Satu Ringgit Sama 3 Ribu 300 Rupiah

Bulan lepas Rp2,000,000 (2juta) hampir RM800.00. Namun ada berita baik buat anda yang kepingin ke Indonesia bulan-bulan hadapan atau tahun-tahun depan, Rupiah semalam mencecah lagi RP3,300.00 seringgit. 2 Juta Rupiah anda boleh beli dengan RM606.00 sahaja. Jimat hampir RM200.00.
Saya syorkan belilah. Kalau tak jadi pergi pun, untuk simpan, bila duit tu naik balik, kita jual pula. Bukan Senang Nak Jadi Kayo. Sekaranglah masanya kalau nak jadi JUTAWAN.
Razali professional, atasi politik kepartian - Mat Sabu

"Allahyarham Razali bagi saya adalah seorang Timbalan Menteri yang professional dan mengatasi politik kepartian walaupun beliau datang dari negeri yang sangat kuat mendiskriminasikan rakyat yang menentang Umno dan negeri Wang Ehsan (setelah royalti minyak disekat)," katanya.
Razali Ismail meninggal dunia secara mengejut di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar pula menyifatkan kematian Razali sebagai kehilangan yang besar kepada dunia pendidikan.
"Kementerian Pelajaran kehilangan Timbalan Menterinya yang sangat berwibawa, komited dan dedikasi kepada tugasnya," katanya.
Allahyarham Razali, kata Mahfuz, sangat memahami dan menguasai bidang pendidikan dan sentiasa memberikan jawapan yang bersemangat mengenai pendidikan di Dewan Rakyat.
"Selain sifatnya yang diakui ramai Ahli Parlimen kerajaan dan juga pembangkang sebagai baik dan berbudi bahasa, cara Ismail menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementeriannya juga menyebabkan beliau dihormati.
"Bila menjawab, beliau begitu bersemangat. Saya rasa hampir tidak pernah berlaku ahli-ahli Parlimen pembangkang bercakap dengan kasar kepada Ismail dalam Dewan.
"Mungkin ada, tetapi amat sukar diingati perkara sedemikian pernah berlaku," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Razali juga, kata Mahfuz, begitu komited untuk membina generasi muda yang berilmu.
Sebelum menceburi bidang politik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu adalah pegawai Kementerian Pelajaran.
Benarlah Sabah
Ketika berada di Sabah, tepatnya ketika saya sedang mendengar taklimat dari En.Azlan di Pusat Serenti Papat atau glamournya PUSPA, Papar, ketika itu azan berkumandang, sedangkan jam menunjukkan pukul 12.10 minit. Wah benar sekali waktu di Sabah ini, bisik hati kecil saya. Selama ini ku tertanya-tanya kenapa jam 1.00 disebut petang. Rupanya memang jam 1 sudahpun menghampiri petang.
Di Semenanjung Zuhur adalah jam 1.00 lewat. Perhatikan pula waktu semenanjung di bawah. Kalau ikutkan jam ianya tidak selari dengan matahari terbit., kerana sepatutnya permulaan hari adalah jam 6.00 pagi. Tengah hari adalah jam 12.00 (betul-betul di tengah) dan akhir petang adalah 6.00 petang. (keadaan ini berlaku di Negeri Sabah) ketika anda terbangun waktu pagi, matahari sudahpun terbit, sementara jam waktu itu adalah baru pukul 6.00 pagi. Manakala waktu petang jam 6.00 sudah pun maghrib.

Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun.
JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN
Berita Terkini Sekolah Baru
Kabin? Panas la. Hal ini kita menunggu keputusan pihak kementerian apa langkah yang mereka akan ambil. Tunggu dan lihat.
Kenangan di UMS dan Sabah
19 Nov 2008. Rombongan Spada USIM dan keluarga serta staf dan pensyarah USIM berjumlah 49 orang telah pun berjaya melaksanakan misi ke Sabah. Misi mencari mutiara ini, hehe, sampingan je, di ketuai En.Razif yang bertindak selaku Ketua Rombongan, Kepada En.Razif syabas di kalungkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS atas kejayaan misi ini.
Singgah di Kundasang dalam perjalanan ke kaki Gunung Kinabalu. Udara di sini sungguh nyaman, macam Cameron Highland, namun sayang waktu kami sampai, kepala Kinabalu di litupi awan kabus. Kalau pagi jam 8, memang nampak kata orang di sini.
Best jugak naik benda ni ya. Sebenarnya member kita ni (Noor, sebelah kanan) dulu dah jadi cikgi kat Sarawak, jadi biasalah bagi Norzalifah naik belon ni. Tapi belon ni agak keras sikit. Ops, bukan sikit, banyak la. Apa pun Tahniah, kini kita ke Sabah, Negara di Bawah Bayu, kata Prof.Shuib.
Seronok jumpa Presiden SPADA UMS, Evelyn, suka pada panorama dan mengambil gambar. Beliau telah membeli kamera Canon D60 dengan harga RM2,600,00.
Staf SPADA USIM, Berdiri di tengah Kak Nab, CC SPADA di Nilai bersama Suziani, (Perkama) dan Kak Ida USIM Pandan Indah.
Lawatan kami berjaya menjejak kaki di lokasi SPADA UMS, bangunan baru, menyedia 300 bilik untuk pensyarah.(masih ada kekosongan) Sejuk jugak kat sini, maklum atas bukit di tepi pantai.


Tiba di kaki Gunung Kinabalu, siapa nak nak mendaki kena bayar RM5.00. past tu waktu balik dapat sijil. Lokasi puncak adalah ketinggian 4095.2 meter dari aras laut. Perjalanan terpantas telah di lakukan oleh rakyat Spanyol selama 2 jam lebih. (betul ke ni, tolong semak balik kawan)
Lawatan hari terakhir ke Pusat Serenti Papar atau ringkasnya PUSPA. Jauh jugak naik bas di lambung ombak darat,akhirnya kami sampai, di sini cuaca panas sikit.
Apa yang membeza antara pusat serenti ini ialah kubur... kubur replika untuk bekas penagih. Padahal sudha lama hal ini saya ingin lihat. Namun di sini (Sabah) baru jumpa. Saya syorkan pada Timbalan Komandan Kem Pusat Serenti PAPAR, En.Azlan supaya menggali satu kubur yang betul, semen dibawah macam di Sungai Cincin Gombak, letakkan penagih dalam tu biar lama sikit, biar dia insaf, bahawa hidup ini tak ada gunanya lagi bila kita mati. Eh....jangankan penagih yang banyak dosa dengan ibu, isteri, anak-anak dan masyarakat, kita yang tak macam diapun dah kecut perut kalau duduk dalam lubang kubur tu.Oh, ia, saya akan pertimbangkannya kata En.Azlan. Dan sebenarnya dah beberapa orang yang meninggal di PUSPA ni.
Staf SPADA
dan yang
sewaktu
dengannya
.
Program Pencegahan Dalam Komuniti
Program yang akan menghimpun seramai 120 orang pemimpin ini bertujuan memberi kesedaran kepada mereka tentang bahaya dadah. Tidak sekadar itu, mereka juga akan didedahkan dengan peranan yang boleh mereka mainkan untuk membantu mengekang gejala penyalahgunaan dadah dikawasan mereka.
Hulu Langat adalah kawasan pertama tertinggi dalam negeri Selangor jumlah penagih dadah.
Tempat Belajar Bebas Dadah
Tempat Kerja dan Sekolah Perlu Bebas dari anasir dadah. Atas dasar itulah, program seumpama ini di adakan lagi walau
nampak pelajar di CIAST ini tidak ada kaitan dengan dadah.Namun DADAH sebenarnya boleh menyerang siapa sahaja yang tidak kuat imannya untuk menghadapi cabaran hidup. Justeru itu, dadah di anggap sebagai penyelesaian.

Benarkah manusia boleh menghadapi cabaran hidup tanpa dadah? Benar... mereka hanya perlu kembali kepada sistem yang telah di cipta oleh ALLAH yakni agama.
Seroang peserta bertanya, boleh tak menggunakan teknik lain dalam ubatan untuk elak dadah?
Lain pula kalau sakit sombong. Itu penyakit rohani kena guna ubat lain, yakni terapi agama. Dengan dadah tak mampan penyakit sombong tu. Namun perubatan secara tradisi memang kita lihat tidak menggunkan unsur dadah, macam mahjun, air penawar, blad orang patah dan sebagainya.
Tempat Kerja Bebas Dadah
KUALA LUMPUR 14 November 2008. MIDA atau Malaysia Industrial Development Authority. telah menganjurkan program kesedaran kepada kakitangan sokongan selama 2 jam setengah. Program ceramah yang melibatkan 70 orang itu telah menerangkan situasi
negara berhadapan dadah kontemporari.Ceramah 2 jam yang banyak menyentuh bahaya merokok juga telah memberi kesedaran kepada yang hadir. Hasrat kerajaan inginkan bukan saja, sekolah, keluarga, ahli komuniti , akan tetapi tempat kerja juga bebas dadah.

Pihak syarikat boleh menjemput pihak AADK untuk menyampaikan ceramah kesedaran kepada warga kerja mereka. Selain itu, pameran juga boleh di adakan. Terdapat pusat serenti yang boleh dimasuki secara sukarela, satu-satu dalam Malaysia sekarang ialah di Sungai Besi, (PERSADA).
Sebahagian peserta terdiri dari kaum hawa
walau tak ramai, tapi hampir memenuhi juga
Tahniah SKB : UPSR
Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah
En.Halim menyampaikan ceramah dengan penuh bertenaga13 November 2008. USIM. Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah berjaya dan sukses. Special Programme Alcohol and Drug Addict (SPADA) selaku urusetia memang berkemampuan mengadakan program seumpama ini walau baru 4 bulan belajar. Kehadiran tetamu di luar jangkaan. Di awal program kami sangat cemas, di pertengahan program ada rasa sedikit gembira, dan di ahkir ada manisnya. Kami terima 120 lebih fax yang setuju hadir. Namun disebalik surat-surat yang difaks itu, ada yang tidak mengefaks terdahulu, malah jumlah peserta meningkat hingga 150 orang.
Melihat komen dari peserta, ramai yang ingin lihat pada akan datang, program didatangkan bersama seorang bekas penagih. Nampaknya guru-guru berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang akibat dari penagihan. Kaunselor dan guru PPDa boleh menghubungi mana-mana pelajar Spada untuk menyampaikan ceramah, berkongsi cerita tentang penagih hasil dari sesi kaunseling.
En.Abd Halim selaku ketua program SPADA, sekali lagi mempromosikan SPADA kepada tetamu yang hadir. Lihat website USIM bulan Mac tahun 2009, akan keluar iklan pengambilan pelajar SPADA angkatan kelima.
Pencerahan DI SMK Convent
Banyak juga soalan-soalan datang dari anak-anak Convent ini. Dari mana datang dadah, macam mana membuatnya, macam mana nak berheti dari menagih. Terlupa ...rupanya sekolah ni semuanya perempuan. OK dah nak study farmako plak.
Senario Dadah Semasa di IPRM,Seremban
Dalam program ini seramai 468 orang guru-guru lepasan Ijazah mengikuti ceramah yang disampaikan oleh 2 orang mahasiswa SPADA.Ada yang teruja baru mendengar perkataan Diploma Siswazah diawalnya. Dan dipertengahan mereka mendengar lagi kalimat dependens, tolerans, barbiturat, Benziodiazepen, koma, maut, sakit mental dan sebagainya. Satu hal baru dan pendedahan yang menyeronokkan.
Kiranya ada antara pendengar hari ini yang tertarik ingin membawa ceramah kepada murid sekolah suatu hari nanti. Anda boleh hubungi SPADa atau emel berikut, afraima@yahoo.com.
ddd
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah
AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2008
(172)
-
▼
November
(21)
- Satu Ringgit Sama 3 Ribu 300 Rupiah
- Razali professional, atasi politik kepartian - Mat...
- Benarlah Sabah
- Berita Terkini Sekolah Baru
- Kenangan di UMS dan Sabah
- Program Pencegahan Dalam Komuniti
- Perjalanan SPADA yang Pertama JAUH
- Macam-macam 1
- Tempat Belajar Bebas Dadah
- Tempat Kerja Bebas Dadah
- Tahniah SKB : UPSR
- Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah
- Pencerahan DI SMK Convent
- Senario Dadah Semasa di IPRM,Seremban
- 09 November 2008
- Tengok lah Kalau Dah Terlampau Maju
- PROGRAM KEAGAMAAN DI BUKIT MAHKOTA
- Syukur Mereka Faham
- Bukan Manusia Yang Jadikan
- Buletin Bimbingan dan Kaunseling
- Bahan Masukan Mesyuarat PIBG
-
▼
November
(21)














