Tuesday, November 25, 2008
Benarlah Sabah
Selama ini saya terfikir, kenapa jam 12.00 disebut tengah hari dan jam 1 disebut petang. Walhal (jam 1.00) baru saja masuk waktu Zuhur (di Semenanjung). Dalam Islam, waktu Zuhur adalah selepas matahari betul-betul bergeser dari berada di tengah-tengah tegaknya. Dalam hal ini, jam 12.00 adalah betul-betul mengikut sistem matahari terbit, menegak dan kembali suram.
Ketika berada di Sabah, tepatnya ketika saya sedang mendengar taklimat dari En.Azlan di Pusat Serenti Papat atau glamournya PUSPA, Papar, ketika itu azan berkumandang, sedangkan jam menunjukkan pukul 12.10 minit. Wah benar sekali waktu di Sabah ini, bisik hati kecil saya. Selama ini ku tertanya-tanya kenapa jam 1.00 disebut petang. Rupanya memang jam 1 sudahpun menghampiri petang.
Di Semenanjung Zuhur adalah jam 1.00 lewat. Perhatikan pula waktu semenanjung di bawah. Kalau ikutkan jam ianya tidak selari dengan matahari terbit., kerana sepatutnya permulaan hari adalah jam 6.00 pagi. Tengah hari adalah jam 12.00 (betul-betul di tengah) dan akhir petang adalah 6.00 petang. (keadaan ini berlaku di Negeri Sabah) ketika anda terbangun waktu pagi, matahari sudahpun terbit, sementara jam waktu itu adalah baru pukul 6.00 pagi. Manakala waktu petang jam 6.00 sudah pun maghrib.

Selama ini tanggapan kita kenapa Sabah awal berbuka puasa adalah salah, justeru Sabah adalah tepat waktu jam nya seiring dengan matahari terbit dan terbenam. Hal ini tidak juga saya temui ketika berada di Sumatera selama 4 tahun.
benarlah ungkapan
JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN
JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2008
(172)
-
▼
November
(21)
- Satu Ringgit Sama 3 Ribu 300 Rupiah
- Razali professional, atasi politik kepartian - Mat...
- Benarlah Sabah
- Berita Terkini Sekolah Baru
- Kenangan di UMS dan Sabah
- Program Pencegahan Dalam Komuniti
- Perjalanan SPADA yang Pertama JAUH
- Macam-macam 1
- Tempat Belajar Bebas Dadah
- Tempat Kerja Bebas Dadah
- Tahniah SKB : UPSR
- Seminar Pendidikan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah
- Pencerahan DI SMK Convent
- Senario Dadah Semasa di IPRM,Seremban
- 09 November 2008
- Tengok lah Kalau Dah Terlampau Maju
- PROGRAM KEAGAMAAN DI BUKIT MAHKOTA
- Syukur Mereka Faham
- Bukan Manusia Yang Jadikan
- Buletin Bimbingan dan Kaunseling
- Bahan Masukan Mesyuarat PIBG
-
▼
November
(21)
4 comments:
salam..
wah, bagus ni syeikh! anta tlh memanfaatkan pgalaman anta d sabah, dgn mnilai waktu matahari terbit, tbenam dsb.. ini suatu ilmu yg amat baik utk dkongsi teman2 yg tdk bpeluang k ngri d bwh bayu ini..
jazakumullahu khairon kasiro..
sebenarnya hal ini sudah lama terfikir dalma benak ana, jawapannya sudah ada, tapi masih kabur, namun apabila ke sana, memang lebih jelas lagi dan menampakkan kekeliruan selama ini, tentang waktu solat di semenanjung, kenapa pukul 1. petang bukannya tengah hari.rupanya jam kita di adjust selari dengan waktu sabah.satu hal memudahkan, dan satu hal memeningkan...
"Pada tahun 1932, buat kali pertama waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah buat kali pertama dari jam 11.40 minit malam kepada jam 12.00 malam. Perubahan waktu ini menjadikan waktu Persekutuan Tanah Melayu 7 jam 20 minit lebih awal dari Waktu Greenwich. Namun pada 1 September 1941, sekali lagi waktu Persekutuan Tanah Melayu telah diubah dengan dipercepatkan 10 minit bagi menyelaraskan waktu tempatan dengan waktu antarabangsa. Sewaktu pemerintahan Jepun, waktu Tanah Melayu ditukar lagi mengikut waktu Tokyo iaitu 2 jam lebih awal. Waktu tersebut digunakan hingga tamatnya pemerintahan tentera Jepun pada tahun 1945. Waktu Persekutuan Tanah Melayu digunakan semula sehingga 31 Disember 1981 apabila kerajaan Malaysia dengan rasminya telah mempercepatkan waktu Malaysia sebanyak 30 minit. Langkah itu diambil untuk menyeragamkan waktu di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Berikutan perubahan itu, waktu siang Malaysia adalah lebih lama dari waktu malam dan meletakkan waktu Malaysia kepada 8 jam awal dari waktu Greenwich. Sesungguhnya peristiwa perubahan waktu ini memberi erti yang besar dan bersejarah kepada rakyat Malaysia"
sekali lagi masukan yg bermakna, sebelumnya, saya belum mendapat info ini, tak sempat search di enjin carian google. apa pun terima kasih hazri99
Post a Comment