Thursday, June 26, 2008

Terima Anugerah Tuhan dengan Syukur

SELANGOR :sELAMA 4 hari bermula 23 dan berkahir 26 Jun 2008, seramai 120 orang kaunselor dari seluruh Malaysia dikumpulkan dalam rangka kursus pelaporan e-kaunseling kebangsaan.

Seramai 9 orang JU (Juru Latih) pula dipilih untuk memimpin kaunselor ini. Saudara Norhisham Omar dari Negeri Sembilan menyampaikan penerangan tentang borang L4 dan L8. semua ini kaunselor akan (terpaksa) buat selewatnya 15 November ini.

Selepas ini, semua kaunselor dari setiap daerah akan dikumpul dan diberi penerangan yang sama. Manakala saya turut memberi penerangan berkenaan membina laman blog dan kelebihannya buat kaunselor.
Pegawai Kementerian Pelajaran, Bahagian Sekolah dan En.Abdul Rahim Othman turut membina blog peribadi.Mereka bersetuju untuk menjadikan blog satu agenda penting untuk masa akan datang. Dan saya diminta bersedia untuk dipanggil memenuhi undangan rasmi ini kemana saja dalam Malaysia. Syabas.....

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.