Saturday, May 9, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah

Saya pernah membaca buku yang diterbitkan kerana Nur Amalina mendapat 17A. Dan saya juga pernah membaca buku yang dikarang kerana seorang insan miskin, yang sehari-hari pekerjaan bapanya adalah bersama ombak dan laut, Nik Nur Madihah. Tetapi antara keduanya tidak sama isi dan pengisiannya.

Unsur kesufian jelas berada pada insan bernama NNM. Saya mengajak semua ibu dan bapa yang bercita-cita inginkan anaknya berjaya dari dunia sampai akhirat, dari terbuka mata sampai tertutup buat selamanya, miliki lah buku ini. Bacalah, walaupun dinding rumah anda sudah dipenuhi buku-buku bacaan.

Jadikan buku ini sebahagian dari koleksi peribadi anda. Saya mengutip satu perenggan yang terdapa dalam buku ini, katanya :

"Jika dahulu, beberapa bulan sebelum keputusan SPm di umumkan, aku hanya memasang impian untuk banyak kemahuan. Namun hari ini rezki Allah melimpah-ruah hingga aku menjadi malu denganNya. Apa sahaja yang aku mahukan dulu, datang secara percuma, lap top, telefon bimbit, jubah, pakaian baru, novel2 Islam, wang ringgit, jam dan paling mengharukan hadiah dari kumpulan nasyid Hijjaz yang akan menaja kami sekeluarga mengerjakan ibadah umrah. Masya Allah".

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.