Sunday, April 12, 2009
Bukan Ku PInta Lahir Begini
Profail Seorang Penagih
Saya bawakan kisah hidup seorang penagih, yang kini berusia 25 tahun, sedang berada di sebuah pusat serenti. Kesempatan menemubual klien ini, saya paparkan, sebagai hadiah buat semua guru di sini.
Mangsa Keadaan
Ateh, bukan nama sebenar, kisah ini pernah saya coretkan dalam blog popular saya, sejak itu, blog saya terus mendapat perhatian pengunjung. Hits bertambah-tambah, sehingga 2 orang pengunjung menyarankan agar saya membukukan segala pengalaman ini. Pernah pula seorang wartawan, berminat untuk membawa kisah-kisah penagihan ini ke dalam majalah mereka.
Bapaku bekerja sebagai askar, ibuku hanya suri rumah, ketika aku (klien, Ateh) berusia 11 tahun, ibu dan bapa mula bergaduh, bapa ku seorang panas baran, aku tak tahu punca semua itu, tetapi yang aku tahu, ibuku sangat cemburu orangnya. Masa aku di kelas 6, pergaduhan semakin ketara, ibuku menuduh bapaku ada perempuan lain, akhirnya mereka berdua bercerai.
Selepas berlaku perceraian, aku tinggal dengan ibu, malang bapa kahwin lain, aku tak dapat menerima kehadiran ibu tiri yang berpura-pura baik di hadapanku dan lain pula ketika ayahku tiada.
Aku tak tahan dengan dunia sebegini. Aku lari ke rumah ibu, ibu pula tak menerima, kerana tak cukup wang untuk membesarkan aku, aku lari ke rumah atuk, disitu ada abang dan kakakku, mereka pula halau supaya aku ke rumah bapak. Nampaknya semua orang tak sukakan aku.
Sekolah pun aku tak minat, walau begitu aku sempat belajar sampai tingkatan 2. Baru-baru beberapa bulan, akhirnya aku terpaksa lari membawa diri, dengan segalas beg, aku naik keretapi dari Raub menuju ke Melaka, tapi aku sesat di jalan, aku tersalah turun di stesen di Negeri Sembilan.
Seorang India bertanya ku, kemana kamu anak kecil mahu pergi, jawabku yang ketika itu baru 14 tahun, aku lari dari rumah dan tak mahu balik lagi. India itu tunjukkan aku kedai kawannya, dia suruh aku menolong di kedai itu. Di situlah aku bekerja sehingga beberapa tahun.
Aku kemudian pindah kerja dengan seorang tauke Cina, aku dibiaya buat lesen, akhirnya aku berjaya menjadi pemandu lori tauke tersebut. Sejak itu aku semakin jauh dari dunia kecilku. Apa yang Cina makan, itulah makanan ku, apa yang mereka buat, itulah gaya hidupku juga.
Aku tinggal bersama rakan di rumah sewa. Kisah ini membawa kepada aku terjebak dengan penagihan ganja. Aku hairan melihat rakan-rakan serumah denganku, macam mana mereka boleh membakar rokok dalam keadan khayal, sehingga sebatang rokok tersebut habis di jarinya tanpa dihisap.
Lama aku mencuba ganja. Akhirnya ganja sudah tidak memberikanku kepuasan lagi. Aku naik taraf sikit, aku mula berjinak dengan heroin. Heroin memang menjadikan aku seorang hero. Prestasi kerja mula merosot, aku datang tak datang bekerja.
Masuk Pusat
Dan akhirnya ketika dalam perjalanan membeli dadah, aku di tangkap. Mahkamah memutuskan aku dihantar ke pusat serenti di Johor.
Pusat serenti bukan dunia ku, aku sangat tertekan, hanya 4 bulan aku disitu, aku kemudian cabut lari bersama 3 orang rakan yang lain. Malang pula nasib aku, tertangkap lagi, polis menyemak tentang diriku, gara-gara lari dari pusat serenti, aku di campakkan di Penjara Penor, Pekan selama setahun, keluar penjara aku bekerja di car wash, namun dadah tetap makanan rujiku, semasa bekerja di Car Wash inilah, polis datang ke situ dan aku menjalani ujian urin, sah ada dadah dalam tubuhku, kali ini aku dihantar ke Pusat Serenti Sungai Petani, 4 bulan kemudian arahan supaya aku dihantar ke Pusat Serenti ini.
Aku masih belum faham, kenapa harus aku tinggalkan dadah, sedangkan ianya sangat bermakna buatku.
Demikian coretan sedikit dari pengalaman saya bersama saudara Ateh. Saya bertanya Ateh, kemana arah tuju hidup anda selepas keluar pusat nanti? Tiada tempat lain katanya, saya akan mengambil heroin lagi. Bila ditanya apakah bapa anda solat? Memang tak pernah jawabnya, Ateh...tau tak, hidup ini tak lama, di penghujung hidup ini ada kematian, Tuhan akan bertanyakan segala nikmat pemberianNya selama ini, untuk apa kita guna? Semua ini bukan free.. Ateh termenung, entahlah, saya pun tidak tahu apakah betul-betul ada lagi kehidupan selepas kematian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
April
(34)
- Calon Murid Berjaya
- SELAMAT HARI PEKERJA 2009
- HARTA DAN ANAK-ANAK
- Federal Hotel Hari Kedua
- 4 Hari Mesyuarat
- Motivasi Berfokus SKB
- Kenangan [ulangan]
- GM
- Al-Quran dan Kesihatan Masyarakat : Dr.Su'dan
- Cuplikan Dari Kajian Kes Penagihan
- PUTERI ISLAM TAK BAGUS, CIKGU
- SEREMBAN 12 Mac - Berteraskan faktor orang lelaki ...
- http://kassim8888.blogspot.com/
- CONTOHILAH MADIHAH
- GARA-GARA ASYIK BERMAIN
- Kelab Kebudayaan SK Bangi
- ANTARA PUJIAN DAN CACIAN
- Sambungan
- Seputar Program Minggu Ini
- Dzikir dan Doa dalam Langkah Kepulihan
- Tarikh Tutup Permohonan SPADA
- Bukan Ku PInta Lahir Begini
- Buku 7 Langkah Kepulihan
- Saya Satu Dalam Sejuta
- Cikgu Pulang
- Selamat Jalan SPADA
- 3 April 2009
- Respon Dari Dr.Shaharudin (Johor)
- Web SKB jem
- Padatnya sesi petang
- Berita Duka
- Doaku Makbul
- CATATAN HUJUNG TINTA
- Buta matanya
-
▼
April
(34)
0 comments:
Post a Comment