Wednesday, June 18, 2008

Berita hari ini

Sekolah Bangi ni kat mana? Begitu tanya seorang tukang hantar pos laju. Kat stesen komuter Bangi tuan. Ditunggu la sampai petang, tak sampai jugak suratnya, kata pos laju, entah dari siapa pun tidak dapat diteka. Laju pulak tu.

Hari ini jumpalah surat tu, rupanya dari Universiti Sains Islam Malaysia, didalamnya borang tawaran melanjutkan Diploma Penyalahgunan Dadah ambilan 2008. Saya kena mendaftarkan diri 10 Julai ini di Pandan Indah. Pengajian selama 9 bulan ini akan menjauhkan saya sedikit dari sekolah. Tapi bukan satu tempoh yang lama. Bulan 3 tahun depan, ada lah pulak. Masa borang tawaran sampai dulu, Puan Jannah lah yang syorkan, terpikir dekat, hanya kat Nilai, gaji penuh, cuti tanpa rekod, apa lagi, sementara semangat masih membara. Lagipun masih gagah nak ulang-alik insya Allah.
Apapun, kebaikannya buat sekolah jugak. Dan esok tiga hari, dan sambung minggu epan 4 hari ini, mesyuarat Juru Latih Utama melibatkan saya di Klang, pun bakal menaikkan nama Sk Bangi. Apa tidaknya, seramai 9 orang, 2 dari Selangor, seorang dari Gombak dan seorang dari Sekolah Rendah Bangi.
Sebenarnya usaha saya hanya sedikit lebih dari orang lain. Bukan hebat pun. Tapi gembira sebab terpilih membawa idea bina blog ke peringkat Kebangsaan. Harap menjadi kenyataan.


0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.