Sunday, May 31, 2009
PELAJAR
P : Pasti
E : Esok
L : Lebih
A : Anggun
J : Jika
A : Aku
R : Rajin
E : Esok
L : Lebih
A : Anggun
J : Jika
A : Aku
R : Rajin
Wahai pelajar, kamu dilahirkan untuk zaman akan datang, dan bukan untuk zaman sekarang. Kesusahan zaman akan datang, tuntutan kehidupan zaman akan datang belum dapat kita membacanya secara pasti. Namun adakalanya orang membuat ramalan.
Salah satu ramalan, mengatakan pada 20-30 tahun akan datang, separuh dari pemuda-pemudi rakyat Malaysia akan dihinggapi penyakit "gila". Gila disebabkan kecanggihan memproses dadah sintetik, (sintetik drug).
Oleh sebab yang demikian, kamu perlu berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menggapai hari esok nan gemilang.

Saturday, May 30, 2009
Puan Noor Lela dan Haji Masrun
Ada kala ianya memenatkan...Ada celoteh, ada juga senyum ketawa, Kalau guru biasa, macam ni lah. mudah tersenyum...masalah tak banyak
Thursday, May 28, 2009
KENAPA TIDAK AKU MENJADI TANAH
ALAMATUS SYAQOWAH ARBA'
Adalah tidak melampau kiranya perkataan celaka digunakan, jika perlu dan betul pada tempatnya, di dalam Al-Qur'an,Di dalam indeks pencarian ayat Al-Qur'an yang menggunakan kalimat "kecelakaan", terdapat 14 ayat.
Al-Quran pernah menyebut, bahawa ada segolongan manusia yang bangkit dipadang mahsyar kemudian hari, dia berkata, ya laitani, kuntu turabaa.(Surah Amma ya Tasa) Aduhai, alangkah celakanya diriku, alangkah baiknya jika aku dahulu menjadi tanah.
Demikian ratapan dan penyesalan manusia, kerana pernah menjadi manusia, ratapan ini terjadi disebabkan dia terpaksa hidup kali kedua, biarpun dirinya tidak mahu hidup lagi, namun kematian sudah tidak ada lagi, maka terpaksa lah dia berdepan dengan pertanyaan Tuhan.
Banyak lagi ayat-ayat yang lain yang menyebut kalimah "celaka". Tazkirah ini mengajak tuan-2 dan puan2 agar mengelak diri masing-masing dari lembah kecelakaan. Firman Tuhan, Wa laa tukqu bi aidiyakum, ila tahlukah, dan jangan kamu mencampakkan dirimu ke lembah kecelakaan.
Didalam Hidayatus Salikin, menyatakan ada 4 Tanda-tanda manusia celaka.
Yang pertama, dirinya sentiasa mengingati kebaikan dirinya yang lalu, (sering menyebut-nyebut kebaikan dirinya) padahal ianya di sisi Allah, belum tentu diterima atau di tolak.
Yang kedua, melupakan segala dosa dan kejahatannya yang lalu, padahal ianya di sisi Allah terjaga. (Masih belum terhapus).
Ketiga, suka (melihat) meniru orang yang lebih tinggi darinya dari aspek duniawi.Andai jirannya memiliki sesuatu yang lebih,dia pun ingin kan jugak.
dan keempat,manakala aspek agama, dia suka mengambil contoh orang yang lebih ke bawah dari dirinya. Andai orang itu malas solat sunat, maka orang itulah yang akan menjadi contoh dan alasan baginya. Dengan kata lain, dia tidak mahu meniru orang yang lebih baik dari dirinya aspek agama.Sebaliknya, jika aspek duniawi, orang yang lebih bagus dari aspek harta yang menjadi contoh, sedang dirinya kurang dari segi kemampuan dan tidaklah sangat memerlukan apa yang dia ingin miliki itu. sebagai contoh, orang kampung, membeli kamera berharga RM2000.00, padahal bukanlah layak baginya yang sehari-hari tinggal di kampung, malah jarang ke bandar, tetapi membeli kamera yang bernilai tinggi.

Wednesday, May 27, 2009
ADA APA PADA NAMA
hidup di dunia
sebentar saja
sekadar mampir
sekejam mata...
Apakala sampai saatnya, kita pasti aka pergi, pangkat dan segala yang kita miliki akan di tarik semula. jangankan harta, nama kita pun akan di tarik. ketika kita berada di atas tempat usungan mayat untuk dimandikan, orang akan memanggil kita "mayat". Bukan lagi, encik, tuan, puan, dato, datin dan sebagainya. Ya....bawakan mayat itu ke sini. Mana nama kita.
Ya..kita mau bilang apa... memang nama kita kan payah dan tak glamour, bukan macam Fasha Sandha. Ops...
MESY MGBSR DAERAH HULU LANGAT
27 Mei 2009. Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Daerah Hulu Langat hari ini mengadakan mesyuarat Agung. Kali ini bertempat di Hotel Del Palma Ampang. Mesyuarat kali ini dihadiri Tuan Pegawai PPD HL En.Ismail bin Musa. Turut hadir En.Sharuddin bin Yusof, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat dan Tuan Haji Muhsin bin Marzuki, Kaunselor Pentadbir PPDHL.
Mantan Pengerusi MGBSR, En.Noorhisham Hamzah yang memegang jawatan itu selama 2 tahun mengalu-alukan kedatangan semua guru-guru bimbingan. Seusai pembubaran AJK lama, AJK baru dilantik. Kali ini Puan Nor Hazimah Md.Noh di lantik sebagai Pengerusi bagi sesi 2009-2010.

Tuesday, May 26, 2009
KEJAYAAN YANG BESAR
Di Mana Kita ? Ini lah salah satu tajuk yang jarang-jarang saya tinggalkan jika memberi ceramah di mana-mana? Murid-murid pasti akan memberikan jawapan yang serupa. Semua akan menjawab di dalam dewan. Apa yang kamu nampak dalam dewan ini?? Kawan-kawan, kerusi, lantai, kipas, air cond, guru dan sebagainya.
Ya, jasad kita kini berada di dalam dewan, saya mengajak murid keluar sejenak, jom kita keluar, ops...tapi tubuh kita tinggalkan dalam dewan ini. Sekarang bayangkan anda berada di atas bumbung dewan ini. Apa yang anda nampak? Atas cikgu. Ya betul kita nampak atap atau bumbung dewan ini. Jom kita naik tinggi lagi, nampak apa? Rumah cikgu.... jom naik lagi....nampak apa? Padang bola, jalan raya? Jom naik lagi 2000 meter....nampak apa? Nampaknya Negeri Selangor cikgu, lagi? Negeri Sembilan cikgu. Melaka pun nampak,. Terus naik lagi....nampak apa, selat Melaka, Sumatera, Indonesia, Singapura, Thailand dan Sabah Sarawak....
Jam naik lagi....nampak apa? Planet bumi cikgu, Ya...kita dah semakin tinggi sekarang, menghampiri ISS. Lagi tinggi lagi... semakin kecil bumi ini, kecil dan kecil, ada bulan di sebelahnya, ada bintang-bintang bertaburan di atas galaksi masing-masing, dengan keindahan yang asli dan tak sama antara satu sama lain. Alangkah indahnya.... dunia ciptaan Tuhan ini..
Persoalan yang kedua, cikgu nak tanya. Untuk Apa Kita Berada di Sini? Di sini, tidak ramai yang menjawab. Namun ada seorang dua yang berani menjawab. Untuk beribadah cikgu. Ya betul, kita ada tugas yang besar di sini, bukan percuma kehidupan di sini, semuanya akan di persoalkan bila kita meninggal nanti. Hidup di sini sementara cuma, bukan lama, dan hidup ini penuh dengan kesusahan, tak habis-habis kita di datangi kesusahan, dari kecil hingga lah dewasa. Bahkan nenek pun masih hidup dalam kesusahan. Persoalannya, Untuk Apa ? Untuk apa kita terpaksa menanggung kesusahan demi kesusahan, tetapi yang tak di undang ini? Aduh malang sekali, bagi orang yang susah di dunia, kemudian susah lagi di akhirat nanti.
Jadi murid-murid, cukuplah kita melalui kesusahan di sini, biarlah di sana nanti kita bahagia. Kan begitu???
MIMPI YANG PANJANG
Soalan cikgu seterusnya. Tengok gambar bumi ini, apa yang ada di sini? Bola... Katil...orang tidur dan sedang bermimpi. Yang pertama adalah mimpi. Ya, semua manusia hakikatnya sedang bermimpi di dunia ini. Sekarang pun kita masih sedang bermimpi. Beberapa orang murid kelihatan mencubit lengan tangannya. Cikgu....tak mimpi pun.
Kamu tahu apa itu mimpi? Ya mimpi adalah suatu yang tidak ada. Tapi macam betul2 ada. Kita mimpi naik kapal terbang, kita mimpi makan buah epal, mimpi jadi orang kaya. Mimpi jumpa manusia paling hensem dan cantik. Bila kita terbangun, ada tak yang dalam mimpi tadi? Tak ada..... itulah mimpi..begitulah kehidupan ini. Ada orang ingat dia kaya, ada orang ingat dia hebat, dia berilmu, dia ramai pengikut dan ada segala-galanya. Bila dia mati, ada tak semua itu? Tak ada...ya dia akan pulang mengadap Tuhan dalam keadaan miskin, tanpa pengikut dan tanpa segala-galanya.
PERMAINAN YANG BELUM SUDAH
Yang kedua. Atas muka bumi ini juga adalah ibarat lapangan padang bola yang besar. Kita semua sedang bermain dan masih belum tamat. Dalam Quran Tuhan mengatakan, Dan tidak ada dalam kehidupan dunia ini, selain permainan... Murid-murid... ada tak satu permainan yang pernah kamu lihat, berhari-hari dan tak habis-habis? Tak ada... Ya...tidak ada satu permainan yang terus menerus. Semuanya akan dihentikan dengan tiupan wisel oleh sang pengadil, menandai tamatnya sebuah permainan.
Begitulah kehidupan di dunia ini, akan ada satu tiupan wisel oleh juru tiup wisel, namanya Israfil, bila wiselnya di tiupkan, akan tamatlah kehidupan di dunia ini. Bumi ini akan di gulung. Satu kehidupan baru akan berlaku lagi untuk kali kedua dan terakhir.
DEWAN PEPERIKSAAN YANG BESAR
Dunia ini juga merupakan sebuah dewan ujian yang besar. Markah peperiksaan yang besar ini kita akan perolehi di padang Mahsyar esok. Esok cikgu? Ya esok, hidup ini 2 hari Cuma, hari dunia dan hari akhirat.
KEJAYAAN YANG BESAR di akhirat adalah himpunan kejayaan-kejayaan yang kecil yang telah kita lakukan di dunia.
Begitu juga dalam hal akademik, kejayaan yang besar dalam peperiksaan besar adalah merupakan himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang telah dicapai setiap kali ujian kecil.
Kami di POrt Dikson
Thursday, May 21, 2009
Sambutan Hari Guru SKB
Mungkin inilah kali pertama atau kedua dalam sejarah sekolah, dimana program hari guru terpaksa di adakan secara berasingan. Sesi pagi dan petang terpaksa di asingkan, walaupun sebenarnya sambutan ini lebih meriah jika dilaksanakan serentak. Namun mengingat ramainya murid hampir mencecah 2000 orang belum termasuk guru-guru, boleh dibayangkan kesemrautan yang akan berlaku jika kedua sesi digabungkan.
Namun acara tetap dilaksanakan. Terima kasih pada semua murid-murid yang memeriahkan acara, juga ibu dan bapa yang sanggup keluar malam-malam ke kedai untuk mencari hadiah yang dipesan oleh anak.
Program lebih meriah sebenarnya kerana guru sendiri mengambil bahagian secara aktif untuk menghidupkan suasana hari guru.
Latihan Kebakaran
BACALAH YAASIN
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

7 Sunnah Nabi
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempa t : jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima : jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam : jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh : amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Friday, May 15, 2009
Ceramah di SK Seafield dan LADAP di SKB
Taatkan Allah
Patuh cakap ibu bapa
Duduk didepan dalam kelas
Memberi perhatian penuh ketika guru mengajar
Bertanya bila tak faham
Rajin membaca
Aktif Kokurikulum
Sentiasa Bermotivasi
Sentiasa Bangun Pagi Penuh Semangat
Yakin pada potensi diri sendiri
Menonton rancangan TV yg sesuai.
Sentiasa menghormati guru
Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar
Menyedia jadual waktu belajar sendiri
Sentiasa Sembahyang dan Berdoa.
Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi
Subscribe to:
Posts (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
May
(24)
- PELAJAR
- Puan Noor Lela dan Haji Masrun
- KENAPA TIDAK AKU MENJADI TANAH
- ADA APA PADA NAMA
- MESY MGBSR DAERAH HULU LANGAT
- KEJAYAAN YANG BESAR
- Kami di POrt Dikson
- Sambutan Hari Guru SKB
- BACALAH YAASIN
- 7 Sunnah Nabi
- Hari Guru SKB 2009
- Penat, Meriah dan Gembira
- 6 Pluto 2009
- FOTOGRAFI TAHUN 6 SKB
- Ceramah di SK Seafield dan LADAP di SKB
- Ho Chi Minh, Sg Mekong
- Menggali Rahsia 5A di rumah
- Catatan Hati Nik Nur Madihah
- What The Main Problem
- Apabila Langit Terbelah
- Batu pun sujud
- Islam Tak Bagus ?
- Cara Daftar Emel Gmail
- BETULKAH ANAK2 KITA INGIN BERJAYA
-
▼
May
(24)