikgu sebab duk menyibuk nak uruskan pergaulan mereka antara lelaki dan pompuan. Lalu di tulis dengan pen merah atas sekeping kertas A4. Cikgu, kami tak suker cikgu menyibuk tentang hal kami, naper nak kacau kami duduk dekat-dekat dengan lelaki? Bla. bla bla, Surat itu dimasukan dengan hormatnya dalam peti aduan.

Berdesing bulu roma mata yang membaca. Kurang gula betul budak-budak zaman teknologi dan globasi ini. Dia tak sedar dan tak tahu, apa yang telah direkodkan seperti dibawah ;

Antara tahun 2000 hingga Julai 2008, seramai 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan. Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari. Menakotkan... Bayangkan berapa pulak bilangannya di masa hadapan, zaman anak cucu kita nanti. Mungkinkah purata 2,500 setiap hari pulak nanti??

Tulisan ini saya kutip dari Blog Bro.Mazidul ketika merayap-rayap ke sana selepas habis meeting online malam ini.

Facebook Menemukan Anda Dgn Teman yg Hilang

Anda tentu mempunyai ramai kawan, dan sudah tentu terlalu ramai yang hilang terlalu lama dalam memori anda. Kehilangannya kerana anda dan dia sama-sama menelusuri jalan berbeda. Persimpangan yang memisahkan anda dan rakan-rakan biasanya adalah sekolah menengah.

Anda ke Utara, dia ke Selatan, masing-masing meneruskan karya hidup, dan dia...hilang selamanya dalam memori anda. Nak cari entah di mana. Namun anda bernasib baik, zaman yang canggih-manggih ini, ada facebook yang boleh menemukan kembali anda dengan rakan karib yang lama terpisah.

Biarpun rakan anda berada jauh di negara Jepun. Melainkan dia tak punya kemudahan internet. Anda memang tidak dapat menghubunginya.

Baiklah, ada yang bertanya, bagaimana nak buat (daftar) facebook ni? Caranya mudah saja. Saya sendiri pada awalnya bukanlah berminat, tetapi kerana ramai rakan lama yang terpisah puluhan tahun boleh ketemu kembali, saya beransur-ansur mengintai kelebihannya.

Syarat untuk mendaftar facebook ini, yang pertama, anda hendaklah mempunyai akaun emel terlebih dahulu, jika belum ada atau tidak aktif atau terlupa kata laluan, sila lah membuat yang baru.

Langkah kedua...


Kunjungi laman web facebook.com, taipkan alamat http://www.facebook.com/ di ruang address yang paling atas. Ingat ya, yang paling atas, bukan di petak carian google atau yahoo.

Anda belum menjadi ahli, kini langkah mendaftar sebagai ahli.Lihat tulisan daftar didalam petak yang saya pastekan kat sini.

Isikan maklumat anda, termasuk emel yang baru anda bina tadi. Ops, jangan lupa pilih jantina.

Apabila sudah daftar, kini anda boleh mulai LOGIN, mungkin facebook mengarahkan anda membuka emel anda dahulu. Jangan segan untuk membuka emel anda sendiri.

Ada kiriman darinya. Kemudian anda datang sekali lagi ke facebook, dan kali ini anda mengisi nama emel anda dan juga kata laluan, klik Log Masuk.

Nah, sekarang anda telah pun berjaya menjadi ahli facebook. Mulalah mencari kenalan lama anda di ruang carian. Taipkan nama orang yang anda kehendaki, contoh Noorhisham Hamzah.




OK. Selamat Mencuba
Sunday, November 15, 2009

Khatam Iqra 2009

iqraSekolah Kebangsaan Bangi telah mengadakan program Khatam Iqra. Seramai 20 orang murid terdiri dari tahun 1 hingga 3 menyertai acara ini.

Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin.



2
3


Saturday, November 14, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantion Baru Buat Cikgu Alfah binti Ismail. Biarpun hanya sempat 3 tahun lebih berada di SK Bangi, namun jasanya banyak membantu perkembangan dan kejayaan kokurikulum di sini.

Suasana majlis perkahwinan sungguh meriah. Walaupun gah dan sehebat orang-orang kenamaan, namun riak wajah tetamu yang hadir sungguh merasa gembira. Ada "barakah" di dalamnya.

Ada satu lagu Aceh berjudul "Pengantin Baru".. tak jumpa di youtube. Namun lagu ini pun boleh jugak dijadikan hadiah untuk Cikgu Alfah.




Semoga berbahgia sehingga akhir hayat. Tempuhi gelombang samudera kehidupan ini dengan tabah. Jangan lupa pergantungan kepada yang Maha Kekal Abadi.

Untuk yang masih belum laku....hehe...dengarkan lagu ini...tengah ngetop di sana sini..


Friday, November 13, 2009

Imej Milenium

Dari Windows Xp, ramai beralih ke Windows Vista, malah sudah ada yang beralih angin ke Windows 7.Itulah perkembangan demi perkembangan dunia IT. Vista pun ramai yang belum install, bahkan ramai juga yang belum menemui punat untuk tekan itu dan ini. Masih teraba-raba, kini muncul pula Windows 7.

Di sekolah pun tidak kalah dalam bab kemajuan. Anak-anak sekarang pun ingin berlumba-lumba.


Wednesday, November 11, 2009

Pengurusan Stress

Mengurus Stress? Saya terfikir sejenak apabila seorang rakan menawarkan ceramah kepada guru-guru bertajuk "Pengurusan Stress". Aduh...apa nak di uruskan..kan dah stress??

Sebenarnya pada saya, tajuknya jangan "Pengurusan Stress", sebab bila dah stress, kita dah sampai peringkat merbahaya dan boleh membahayakan orang lain. Duduk diam-diam je lah sebentar.

Apa yang lebih penting adalah, bagaimana supaya anda tidak stress dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Saya cuba semak isi dalam buku dari "Telaga Biru" karangan orang-orang hebat, pun bukan mengurus stress arahnya, tetapi ....bagaimana supaya anda tidak stress.

Di sini ada sedikit tips untuk mengelak anda tidak stress.

1. Buat kerja jangan bertangguh (ikut lah jadual)
2. List kan apa yang perlu anda buat.
3. Utamakan mana yang lebih penting dahulu.

Untuk lebih umph.....bagi anda yang muslim
4. Sentiasalah berdamping dengan Tuhan dengan doa dan ibadah
5. Selesaikan urusan anda dengan tuhan dahulu, baru urus dunia anda.
Sunday, November 8, 2009

Dunia Hanya Sebuah Lakonan

Mungkin anda pernah membaca entry saya yang lalu, bahawa dunia ini ibarat sebuah padang bola yang besar. Sebuah, permainan, jika adanya permulaaan, pasti ada akhirnya, begitulah hidup ini.

Permainan, jika ada yang menang dan bersuka-ria, sebaliknya pasti ada yang kalah dan kecundang. Majoriti penyokong datang memenuhi stadium, belum pasti anda akan menang. Begitu lah di dunia, anda mungkin menang kerana sokongan majoriti dari manusia dan pengundi, tetapi belum tentu anda benar dihadapan tuhan.

Entry ini ingin sekali menyatakan, bahawa dunia ini juga tak lebih dari sebuah pentas lakonan. Semua manusia sedang berlakon sebenarnya di atas pentas dunia yang sangat lebar dan luas.

Jika anda menonton sebuah lakonan drama, sang lelaki memegang perempuan, kita lihat seolah-oleh macam isterinya (yang sebenar), di pegang dan tidur bersama, padahal itu semua hanya lakonan.

Begitulah di dunia, manusia sangka, semua ini miliknya abadi, (Ada orang bernama Abadi, dirinya pun tidak akan abadi) padahal itu semua lakonan, apakah anda mengira seorang perempuan yang bersuamikan penagih dadah, akan terus kekal bersama hingga akhir hayat dan hingga ke lubang kubur?

Jangan-jangan semasa hidup di dunia pun mereka sudah dipisahkan oleh sel penjara akibat ulah perbuatan suaminya. Inikan pula mahu kekal abadi di negeri akhirat...
Saturday, November 7, 2009

Melayari FTP


Sebelum mengguna FTP, anda perlu download dahulu programnya

Waktu Siap Download Mengguna Winrar. Keadaannya seperti ini. Letakkan mouse pada tulisan Portable Cute itu, klik kiri pada mouse, jangan lepas dan tarik keluar dari kotak ini. Letakkan pada desktop


Klik File, New, FTp site
Friday, November 6, 2009

Maklumat Terkini Penghantaran L4

Untuk Lihat senarai sekolah daerah Hulu Langat yang dah hantar
Klik Sini Sekolah Rendah
Jumlah Murid Yang Menerima Sesi Bimbingan bagi sekolah rendah kebangsaan Daerah Hulu Langat tahun 2009

Klik seterusnya, lihat lagi ..senarai sekolah yang sudah pun berjaya menghantar L4

Sekolah Menengah

Sekolah Rendah





Berikut adalah senarai sekolah rendah dalam daerah Hulu Langat yang telah pun menghantarL4. Ada 9 buah sekolah lagi yang belum hantar. Tahniah kepada yang sudah pun menghantarnya.

Masih belum seragam dalam aspek menamakan fail sekolah masing-masing. Harap yang baru nak hantar dapat rename nama kod sekolah, contoh BBB8888

Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi 0194424417



Thursday, November 5, 2009

Lagu Menjadi Kenangan Kaunselor


Sakit perut kami ketawa, sakit mulut menahan ketawa, beginilah kursus-kursus yang dihadiri para kaunselor, sentiasa santai, bebas dengan iramanya...

EDE SETE ULET BELE
PENYE KAKE SEREBE
SIAPE JUMPE KEKE KE KEKE KE
JIKALE TEK DEPET
TERPEKSE KE MELEMPET
DENGEN KEKE SEREBE KURENG SETE



AKU PEGANG ENGKAU PUNYA
ENGKAU PEGANG AKU PUNYA
KITA SAMA-SAMA PEGANG
PEGANG E E NYA

AKU RAMAS ENGKAU PUNYA
ENGKAU RAMAS AKU PUNYA
KITA SAMA-SAMA RAMAS
RAMAS E E NYA

AKU CUBIT ENGKAU PUNYA
ENGKAU CUBIT AKU PUNYA
KITA SAMA-SAMA CUBIT
CUBIT EE NYA

Klikkan Lensa di Pangkor


Acara Pertandingan minum air teh sejuk


Sesi Taklimat L4 oleh Norish, mana-mana sekolah yang tak hantar, GB dan Pengetuanya akan dihubungi....


"Jangan lupa, 19 ni kita dah nak gabungkan kesemua data. Kejar sekolah mana yang tidak hadir hari ini, minta surat tunjuk sebab"

Jurus 5 Kungfu Tegak...


Zzzap...zzuupp


Jangan tak hantar laporan ni tau...kalau tidak, JU2 jugak yang susah nanti..


Tengok sini semua.....kami nak tunjukkan jurus kungfu tegak...

Chicken Dance.....Ayoooooo

Kota Pulau Pangkor

Ikan bilis...menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung di sini
suasana tenang di kota berhampiran jeti utama
Bilis Besar dan kecil
Van warna pink, angkutan utama penumpang ke sini
Wednesday, November 4, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROF.GURU BNK


Norish bersama Cikgu Maan SK Jalan 2. Beliau ini sering ketemu dengan saya sewaktu saya masih menuntut di sekolah menengah dulu, kini....sudah sama-sama jadi cikgu...huhu.. cikgu



Penantian feri di jeti ke pulau

Huk Aloh..... ada jugak orang curi ambil gambar

Kita kena cepat, nanti feri tinggal kita berdua

di belakang feri...naik selalu

Aik...datang Pangkor pun bawak basikal... Selamat Datang ke Pulau Pangkor, Jom Ikut Saya...

Seronoknya dapat ke Pulau.... Itulah yang digambarkan oleh Cikgu Maan melalui ibu jarinya


Jom...kita pigi shopping....duit ada banyak lagi nii..tenok beg kita orang, besar-besar kan



Puan Hazizah Bachik, SK Beranang tersenyum


Cikgu Mazidah SK Sri Jelok



Puan Nyai....@ Mariani

\
Hemmm....Kenyang la....


Apa tengok-tengok...nak juga la tu..


Hai.....nak amik gambar siapa ni..


Paparazi kena snap

E-Pelaporan Hulu Langat

4 November 2009.

Sebahagian Peserta di atas feri sedang menuju Pangkor

Pegawai HEM Hulu Langat sedang memberikan ucaptama.

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.