Wednesday, May 6, 2009

Batu pun sujud

Jika batu yang keras bisa sujud pada tuhannya, mengapa pula manusia tidak demikian? Tuhan berfirman "Dan sesungguhnya kami telah menyediakan dalam neraka Jahanam itu ramainya untuk manusia dan jin, yang mana mereka mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahaminya, dan mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihatnya dan mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengarnya.

Orang yang sentiasa menjaga solat, akan sentiasalah hatinya teringatkan hari pembalasan. Lantaran itu ia sentiasa mengawal dirinya dari dicampakkan dalam api neraka. Dia sedar solatnya bermula dengan berdiri, tanda tidak selamanya ia muda dan berjaya, kemudian rukuk, dia tahu dia akan melalui zaman tua, zman bongkok, kemudian sujud, dia sedar hidupnya akan berakhir dengan tersungkur ke tanah dan akhirnya salam, tamatnya sebuah kehidupan di pentas dunia ini. Justeru, jiwanya takut, takut benar akan di campakkan ke dalam api yang sangat membakar sehingga ke dada.

Ulama mengatakan, jika kamu menjaga solat berjamaah 40 hari 40 malam tanpa tertinggal satu rakaatpun, adalah kamu dibebaskan dari sifat munafik. Sabda Nabi Orang yang terbebas dari munafik, baginya kelepasan azab kubur.

2 comments:

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

salam syeikh..

meme Allah dh buwi bnyak pringate dale al-Qur'e..

bg sesiapo hok tkse patuh pd larange-Nya, ibarat binate trnak..
buke kawe kato, tp Tuhe sebot dale Qur'e..

k syeikh..kawe suko demo tulih bab agamo ni dale blog demo..
TAHNIOH1

Norish @ Afraima said...

terima kasih kerana mendorong-dorong giatnya penulisan ini. semoga bermanfaat buat semua yang terbaca dan membaca, petang tadi baru bg ceramah di SMK Dengkil. Bercampur cina, india dan melayu sekolah ini.pendekatan ceramah mengguna slide berunsur agama islam, macam di cemis oleh bukan islam.

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.