Saturday, March 7, 2009

Kita Hidup Dalam Hati dan Mata Orang Lain

Begitulah antara beberapa falsafah dalam yang terdapat dalam program TC (Therapeutic Community) di mana-mana pusat serenti di Malaysia. Kita Hidup Dalam Hati dan Mata Orang Lain, kita memang kadang-kadang tidak nampak baik kita, lebih-lebih lagi yang buruk tentang diri kita. Tetapi orang lain melihat dan tahu siapa kita.

Justeru dari itu, pandangan orang lain perlu diambil kira, dan jika tak dapat, mintalah pandangan orang lain. Saidina Umar r.a, setiap kali usai bercakap di depan khalayak, beliau bertanya kembali pada orang disekelilingnya apa yang beliau ucapkan tadi.

Dalam siri ceramah saya dimana-mana, selepas ceramah, biasanya saya akan memanggil semula kata-kata saya yang keluar tadi, dan pasti hampir setiap kali ceramah, paling tidak satu kesalahan yang saya lakukan. Paling tidak tersalah membaca ayat Quran, yang tiada wal tetapi saya masukkan wal, sebagai contoh, wa mal hayatad dunya.....sebenarnya ayat itu bunyinya, annamal hayata dunya..cuma masih nasib baik, tidak mengubah makna asalnya.

Begitulah saya belajar memperbaiki diri. Semoga Tuhan terus memperbaiki kesilapan saya.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.