Saturday, November 8, 2008

PROGRAM KEAGAMAAN DI BUKIT MAHKOTA

Assalamualaikum,

kepada surau-surau dan persatuan-persatuan penduduk Putra Mahkota,Bangi dan sekitarnya

Dr Mohd Arip Kasmo ada beritahu ayahlong, dia selalu lalu di Putra Mahkota dan mengalu-alukan sebarang jemputan untuk berceramah tentang Al Quran dan Sains di sekitar Putra Mahkota. Untuk maklumat lanjut, sila klik blog beliau <http://qurandansains.blogspot.com/> dan googlekan nama beliau untuk melihat aktiviti beliau. Setakat ini beliau ada bagi ceramah di KUIS. Seeloknya sediakan LCd projector kerana banyak slide yang beliau nak tunjukkan tapi kalau surau tak ada kemudahan tersebut, beliau boleh bawa sendiri.

Keistimewaan beliau ialah dapat mengolah permasalaahan mengikut perspektif agama menggunakan laras bahasa sains. Istilah-istilah seperti kromosom, galaksi dan Big Bang Theory disulami dengan konsep-konsep tauhid, syumul, uluhiyah dan rububiyah. Bagus untuk para
pendengar yang dahagakan hujah saintifik berpaksikan k,pada kebenaran Al Quran.

Untuk maklumat lanjut boleh juga hubungi Ayahlong melalui e-mail ayahlong_azm@yahoo.com atau hubungi beliau (hp dan e-mail ada dalam blog beliau).

Penceramah: Dr Arif Kasmo, UKM
Tajuk: Al Quran dan Sains
Hari, masa: Ahad, selepas solat maghrib.
Tarikh: 9 November 2008
Tempat: Surau Al Muhajirin, Seksyen 3, Bandar Bukit Mahkota


Ayahlong
BBM

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.