Sunday, March 29, 2009
Dadah Menambah Selera Makan
Mungkin anda pernah mendengar ketamin, LSD, mefatamin, heroin, Ganja, Morfin, Candu, Kodein, MDMA, Minyak Hashis, Syabu, ATS, sedatif Hipnotif , Nonspan, Domikom, Pain Killer, Psilosibin, Ekstasi, nIKOTIN, Shisya, Benzodiazepin, Metadon, Naltroxone, dan lain-lain, itu semua adalah nama-nama bagi pelbagai jenis dadah yang terdapat dalam dunia hari ini. Dan masih banyak lagi nama-nama yang lain.Sementara itu, jika dikelaskan semua jenis dadah2 tersebut, ada 5 kelompok besar. 1. Opiat 2. Kanabis 3. Depresen 4. Stimulan 5. Halusinagen dan ada yang terbaru yang ke-6. Designer Drug.
Penagih yang kurus pula, mereka mengkonsumsi heroin. Penagih heroin akan merubah segala-galanya, dari gemuk menjadi kurus, panas baran, kurang selera makan, cara bercakap menjadi lambat dan cara bertindak juga lambat.Pernah jumpa kat Chow Kit atau Puduraya tak?
Adapun yang paling merbahaya di antara yang berbahaya ialah dadah terkini Disigner Drug. Dadah buatan manusia dengan campuran bahan kimia tertentu. Tujuannya untuk mendapat keuntungan yang lebih. (Bayangkan 1kg heroin adalah RM50.000). Antaranya ialah SYABU, pernah dengarkan? Syabu membawa kesan langsung ke otak. Ramai yang dah gila kerana syabu, memory dalam hard disk dalam kepala, semua terdelete. Lupa segala-galanya.

Justeru, kepada semua masyarakat, baik pemimpin masyarakat, jauhilah dadah, jauhi lah rasuah, kenapa kes penagihan tidak berkurang di Malaysia, salah satu sebab terbesar ialah rasuah. Saya duduk di pusat serenti, tau sangat hubungan kes dadah dan rasuah. Pada pihak keselamatan dalam negara, yang tidak takutkan ALLAH, ingatlah, wang RM800.00 yang anda dapat itu (setiap kali melepas kes suspek yang positif dadah dalam urin) memang sangat banyak, saya tahu anda gembira dengan wang itu, banyak benda boleh beli, tetapi ingatlah.....betapa hancurnya masyarakat kita kerana anda. Jauhi lah rasuah. Wang itu akan membakar anda di dalam neraka kelak.
Saya juga tahu, ada antara polis yang terpaksa melarikan diri dari terlibat dengan kes rasuah, sehingga terpaksa berpindah departmen. Syabas....anda memang hebat! Rupanya dalam unit anggota polis, ada lagi yang masih bertakwa. Sedang kan dunia sedang menuju ke saat-saat akhir kiamat.Pada keluarga yang ditimpa masalah anak menjadi penagih, bersabarlah, inilah ujian ALLAH, Allah berfirman Sesungguhnya anak-anak kamu adalah FITNAH bagi mu.FITNAH dalam bahasa agama membawa maksud cobaan.
Sementara kepada anak-anak, ingatlah anda telah menconteng arang ke muka keluarga dengan perbuatan anda itu. Betapa malu dan tidka tentu arahnya, ibu anda lantaran sikap anda.
Tadi pagi saya menghubungi seorang ibu 60 tahun, yang anaknya terlibat kes dadah, mak cik pergi horpital jumpa doktor, doktor kata mak cik tak sakit apa-apa. Mak cik memang sakit .... Ya mak cik sakit lantaran mengingatkan anaknya yang tidak menjadi manusia seperti anak yang lain. Sabarlah makcik, saya sangat memahami, dikala suami sudah tiada disisi, anak pula menjadi begini, aduh.....hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan mak cik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah
AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
March
(33)
- Blog Anak Sri ABIM
- Berita Yang Sadis
- Dadah Menambah Selera Makan
- Semangat Anak2 Sri ABIM
- Semangat Anak Sri ABIM
- Terima Kasih AADK Ampang
- جيري 2فناكيه
- Bagaimana Menjadi Mukmin
- Penghargaan Buat Cikgu Fadzli
- 3 Sebab Dapat Hepatitis C
- Pemulihan Berteraskan Religius
- Enggan Masuk Syurga
- Tinta Lalu
- Harapan Seorang Penagih
- Step Kaunseling dengan Murid Penagih
- Antara Harapan dan Kepercayaan
- Masih Ada Yang Sayang
- Kesilapan Sorang Penagih
- Bagaimana Membantu Penagih
- KLinik Metadone Terbaik Malaysia
- Antara Sedar dan Tidak
- ANGKARA DADAH DURJANA
- MURID. Masa Untuk Rasa Indahnya Dunia
- Memperkecil Kotak Masalah
- Reward Pathway
- Bilik Bimbingan & Kaunseling
- Berlaku Jua
- Kita Hidup Dalam Hati dan Mata Orang Lain
- Tanda Seseorang Di Cintai Tuhan
- Kini ku akui
- Di Mana Kita
- MAKLUMAN : WEB SK BANGI
- Minggu Yang Sangat Kecewa
-
▼
March
(33)

12 comments:
hmmmmm dadah memang untung kalau dijual.
xsempat nikmati untung sbb dah meninggal krn dadah! hehe!
Wah, kini saya mengerti, saya terkeluar dari golongan itu sebab saya hanya kuat makan...Jangan marah cikgu Norish
assalamualaikum ustaz
thanx dah bagi blok ustaz pd saya.
bagi keluarga penagih dadah memang saya akui banyak dugaan yang mereka tempuhi tapi ingatlah masih ada "sinar harapan" jika kita bersabar dan berusaha. dimalaysia sekarang telah ada ubat untuk mencegah penagihan dadah(terutana heroin dan morpine)yaitu sirap methadone,pil subuxon dan pil buprenorphine sebagai gantian untuk ketagihan dadah.pengalaman saya selama 3 tahun menggunakan ubat ini menunujukkan peningkatan pemulihan yang sangat baik..........namun mestilah penagih tersebut mempunyai semangat yang kuat untuk baik+pulih.kaunselling memainkan peranan yang sangat penting untuk sesorang itu pulih.untuk ketagihan seperti ice(shabu) dan ketamin mereka digalakkan untuk masuk ke pusat pemulihan untuk nyahtoksid(detox) yang lebih berkesan.
namun ubat2 gantian tidak akan berfungsi dengan berkesan jika penagih tidak memepunyai keimana dan keyakinan untuk pulih yang kuat
setelah penagih pulih diharapkan penagih lebih mendekatkan diri kepada ALLAH kerana pemilihan dengan ubat+kounselling+keimanan pada ALLAH
menunjukkan hasil yang sangat positif
TERIMA KASIH,saya masih perlu belajar banyak lagi tentang subuxon, namun bagaimana nak atasi masalah gian metadone
OK Dr Din,satu fakta yang bagus, cam na klinik baru, dah rasmi ke? Ambik lah gambar n post kat sini, boleh lah pt2 yg bdekatan pegi amik metadone.
OK Dr Din,satu fakta yang bagus, cam na klinik baru, dah rasmi ke? Ambik lah gambar n post kat sini, boleh lah pt2 yg bdekatan pegi amik metadone.
InsyaALLAH nanti say poskan gambar klinik.skarang masih setup lagi.....
saudara,slalu soalan ini terpikir di kepala saya,selamat kah penagih di pusat serenti dari saluran dadah?,kalau ada dan kita tahu,siapakah yang berani bongkarkannya?..ini kerana,dadah mudah juga didapati di pusat serenti...
setakat yang saya tahu, dadah tidak ada di pusat serenti...kalau ada juga, hanya rokok daun dan tembakau
setakat yang saya tahu, dadah tidak ada di pusat serenti...kalau ada juga, hanya rokok daun dan tembakau
Saya ni ketagih seks,MAKLUM LAA TAK ADA ISTERI
Post a Comment