Wednesday, April 1, 2009

CATATAN HUJUNG TINTA

Hari ini adalah hari kedua terakhir saya di PERSADA, dan esok adalah hari terakhir, semalam ahli keluarga memasang khemah untuk acara sukan hari ini. (020409). Pun saya tak sempat hadir pagi ini lantaran kena berjumpa Pegawai AADk dari HQ di Bangi.

Acara sukaneka seperti Bola Sepak Berkain Pelikat, Lari Dalam Guni, Bawa Ping Pong dengan Sudu dan lain-lain siap dipertandingkan. Semuanya akan berentap hari ini. Hadiah telah pun disediakan semalam.
Setiap pagi, ahli keluarga akan memulakan dengan doa sebelum morning meeting. Bahasanya sungguh baik, bila saya perhatikan tiap kalimah2 doa ini, andai setahun mereka berada di sini dan sempat menghafalnya, sudah tentu mereka akan bertambah baik. Apalagi bila keluar nanti mereka berdoa datang dari lubuk hati sendiri yang paling dalam. Perhatikan doa ini. Klik pada image untuk pembesaran.

Dan ini kes yang semakin hebat sekarang ini. Bukan sahaja pelajar lelaki menjadi penagih di usia dini, ketika di tingkatan 2 dan 3, manakala guru-guru tiada yang dapat detect, pelajar perempuan pula terlibat kes menjual dadah di sekolah. Hmm apa nak jadi negaraku Malaysia

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.