Sunday, November 1, 2009

Bukan dia yang Eksiden

Kawannya mengalami kemalangan, dia hanya menaiki ambulan untuk menemani rakannya itu ke hospital,di tengah perjalanan, tayar ambulan meletup, dia yang sihat, tercampak keluar, dan dia yang meninggal dunia, sedang rakannya hanya cedera.

Itulah namanya malang tak berbau, maka kerana itulah, kita perlu sentiasa mempunyai rasa gerun dan takut kepada Tuhan, sebab kematian boleh menemui kita bila-bila dan dimana-mana jua. Dalam Surah Luqman, tuhan ....

Dalam Surah Luqman Ayat 34, Tuhan menyatakan 5 perkara yang manusia tidak mengetahuinya.
1. Bilakah akan tiba hari kiamat
2.Dimana dan bila hujan akan turun
3. (Nasib) Bayi dalam Kandungan
4.Apakah yang akan dikerjakan oleh manusia esok hari
5. Dimanakah kuburnya

JASIN: Semangat setiakawan seorang pegawai Jabatan Imigresen negeri mahu menemankan dua rakannya yang kemalangan menaiki ambulans bertukar tragedi apabila mangsa maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan itu yang terbalik akibat tayarnya pecah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa, Muhamad Fitri Jamaludin, 25, dari Taman Maju, di sini, dikatakan begitu beria-ia mahu mengikut ambulans yang membawa rakannya dikenali sebagai Mohd Firdaus dan Raja Mohamed Azuhan berusia 20-an ke Hospital Jasin berhampiran.

Kejadian berlaku di Jalan Jasin-Bemban, dekat sini, apabila ambulans terbabit dipercayai terbabas selepas salah satu tayarnya pecah lalu melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebelum terbalik menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Jasin, Cif Inspektor Mohd Zaki Ashar, berkata sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil bersama rakannya itu berkonvoi dengan menaiki dua kenderaan berasingan dipercayai menuju ke arah pekan Jasin.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.