Thursday, April 30, 2009

Calon Murid Berjaya


SELAMAT HARI PEKERJA 2009

pisah
1 MEI ADALAH HARI PEKERJA. Pihak admin laman web skbangi.com mengucapkan Selamat Hari Pekeja kepada semua pelawat yang telah melonjakkan hits web ini sehingga mencecah 3200 lebih.

Pada guru, ibu bapa yang bersabar dalam mendidik anak, syabas, walau esok hari cuti umum, tetapi kerja kita tetap teruskan. Bekerjalah dengan baik, sabar dan jujur.

SABDA NABI : Peniaga yang jujur akan duduk begini bersama ku di syurga nanti. Katanya sambil menunjukkan 2 jari telunjuk dan jari hantu.


Nilai baik di sini ialah KEJUJURAN. Justeru, sentiasalah mengekalkan KEJUJURAN, walau sepayah mana sekalipun. Syukur pada Tuhan, anda yang bekerja di Sekolah sebagai guru, kerani dan tukang sapu, tidak mempunyai ruang yang luas untuk berlaku tidak jujur. Tiada ruang untuk rasuah,yang ada hanya dugaan dalam bentuk yang lain.
Tuesday, April 28, 2009

HARTA DAN ANAK-ANAK

Dalam surah Al-Kafli ayat 46 Tuhan berbicara, Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan di dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Monday, April 27, 2009

Federal Hotel Hari Kedua


Hutang Masih Ada. Semalam saya daftar celcom broadband, bila penjual cek nama kat internet, tak ada black list. Bila tunggu aktif, sampai jam 12.00 pun tak aktif. Jam 4.00 pagi saya cek lagi. Belum jugak aktif. Saya call itu Cina, katanya tak boleh Register sebab ada hutang kat Celcom. Saya call celcom, dia cek, katanya tahun 2002 saya ada hutang.

Ingat...ingat, ya waktu baru balik dari Indonesia, saya ke KL, waktu sampai di Masjid India, ada orang bagi2 kad percuma, katanya 15 sen seminit. Apa lagi saya ambillah. Bila guna, tak sampai2 pun bil, cukup 2 bulan setengah baru tiba.

Alamak, kena tipu, bukan 15 sen, tapi 35 sen. Dah lah gitu, ada cash tambahan lagi. So...macam mana ya saya fikir, orang yang kerja Telekom, bahaya tu, ada orang telekom kerjanya menipu orang, entah dia wakil atau tidak, tapi pakai baju orang celcom la, masa tu dah ada ke celcom ya, terus duit yang tipu tu, kita bayar dengan geram... bukan kah duit itu yang dibayar gaji mereka ek?

KAlau betul duit tu dibayar gaji, entah berapa ribu sebulan dan setahun orang Celcom mendapat gaji serpihan dari wang ini. Bagi saya...eeee takutlah.... Bahaya di depan neraka nanti. Halal ke wang yang lari dari perjanjian????

Cakap 15 seminit, hakikat 35 seminit.... Berani kah anda mengatakan wang itu HALAL? Saya akan bayar lah petang ini hutang, mujur lah tak sampai setengah ribu macam member yang lain.

Daging yang dibina dari sumber pendapatan yang haram, haram baginya masuk syurga.(Hadis Nabi)

So, pengajaran, lain kali jangan percaya orang di tepi jalan... Nahas kita nanti, saya dah kena. Yang kedua, anda yang nak bekerja di Celcom, elok pikir sikit, tang gaji ni. Sah bercampur duit tu dengan yang halal dan tidak. Bahkan bukan Celcom je, bank pun jugak. Jangan terkejut, seorang guru di Indonesia ada yang berkata, jangankan bekerja sebagai pegawai bank, tukang sapu pun jangan, katanya ketika memberi ceramah pada anak muridnya. Sebabnya apa... wang ..

Dan yang ketiga, segala perbuatan kita dirakam, direkod dan disimpan, hanya kita yang buat-buat lupa atau benar-benar lupa... Huhu. Bagaimana di akhirat nanti?
Saturday, April 25, 2009

4 Hari Mesyuarat

Sidang Pemirsa : Salam Maaf, saya harus menghadiri satu mesyuarat di Kuala Lumpur.

Tempat : Federal Hotel, Jalan Bukit Bintang
Dari : 26 April - 29 april 2009
Perkara : Mesyuarat E-Pelaporan Kaunseling, bagi JU Kebangsaan Unit Bimbingan dan Kaunseling


Thursday, April 23, 2009

Motivasi Berfokus SKB


Setelah seminggu berlalu, kali ini program motivasi berfokus di adakan lagi, tetapi lain pula sasarannya. Sasaran murid kali ini ialah 3 kelas tahun 6 di hadapan. Kami guru-guu mengharapkan mereka semua mendapat 5A dengan usaha yang luar biasa, bersungguh-sungguh, gandingan mantap dari ibu dan bapa, insya Allah, impian ini akan menjadi kenyataan.

Kenangan [ulangan]

Foto ini saya bersama Abu mewakili mahasiswa Acheh ke Jakarta. Sambutan 31 Ogos 2001
Gambar ini dirakam pada 1994
Kenangan bersama Abu menghadiri mesyuarat di Jakarta pada 31 Ogos 2001. Ni gambar masa member dari seluruh Malaysia berkumpul dan kami jalan malam-malam ke pasar-pasar sekitar Mess Malaysia.
Sama-sama belajar di SMU Darul Anuar, Pulau Melaka. Ini gambar masa kami ke Istana Sultan Kelantan. Seronok hari tu lihat Pentomin 7 Pemuda yang mati ratusan tahun.
Gambar kenangan di Pantai Lam Pu uk, Banda Aceh pada tahun 1999. Masa ni belum tsunami dan belum ada perintah berkurung. Seronok sakan kami jalan
Terbang : Seronok terbang macam ni.Baju merah Ustaz NAzri kini di Kedah, baru ni jumpa di Hotel Goldcourse Klang, kebetulan saya menghadiri perjumpan JU-JU Kebangsaan. Baju biru hujung Talhah, kini jadi hakim, baju putih 2 dari kanan, Najib, Paling kanan Abu yang akan kahwin raya ni dan aku la tu yang baju biru belang.

Pada rakan semua, jom kita meriahkan rumah Abu raya ni.Buat perjumpaan Alumni.
Wednesday, April 22, 2009

GM

Minggu ini adalah minggu yang sangat kecewa bagi kami, ahli keluarga, staf dan semua pegawai di PERSADA, termasuk pelajar yang sedang menjalani praktikum di sini. Apa tidaknya, bilama 3 orang ahli keluarga kami yang sudah lama (lebih satu tahun) berada di sini, sempat relapse di luar ketika kesempatan keluar diberikan. Dengan itu, PERSADA terpaksa mengadakan General Meeting (GM). Semua penghuni wajib berada di dalam majlis ini dan mesti serius.

Walaupun cerita relapse (kembali mengambil dadah setelah lama berhenti) dalam penagihan adalah perkara biasa. Namun bagi PERSADA, sebuah pusat serenti sukarela, yang kemasukkannya penghuninya adalah berdasa sambung

http://norish77.blogspot.com/
Monday, April 20, 2009

Al-Quran dan Kesihatan Masyarakat : Dr.Su'dan

Manfaat Dzikrullah Bagi Kesihatan Jasmani

Kegiatan penyembuhan korban narkotika di Suryalaya tepat ditinjau secara ilmiah. Misalnya dari segi kesehatan jasmani, tepat benar cara-cara Suryalaya.Memang alam pergunungan yang dingin, tenang dan indah, juga menunjang keberhasilan, Suryalaya terletak di punggung gunung yang udaranya bersih dan sejuk.Yaitu Desa Tanjungkerta, Kecamatan Pageragueng Kabupaten Tasikmalaya. Lokasi Inabah I berada di Desa Cibeureum, Kecamatan Panjalu, Kabupaten Ciamis...demikian secupil tulisan dalam buku Al-Quran dan Panduan Kesehatan Maysrakat, tulisan Dr. Su'dan M.D Indonesia.

Saya sempat membaca buku ini sebelum memulakan skripsi (tesis sarjana muda) ketika berada di Banda Atjeh dulu selama 4 tahun. Skripsi saya berjudul Konsep Dzikir Thariqat Al-Mufarridiyyah Sebagai Terapi Alternatif Gangguan Jiwa telah membawa saya sebagai Sarjana Muda Sosial Islam.

Hari ini,apa yang saya baca dalam buku itu, telah pun saya lihat sendiri di Kuala Nerang Kedah. Waktu di Aceh dulu, saya ke mana-mana dengan sebuah motor merah saya, pabila singgah di masjid solat Maghrib, saya minta dengan imam masjid untuk menyampaikan wejangan selama 7 minit.

Wejangan saya tak pindah tajuk dari ketenangan dan dzikir, bisa di gapai lewat dzikrullah. Hidup dalam perang di Aceh, sememangnya menakutkan bagi sesetengah orang. Jam 8.00 malam, dijalanan sunyi sepi. Tiada kenderaan yang berani lewat. Berlainan pada tahun 1998. Kami masih bisa ke Pantai Lam Pu uk untuk makan ikan bakar seramai 10 orang, walau pun sampai jam 12.00 malam.

Namun tahun 2000. Segalanya berubah, perintah darurat terjadi. Semua orang hidup dalam ketakutan. Peluru nyasar mencari mangsa. Saya pernah ditanya ibu di sebuah perkampungan tempat kost saya tinggal, ibu ini jualan goreng pisang, orang sana panggil pisgor, hei...kot malam-2 masih dijalan, kamu ngak takut ya? Ngak bu, saya kan orang Malaysia, peluru ngak cari saya.... kata saya sambil ketawa.

Kampung saya tinggal namanya Lam Duro.... Lam ertinya dalam....Duro maknanya duri...

Cuplikan Dari Kajian Kes Penagihan


Penulis dan rombongan bersama Haji Suki , Tuan Guru di Inabah Kedah


Sejarah Hidup

Klien dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1984. Bapanya membuka usaha warung kedai makan di Chow Kit, Ibu kota Kuala Lumpur. Manakala ibu klien membantu bapanya menjalankan perniagaan. Sebagai anak bongsu, klien sering bersama ibu dan bapa, dibawa ke mana sahaja. Tempat yang paling lama tinggal sehari-hari ialah di warung bapanya, Chow Kit. Dimana disitu ramainya penagih dadah berkeliaran. Ketika berusia 5 tahun (1989) klien pernah mencuba-cuba mengambil putung rokok dan cuba menghisabnya. Perbuatan ini dilakukan atas dasar ingin tahu.

Pada tahun 1990, klien dimasukkan ke Tabika Perpaduan di Keramat. Masuk usia 7 tahun, klien dihantar bersekolah di SK Jalan Gurney sehinggalah tamat darjah enam. Pada sebalah petangnya, klien bersekolah agama di salah sebuah sekolah agama rakyat berhampiran tempat tinggalnya.

sambung
Saturday, April 18, 2009

PUTERI ISLAM TAK BAGUS, CIKGU



Berhati-hati bila mengambil kira cakap anak. Memang budak ini seorang yang polos (cakap apa adanya), tidak pandai menipu lagi. Namun sebagai cikgu, mak dan ayah, kena teliti dulu cakap mereka. Jangan telan bulat-bulat, jangan kasi naik angin kita dibuatkan. Apalagi yang ada penyakit lemah jantung ke, takut-takut cepat mati....sedang tak sempat minta maaf.

Ada ada sebuah kisah, berkait dengan mulut budak ni, cerita ini saya dapat dari ibu kepada murid itu sendiri. Kisah ini dituturkan sendiri pada saya.

Cikgu kita dulu suruh pilih nak rumah pasukan apa kan, ingat tak, saya dulu pilih pengakap. Tetapi zaman sekarang, disebabkan murid ramai sangat, kalau cikgu bagi pilihan, semua akan masuk pengakap... atau semua masuk puteri Islam, ... begitulah kononnya, sehingga persatuan lain akan berkurang ahlinya.

Untuk memudahkan cerita, supaya guru yang ahlinya ramai tidak menjadi susah, kalut dan sibuk, sekarang ini cikgu dah siap agih-agihkan murid ini masuk apa, murid itu masuk persatuan apa. Ada lah seorang anak murid darjah 4 ni, dia tak suka Persatuan Puteri Islam, sorry bukan tak suka, tetapi lebih berminat nak masuk pengakap jugak. Dia baliklah mengadu pada ayahnya... setelah mengadu ayahnya berpesan, besok pergi jumpa cikgu, (kelas tu)cakap "cikgu, saya nak minta tukar persatuan lah". Saya nak masuk pengakap.

OK lah, besoknya, dia pun pergilah ke sekolah dan jumpa cikgu, ringkas cerita, dia kata begini, "cikgu, ayah saya cakap puteri Islam tak bagus". Saya nak tukar .....Petangnya dia balik rumah, mak nya bertanya ;

Mak : Engko dah cakap belum kat cikgu?
Anak : Dah...
Mak : Engko cakap macam mana
Anak : Cikgu, ayah saya cakap puteri Islam tak bagus...
Mak : Masya Allah bila masa pulak ayah engko cakap macam tu....?

Gamaknya, apa yang terlintas pada fikiran seorang guru, apabila anak murid berkata begitu, ayah dia pakai kopiah pulak tu, tentulah cikgu akan berkata dalam hati, teruk benor ayah engko ni ya.

Jadi ..pada semua...ambil lah iktibar, jangan telan sepenuhnya cakap anak. Jangan anggap anak-anak ni tak kan buat salah, kerana dia masih bersih. Ingatlah...firman Tuhan, Sesungguhnya anak-anakmu, adalah cubaan bagimu". Dalam ayat yang lain, Dan hari akhirat itu tiada tiada manfaat harta dan anak-anak, melainakan orang yang pulang mengadap Allah dalam keadaan hatinya bersih, qalbin salim".

Untuk lebih arif tentang psikologi anak, bacalah buku Psikologi Remaja, banyak pengarang yang sudah membukukannya, antaranya Prof.Dr.Zakiah Daradjat, Indonesia. Alamak, jauh benor buku ni, tak pun, kat Malaysia rasanya ada jugak buku-buku seumpama ini.
Friday, April 17, 2009
SEREMBAN 12 Mac - Berteraskan faktor orang lelaki harus menjadi pemimpin, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mohamad Aizuddin Mohd. Yaakob, 18, sentiasa memastikan dia tidak 'ditewaskan' rakan pesaing daripada kalangan pelajar perempuan.

Dia yang memperoleh keputusan 13 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dan muncul antara pelajar cemerlang negeri ini berkata, dia menterjemahkan 'keegoan' itu pada usaha yang lebih gigih supaya ia menjadi sandaran untuk memperoleh keputusan cemerlang. lagi

http://kassim8888.blogspot.com/



Sempena warna blog bertukar kepada warna hijau, jadi tuan blog letak kereta antik Wolkswagen berwarna hijau di sini. Bukan kereta tuan blog ya! Tapi tuan blog pernah berangan-angan untuk memiliki kereta antik seprti ini tapi tak kesampaian. Lesen memandu tuan blog telah digantung seumur hidup.

Cuplikan dari klik
Thursday, April 16, 2009

CONTOHILAH MADIHAH

Kaedah belajar Madihah patut jadi teladan

SAMA ada Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal atau Mohamad Aizuddin Mohd Yaakub, mahupun pasangan kembar Rohamina-Rohaisha Jamil, masing-masing nampaknya menggunakan resipi serupa dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebelum dan sesudah mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya muncul pelajar cemerlang terbilang.

Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang peringkat nasional apabila memperoleh 20A termasuk 1A2, mengatasi rekod cemerlang Siti Fatimah Mokhtar yang mendapat 18A termasuk 1A2 pada 2006, dari sekolah yang sama, Maahad Muhamadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan.

Mohamad Aizuddin pula memperoleh A1 dalam semua 13 subjek yang diambilnya dan antara pelajar terbaik SPM 2008 Negeri Sembilan. Pasangan kembar Jamil yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban mendapat 11A1 merangkumi subjek sains dan matematik dan sains sosial.

Lain halnya dengan Zamri Amir yang juga mendapat 11A1 dan muncul antara pelajar terbaik Sekolah Alam Shah Putrajaya.

Walaupun berasal daripada keluarga susah seperti keluarga Nuk Nur Madihah, pengurusan masa yang cekap dan seimbang menjadi faktor penting di sebalik kecemerlangannya itu, lantaran dia juga aktif dalam Pasukan Orkestra SSAS.

Allah SWT berfirman dalam Surah Surah at-Tiin (Ayat 4-6): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

"Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus".

Persis kata Nik Nur Madihah, anak jati kampung nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak itu: "Saya mengulang kaji awal pagi tiap-tiap hari selepas solat tahajud dan sesudah membaca al-Quran".

Kembar, Rohamina dan Rohaisha berkata: "Kami selalu membaca al-Quran, selain kerap melakukan solat hajat agar dipermudah kami mengikuti pelajaran dan mendapat kejacemerlang."

Bagi Mohammad Aizuddin, pendekatan diri kepada Allah SWT penting sebab mengingati-Nya dengan melakukan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya menjadikan jiwa sentiasa tenang dan mudah memahami pelajaran.

Pelajar cemerlang SPM 2008 itu adalah pilihan Allah SWT daripada 6,277 calon cemerlang lain, menepati maksud Surah ar-Ra'd (Ayat 26): "Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain daripada kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat."

Sebagai manusia pilihan dengan sebaik-baik kejadian bersama penganugerahan akal yang pintar, mereka tidak pernah melupai Allah SWT dengan melakukan suruhan ibadat-Nya demi tuntutan ukhrawi dan duniawi.

Otak mereka sama juga seperti binaan otak pelajar, malah manusia lain, seumpama dua hemisfera. Satu sebelah kanan sementara yang satu lagi kiri.

Kedua-duanya berkongsi pemikiran dan kawalan tubuh badan.

Bagi kebanyakan orang, hemisfera otak kanan lebih kreatif manakala sebelah kiri lebih kepada logik.

Yang lebih kreatif melahirkan insan berfikiran sains sosial sementara yang lebih logik berfikir secara saintifik dan matematik.

Otak pelajar cemerlang itu nampaknya seimbang hemisfera kanan dan kiri yang bergabung dan melahirkan kepintaran subjek sains sosial serta sains tulen.

Manusia dianugerahi akal untuk berusaha dan berfikir mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi seperti janji Ilahi asalkan kita sentiasa mengingati dan mendekati-Nya.

Resipi mereka sepatutnya jadi ikutan calon SPM tahun ini untuk meraih kecemerlangan lebih terbilang.

DR ILLIAS ZAIDI,
Akademi Buku Malaysia,
Kuala Lumpur.

Dikutip dari link Blog Kaunselor Seremban. Cikgu Mustafa

GARA-GARA ASYIK BERMAIN

Batu Yang Digunakan16 April 2009. SKB. Gara-gara terlalu asyik bermain batu, 2 orang murid sekolah ini secara tidak sengaja telah menyebabkan cermin kereta salah seorang guru SKB pecah.

Peristiwa ini terjadi di sebelah kantin sekolah tempat parkir kereta guru. Kejadian berlaku sebelum murid petang masuk ke kelas.

Pihak sekolah sebenarnya telah meng-gazetkan beberapa tempat larangan murid bermain. Implikasi larangan adalah disebabkan untuk mengelakkan hal yang tidak di ingini berlaku.


Perkara ini akan menyusahkan para guru, dan juga ibu bapa kerana terpaksa membayar ganti rugi.

Pihak sekolah berharap murid tidak lagi mendekati kawasan-kawasan yang dilarang termasuk menghampiri pokok besar di belakang bangunan kayu lama, kerana pokok itu sedang dalam proses kematian dan akan tumbang bila-bila masa saja .

Sisa cermin tingkap kereta yang bertaburan.

Dalam pada itu, pihak pentadbiran telah memutuskan untuk menutup 2 lokasi parkir para ibu bapa dan juga van pengangkutan sekolah. Ini berikutan 2 tapak tersebut telah menimbulkan sedikit masalah kepada kenderaan guru untuk keluar masuk.






Di Harap semua pihak dapat mengikuti peraturan terbaru ini demi kelancaran lalu-lintas semua pihak.


Lain-lain

Pihak sekolah mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada usaha YDP PIBG Major Baharuddin kerana telah berurusan dengan penjual di kawasan berhampiran sekolah. Perkara ini timbul saban tahun dalam perhimpunan mesyuarat PIBG. Kali ini ianya telah dapat di atasi. Semoga ianya tidak berulang kembali.



16 April 2009. BANGI. Seramai 6 orang mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak telah mnegadakan program amal dengan memberikan motivasi dan pengalaman baru kepada adik-adik tahun 5 Venus dan 5 Jupiter SK Bangi. Pihak sekolah menyanjung tinggi jasa baik tersebut dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat anda semua.

Program sebegini sememangnya menjadi acara rutin tahunan. Dalam pada itu, pihak admin telah berbual dengan Cikgu Bahasa Melayu Tahun Enam, Puan Nor Aisyah, apa yang membanggakan ialah pencapaian Bahasa Melayu tahun lepas, dengan hanya mengambil kira murid kelas 6 Venus 2008.

Seramai 7 orang dapat A bahagian pemahaman dan 21 orang dapat A bahagian penulisan. Tahniah dan Syabas buat cikgu Aisyah, Ibu Bapa patut bangga dan berterima kasih, kerana kelas Venus adalah antara kelas hujung, namun berkat usaha beliau, ramai juga yang lulus, bahkan tiada seorang pun yang gagal


Admin juga telah berjumpa murid tahun 6 Venus hari ini dan mengambil masa 20 minit untuk memberikan pencerahan. ami berharap rekod ini dapat dipertingkatkan lagi. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda kita, jangan sampai ada yang gagal.


Untuk mencapai kejayaan cemerlang, berikan perhatian penuh di dalam kelas, rajin bertanya dan mengubah sikap ke arah lebih positif.

Dikutip dan diedit dari www.skbangi.com
Wednesday, April 15, 2009

Kelab Kebudayaan SK Bangi

Hari ini Kelab Kebudayaan SK Bangi bermesyuarat buat pertama kali. Kami membahagikan tugas dan peranan masing-masing. Seramai 12 orang hadir mesyuarat kali ini. Ada suara-suara meminta bantuan dari ibu bapa yang expert bahagian seni tarian dan muzik untuk membantu pihak sekolah dengan sukarela. Dipersilakan

ANTARA PUJIAN DAN CACIAN

Ingin saya menarik perhatian pembaca, siapakah antara kita yang paling ramai antara tukang puji atau caci. Hakikatnya kedua bahasa ini bukan susah untuk dilafazkan, kerana keduanya datang dari mulut yang sama dan jiwa yang sama.

Namun tidaklah salah rasanya, jika saya memberi jawapan, antara kedua, tukang caci adalah paling ramai dari tukang puji. Kata orang seberang, kita ni, ramai tukang kompor, (pemanas).

Dalam Kitab Tazkiratul Aulya, 62 Orang Wali Allah, tersebut didalamnya, bagi orang-orang yang dekat dengan tuhanNya, adalah sama sahaja baginya antara kejian dan pujian. Masya Allah, sungguh jauh, jauh , jauhnya diri kita dari statement di atas.

Saudara, sebagai seorang guru, ketika kita melaksanakan tugas dan ada yang tergendala, misalnya, kita lama tidak update blog atau web gara-gara kesibukan yang entah apanya, ketika itu ramai yang komplen, bahkan mengkritik.

Sebaliknya, ketika kita setiap hari, siang dan malam meng-update nya untuk bacaan terkini, tiada siapapun yang sudi memberi pujian. Kok begitu manusia ini ya.

Bukan pujian kita dambakan, kerana kita bekerja bukan mengejar pamer dan pujian. Namun untuk menegur peradaban sesama kita, sebagai ibu dan bapa, sebagai guru, rakan dan kawan, saya bawakan hanya sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi, “Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang mentadbir sekalian alam”. Mungkin saudara cukup ngerti, dari mana saya gali ayat ini. Ya tentu saja dari surah Al-Fatihah.

Kawan, kita sudah pun hidup dipenghujung abad dunia, di akhir sisa-sisa pernafasan bumi, syukur kita masih bernyawa, Tuhan mengajar kita banyak memuji, baik diriNya maupun siapa saja. Kerana semua orang sukakan pujian, baik anak-anak mahu pun dewasa. Berlawanan dari itu, semua orang bencikan akan kejian, cacian dan sebagainya.

Toh kalau pun ingin menegur pihak sekolah, jaga budi bahasa anda, periksa sedalam-dalamnya, jangan perasaan kita mendahului akal. Jelek pada pandangan orang, walau rumah kita mahal setanding istana raja.

Saya cukup kecewa hari ini, apabila mendengar cercaan orang tanpa usul periksa, hanya mendengar kata-kata anak. Tidak ada apa-apanya pergi ke KUIS. Hanya merugikan masa anak saya sahaja.

Puan, kami telah berbuat yang terbaik untuk anak tuan dan puan. Mereka adalah anak didik kami. Mereka juag pewaris bangsa kami sendiri. Kalau masih ada kekurangan, kami mohon ampun beribu ampun, itu sahaja kemampuan kami sebagai guru yang sangat hina pada pandangan manusia hari ini.

Apakah tiada setitik pun jasa kami selama ini, pada anak anda? Hingga sanggup mendahulukan perasaan dari fikiran yang baik, berakhlak tinggi dan mulia.

Lupakah pada sabda Nabi, orang yang paling dekatku di dalam syurga nanti adalah orang yang paling baik akhlaknya. Kami cukup kecewa, dalam pada kami sibuk mengajar anak-anak anda berakhlak mulia, mematuhi Tuhan , ibu bapa dan guru, sekoyong-koyong ada ibu dan bapa yang meninggal tamadun dalam kehidupan di zaman modern ini.

Ya Tuhan, kami sedar, ujian ini adalah teramar kecil buat kami. Lebih besar dan dahsyat lagi di depan kehidupan ini. Jika ini sesuatu yang menambah iman dan taqwa kami, maka kami redha. Semoga lahir dari jasad manusia yang bobrok akhlaknya, adalah insan-insan yang berhati mulia. Tahu menghormati perasaan dan kedudukan orang lain.

Foto Sekitar program Karnival kerjaya di KUIS 15 April 2009 yang ndak apa apa-apanya.



Pertandingan Sketsa Kerjaya di dewan auditorium besar.


Pasukan nasyid terbaik Hulu Langat dari SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.


Pertandingan mencipta Laman Blog Bagi Murid Sekolah Rendah dan Menengah, Yang pertama dalam Malaysia.

Laman Blog di Bilik Makmal Komputer

Kiosk Kerjaya

Kiosk Kerjaya II

Kiosk Kerjaya III

Kiosk Kerjaya III

Kiosk Kerja IV

Kiosk Kerjaya V

Lagi

Pendaftaran waktu pagi

Kiosk Kerja VI
Tuesday, April 14, 2009

Sambungan

Setelah tamat darjah enam, bapa klien menghantarnya belajar di sekolah menengah agama (1997) di Utara tanah air. Bapa klien sangat rapat dengan pengetua sekolah ini kerana pernah belajar bersama-sama.


Antara Cara Pemulihan di Inabah

Di sekolah ini (Madrasah An-Nahdzah Kedah ) klien tinggal di asrama bersama dengan pelajar dari serata negeri. Kebanyakkan kawan-kawannya terdiri dari pelajar jenis sosial, suka ketawa-ketawa dan kurang mengambil berat tentang pelajaran seperti pelajar kelas pandai.

Pada tahun 1999. klien mula berjinak dengan pelbagai pil khayal. Tujuan pengambilan adalah untuk berseronok. Setiap bulan ibu klien akan menghantar wang belanja. Sebagai anak bongsu, segala-galanya diberikan. Yang penting anak dapat belajar dengan baik dan tertunai segala keinginannya. Dek kerana berjauhan dengan keluarga, klien bebas melakukan apa sahaja, apalagi wang tidak pernah putus.

Peperiksaan SPM pafa tahun 2001 membuktikan klien kecundang, hanya mendapat gred 3. Inilah tahun terakhir klien bergelar seorang pelajar. Perbuatan klien sebenarnya telah dapat dihidu oleh pihak sekolah, namun disebabkan bapanya berkawan baik dengan pengetua, pengetua meminta bertahan di situ, kerana akan cuba membantunya (klien).

2002, klien pulang ke Kuala Lumpur. Dengan sijil SPM, klien mencuba nasib memohon pekerjaan sebagai tentera. Permohonan tidak dapat diluluskan disebabkan tersangkut urin positif dadah.

Pada tahun ini juga, merupakan tahun duka bagi klien, kerana bapanya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser tulang. Pada hujung tahun ini, klien dihantar ke pusat rawatan penagihan swasta di Kuala Nerang iaitu Pondok Remaja Inabah I. Di sini klien menjalani pemulihan mengikut acuan agama, sistem pemulihan ialah mengikuti mendekatkan diri dengan agama melalui dzikir, solat fardu, mandi taubat, solat tahajud, hajat, ceramah agama tasauf dan sebagainya.

Kejatuhan Semula (Relaps)

Setelah menjalani pemulihan di sini selama 2 tahun, awal 2004 klien pulang dalam keadaan sihat dan baik. Malangnya, tempoh ini hanya sementara cuma. Hanya mampu bertahan selama sebulan, klien kembali jatuh semula. Pengambilan secara berjadual dan tidak tetap, namun tetap meneruskan gaya hidup ketagih dengan pil-pil. Kali ini klien mencuba heroin.

2006, Sekali lagi mencuba nasib dengan memohon pekerjaan sebagai askar, namun tetap juga gagal. Kali ini disebabkan kerana namanya termasuk dalam individu ”black list”.

Punca ”black list” kerana pernah masuk Inabah. Waktu itu, semasa klien di Inabah, kerajaan mengarahkan dikumpul semua nama-nama penagih yang berada di seluruh pusat pemulihan swasta dan kerajaan di Malaysia.

Untuk memenuhi masa lapang, klien mencuba pelbagai pekerjaan, antaranya menolong bapa saudara memasang ”canopy”, penghantar surat, pemandu dan sebagainya.

Pada tahun 2008, kakaknya yang kelima, berusaha memasukkan klien sekali lagi ke pusat pemulihan. Kali ini pusat pemulihan sukarela. Setelah menghubungi pihak AADK, kakaknya meminta AADK datang mengambil adiknya di rumah. Berkali-kali klien dari dari rumah kakak apabila mengetahui PRS dari PERSADA akan datang. Namun kali terakhir, dia tewas, sewaktu sedang tidur dirumah kakaknya, PRS dari PERSADA datang dan membawa klien ke PERSADA.

Pada awalnya, klien merasa geram atas usaha kakak dan ibunya, dia ditempatkan di sini, namun setelah menyedari usaha tersebut adalah atas dasar kasih sayang keluarga yang ingin melihat klien pulih dan normal. Klien dapat menerima takdir ini dengan redha.



Punca Menyalahguna Bahan

Terdapat beberapa punca klien terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah ;

• Kurang pengetahuan bahaya dadah pada diri sendiri

Disebabkan tidak pernah didedahkan dengan bahaya menyalahgunakan dadah, kedangkalan ilmu tentang inilah membuat klien tidak takut untuk mencuba dadah.

Kesilapan orang tua memberikan segalanya

Disebabkan klien anak bongsu, kasih-sayang tertumpu padanya, apalagi orang tuanya mempunyai warung makanan yang mendatangkan hasil lumayan. Segala keinginan klien dipenuhi, wang tidak menjadi masalah baginya. Semua keinginan akan dipenuhi asal diminta. Ibu bapa tidak mengesyaki apa-apa kerana anaknya belajar agama. Bukan sahaja ketika di sekolah menengah, bahkan semenjak kecil lagi, klien sudah menerima didikan agama di sekolah agama rakyat. Kemungkinan untuk menjadi penagih adalah jauh sama sekali.

Tinggal berjauhan dengan keluarga, (pantau)

Segalanya bebas dilakukan apabila tinggal berjauhan dengan keluarga, apalagi dalam tempoh jangka masa yang lama. Tiada siapa yang datang memantau, masing-masing menjaga diri sendiri. Peluang keemasan inilah klien merebutnya bersama rakan seangkatan untuk mencuba pil-pil khayal seperti Domikom, Erimin 5 dan ubat batuk.

Salah memilih rakan

Klien salah membuat pilihan rakan yang sepatutnya di jadikan rakan dalam membantunya dalam pelajaran. Klien bukan tidak menegur rakan yang telah menyalahguna bahan, bahkan turut terikut sama.


Penulis pernah melawat Inabah, Kedah

Seputar Program Minggu Ini

12 April. Lapor diri di JPN Selangor
Menurut surat yang dikeluarkan oleh JPN Selangor, saya akan ditempatkan di SK Bdr Sri Putra, saya bertanya kenapa disini ya, sedangkan sekolah ini sudah pun mempunyai cukup kuotanya? Jawabnya, nama sekolah ini PPD yang bagi

Malamnya;
Banyak mis call dari nombor tak dikenali masuk. Dan ada satu sms berbunyi " Saya Normala **********, ada apa?"

Normala....? ini nama bekas guru saya di sekolah rendah dulu (SK Padang Garong). Mungkin dia terbaca KOSMO hari ini, saya sedang mencarinya, mungkin berita itu keluar hari ini, saya tak pasti, sebab dah lama saya pos sms ke KOSMO, dah berbulan. Saya terus call ke nombor itu. Lama tak jawab, bila dijawab bunyi bising suara orang bercakap. Saya menghallokan.. Hello, terus dia matikan telefonnya.

SMS Masuk : Mesej je, ada apa?
Saya : Saya bekas murid cikgu masa di SK Padan Garong dulu, sekarang dah jadi guru jugak, cikgu kat mana sekarang? (Begitulah lebih kurang jawapan saya) Saya teringat masa cikgu masuk kelas kami dulu dan memperkenalkan diri, kemudian giliran kami pula memperkenalkan diri, tiba giliran kawan baik saya, namanya Mazlan bin Abdul Aziz,

Cikgu : Siapa nama kamu?
Mazlan : Mazlan cikgu
Cikgu : Tinggal dimana ?
Mazlan : Rumah rakit.
Cikgu : Kamu tak ada rumah ke? Kenapa tinggal atas rakit?
Mazlan : Mak ayah saya orang miskin cikgu, kami tak ada tanah, kami tinggallah atas sungai.
Cikgu : Menitis air mata...

Peristiwa inilah yang terpahat dihati saya, simpati dan empati yang luar biasa. Lantaran itu bila dewasa saya ini mencarinya semula. Saya ingat Kampung Asalnya Masjid Tanah, Melaka, dan saya sering ke Bandar Hilir Melaka bila ada kursus dan mesyuarat. Namun tak tahu dimana rumahnya. Kalau boleh biarlah saya sempat sekali saya ke rumahnya. Mungkin sekarang dia pun dah masuk hampir 50-an.

Dari sms yang beliau jawab, katanya sekarang beliau sakit, sakit jantung berlubang. aduhh, payah sekali ni, jatung berlubang dan tidak boleh bercakap, hanya boleh menggerakkan tangan sahaja. Waduh...gawat sekali.

Cikgu : Boleh tak kamu tolong saya ?
Saya : In sya Allah, ada apa yang boleh saya bantu.
Cikgu : Saya nak jumpa semua bekas murid saya, boleh tak kamu bantu dari segi kewangan? Tolong bank in kan dalam akaun saya?
Saya :Saya boleh bantu, tapi dimana suami cikgu
Cikgu : Dia Tak ade, Dah pergi
Saya : Boleh tak saya bercakap dengan anak-anak cikgu

Masuk bab nak bercakap dengan ahli keluarga, dia tak layan, ini biar betul, baru je sms beberapa kali dah minta duit. Saya tak kisah kalau betul itu guru, kalau tak banyak pun sikit mudah-mudahan boleh bantu. Kalau tak boleh tak apa lah.

Saya : Tahun berapa ek cikgu mengajar kami dulu ? Saja nak test, masih ingat tak lagi.
Cikgu : Sekitar 88 atau 89.

Saya masih bertanda tanya, apa itu betul bekas guru saya? Dan apa pandangan anda semua?

14 April
Pagi jam 8.00, menghadiri taklimat akhir program Karnival Pendidikan Kaunseling Peringkat Daerah di KUIS. Ramai member lama jumpa di sini. Lama saya tak bersama, 9 bulan semenjak melanjut pelajaran.

Malam : Adakan lawatan ke rumah murid.Kes yang pertama 2009.

15 April
Acara Karnival Berlangsung

Dzikir dan Doa dalam Langkah Kepulihan

Manusia yang punya Tuhan, tidak seharusnya meninggal Allah di belakang dalam perjalanannya untuk menuju kepulihan, apatah lagi dalam menujuNya.

Ad-Dua Mukhul Ibadah. Doa adalah otaknya Ibadah. Penagih dadah seharusnya banyak berdoa untuk membantu kepulihan dirinya, juga dalam recovery system.

Buku yang kami adun ini, menekankan perihal penting doa dalam perjalanan hidup menuju keselamatan dunia dan akhirat.

Dalam surah An-Nisa ayat 103, Tuhan berfirman, "Apakala engkau selesai mengerjakan sholat, maka hendaklah engkau berdzikir kepada Allah..."

Itu perintah Tuhan, sangat sayang bagi mereka yang meninggalkan amalan dzikir ini, padahal tuhan berfirman dalam hadis Qudsi pada MalaikatNya, "Wahai Israfil, apakala sudah tiba hari kiamat, sedang engkau menyaksikan masih ada orang yang menyebut2 namaKu di atas permukaannya, maka tangguhkan tiupan sangkakala, 40 tahun, untuk memuliakan orang itu (yg berdzikir menyebut nama Allah), dalam pada itu, Nabi juga bersabda, La Taquumus Saah, Hatta La Yuqalu Fil Ardhi Allah- ALlah". Hadis riwayat Muslim.

Tidak akan berlaku kiamat, sehingga tidak ada lagi orang yang menyebut nama Allah, Allah. Setiap sesuatu itu ada alat pencucinya, maka alat pencuci hati ialah zikrullah.

Li kulli syai in khisha lah, wa khisalatul qalbi, zikrullah. Begitu hadis Nabi.

Saya memerhatikan, pada kebanyakkan masjid, ramai juga yang sesudah salam, langsung angkat punggung, seolahnya sangat tidak memerlukan sesuatu lagi atas muka dunia ini.

Padahal kita punya banyak tanggungjawab dan penantian perhentian hidup sedang menunggu di hadapan. Perhentian itu namanya kematian. Apakah anda aman dari kematian, dan sudah beroleh keyakinan akan terlepas dari siksa kubur dan azabnya?

Sesombong-sombong manusia kata Nabi ialah, orang yang sesudah sembahyang, dia tidak mahu berdoa, memohon sesuatu dari Tuhan.

Paling tidak, memohon ampun bagi pihak ibu dan bapanya yang sudah sekian lama berada dalam jasad bumi. Juga untuk moyang kita. Yang sekarang entah bagaimana keadaan mereka?

Justeru, wahai saudara, jangan membiarkan tempoh hidup berlalu tanpa berdoa, dalam subuh kita membaca qunut, antara lain ayatnya berbunyi, wa qina birah matika syarrama qodhait, dan jauhilah kami dari takdir buruk yang telah Engkau tentukan Ya Allah. Lihatlah, takdir sahaja bisa berubah ketentuannya dengan kekuatan doa. Mungkin beberapa hari yang lalu kita telah ditakdir jatuh, tetapi disebabkan doa pada subuh hari, kita terlepas tanpa kita sedari.

Norish

Tarikh Tutup Permohonan SPADA

Anda yang berminat menyertai SPADA, Special Programme For Alcohol and Drug Abuse, silakan menghantar borang permohonan secepatnya. Ini berikutan tarikh tutup permohonan adalah pada penghujung bulan ini. Pihak KPM memerlukan masa untuk menyemak maklumat diri pemohon sebelum kelulusan diberikan.

Bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Inggeris. Tak Payah, Tak Susah, Jangan Takut, Jangan Malu.
Sunday, April 12, 2009

Bukan Ku PInta Lahir Begini

Tidak ada manusia yang bercita-cita ingin gagal dalam hidup, tidak ada manusia yang ingin gagal dalam hidup, penagih dadah tidak pernah mengisi borang untuk menjadi penagih, juga tidak pernah bermain atau bergurau senda dengan kawan-kawan, jom kita main-main hisap dadah. Tetapi salah siapa, akhirnya dalam hidup ini mereka menjadi penagih jua dan masuklah mereka dalam dunia yang penuh dengan kecelaruan.


Profail Seorang Penagih

Saya bawakan kisah hidup seorang penagih, yang kini berusia 25 tahun, sedang berada di sebuah pusat serenti. Kesempatan menemubual klien ini, saya paparkan, sebagai hadiah buat semua guru di sini.


Mangsa Keadaan

Ateh, bukan nama sebenar, kisah ini pernah saya coretkan dalam blog popular saya, sejak itu, blog saya terus mendapat perhatian pengunjung. Hits bertambah-tambah, sehingga 2 orang pengunjung menyarankan agar saya membukukan segala pengalaman ini. Pernah pula seorang wartawan, berminat untuk membawa kisah-kisah penagihan ini ke dalam majalah mereka.


Bapaku bekerja sebagai askar, ibuku hanya suri rumah, ketika aku (klien, Ateh) berusia 11 tahun, ibu dan bapa mula bergaduh, bapa ku seorang panas baran, aku tak tahu punca semua itu, tetapi yang aku tahu, ibuku sangat cemburu orangnya. Masa aku di kelas 6, pergaduhan semakin ketara, ibuku menuduh bapaku ada perempuan lain, akhirnya mereka berdua bercerai.

Selepas berlaku perceraian, aku tinggal dengan ibu, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang berpura-pura baik di hadapanku dan lain pula ketika ayahku tiada.

Aku tak tahan dengan dunia sebegini. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah atuk, disitu ada abang dan kakakku, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Nampaknya semua orang tak sukakan aku.


Sekolah pun aku tak minat, walau begitu aku sempat belajar sampai tingkatan 2. Baru-baru beberapa bulan, akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, aku tersalah turun di stesen di Negeri Sembilan.


Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu baru 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, dia suruh aku menolong di kedai itu. Di situlah aku bekerja sehingga beberapa tahun.


Aku kemudian pindah kerja dengan seorang tauke Cina, aku dibiaya buat lesen, akhirnya aku berjaya menjadi pemandu lori tauke tersebut. Sejak itu aku semakin jauh dari dunia kecilku. Apa yang Cina makan, itulah makanan ku, apa yang mereka buat, itulah gaya hidupku juga.


Aku tinggal bersama rakan di rumah sewa. Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja. Aku hairan melihat rakan-rakan serumah denganku, macam mana mereka boleh membakar rokok dalam keadan khayal, sehingga sebatang rokok tersebut habis di jarinya tanpa dihisap.



Lama aku mencuba ganja. Akhirnya ganja sudah tidak memberikanku kepuasan lagi. Aku naik taraf sikit, aku mula berjinak dengan heroin. Heroin memang menjadikan aku seorang hero. Prestasi kerja mula merosot, aku datang tak datang bekerja.


Masuk Pusat

Dan akhirnya ketika dalam perjalanan membeli dadah, aku di tangkap. Mahkamah memutuskan aku dihantar ke pusat serenti di Johor.


Pusat serenti bukan dunia ku, aku sangat tertekan, hanya 4 bulan aku disitu, aku kemudian cabut lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, polis menyemak tentang diriku, gara-gara lari dari pusat serenti, aku di campakkan di Penjara Penor, Pekan selama setahun, keluar penjara aku bekerja di car wash, namun dadah tetap makanan rujiku, semasa bekerja di Car Wash inilah, polis datang ke situ dan aku menjalani ujian urin, sah ada dadah dalam tubuhku, kali ini aku dihantar ke Pusat Serenti Sungai Petani, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini.


Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku.


Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara Ateh. Saya bertanya Ateh, kemana arah tuju hidup anda selepas keluar pusat nanti? Tiada tempat lain katanya, saya akan mengambil heroin lagi. Bila ditanya apakah bapa anda solat? Memang tak pernah jawabnya, Ateh...tau tak, hidup ini tak lama, di penghujung hidup ini ada kematian, Tuhan akan bertanyakan segala nikmat pemberianNya selama ini, untuk apa kita guna? Semua ini bukan free.. Ateh termenung, entahlah, saya pun tidak tahu apakah betul-betul ada lagi kehidupan selepas kematian...

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.