Tuesday, June 30, 2009

Latar Belakang Kajian

Latar Belakang Kajian

Dalam kajian ini, tumpuan kaji didominasi ke arah punca ataupun faktor relapse seseorang penagih setelah menjalani secara Islami. Metode rawatan yang dijalankan ini sebenarnya dicedok 100% dari Pasentren Suryalaya, Indramayu, Jawa Barat. Berkonsepkan thariqah An-Naqsyabandiyah, yang dipelopori oleh ulama terkenal zaman silam hingga kini, Syeikh Bahauddin An-Naqsyabandi. Metode ini telah banyak memberi manfaat kepada majoriti yang datang untuk memulihkan diri.

Hasil dari kejayaan demi kejayaan inilah, satu cawangan baru dibuka di negeri Kedah, malah 2 lagi masing-masing di negeri Terengganu dan Sabah.

Dengan metode dan objektif yang sama, amalan ini cuba diterapkan. Tanpa tentangan dari mana-mana pihak, keberhasilannya menjadi bukti, bahawa terapi ”base on” agama juga mampu memberi jawapan kepada persoalan yang cari oleh manusia kini.

Di akui mahu pun tidak, metode zikir yang di amalkan ini, mampu mengubah manusia, khususnya seorang penagih dadah, dari menagih dadah, kepada menagih zikir. Hal ini ditulis dalam sebuah buku karangan Doktor Su’dan di Indonesia dengan judul, Al-Quran dan Ilmu Kesehatan Masyarakat.

Subjek Kajian

Faizun, bukan nama sebenar, anak lelaki bongsu kepada sebuah keluarga yang bahagia, dilahirkan di hospital Kuala Lumpur pada 21 September 1984. Dalam usia 25 tahun, subjek telah masuk 2 kali ke pusat pemulihan dadah.

Ibu dan bapanya mengusaha sebuah perniagaan restoran di sebuah lorong di Chow Kit. Maklum hidup membesar dalam restauran, pelbagai gelagat manusia diperhatikan. Apalagi lokasi perniagaan adalah di Lorong Chow Kit yang terkenal dengan dunia dadah.

Bukanlah hairan baginya apabila melihat atau terlihat orang lentok, menyuntik, dan mengagih bungkusan kecil berwarna putih. Orang-orang itu pun bukan mempeduli siapa yang lalu-lalang.

Pernah suatu hari, ketika usia 5 tahun, subjek mengambil puntung rokok yang masih tersisa, hasil buangan perokok di kedainya, lalu cuba disedutnya asap itu... oooiiii kau main apa tu..jerit maknya. Bukan dia tahu apa kah semua benda itu, tetapi cuma melayan perasaan ingin tahu sebagai seorang insan. Begitulah subjek membesar dalam kedai, dari pagi hingga malam, dia yang tiada pengasuh, terpaksa mengikuti ibu bapanya ke mana sahaja.

Masa terus berjalan, waktu berganti, dia dimasukkan ke Tadika Perpaduan di Keramat. Ketika usia 7 Tahun, subjek di SK Jalan Gurney. Di sini dia belajar hingga tamat darjah 6. Dalam sekolah, dia bukanlah antara yang pandai dan bijak bestari, bukan juga dari golongan yang pengakhiran dalam akademik. Namun katanya, sedang-sedang saja. Antara pertengahan.

Selesai sekolah darjah 6, bapanya menghantar menyambung persekolahan di Madrasah An-Nahdzah, Kedah. Sekolah agama ini amat masyhur dikalangan orang Kedah. Minat bapanya pada agamalah yang membawa dia ke sini. Lagipun bapanya amat rapat dengan pengetua di situ kerana pernah berkawan sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Di sini dia tinggal di asrama. Bergaul dengan pelajar dari serata negeri. Bermacam feel dan kelakuan yang ada. Dari yang baik hatta yang nakal pun tidak ketinggalan.

Berjinak dengan Pil

Ada kawan-kawannya di sini yang agak nakal, membawa pil-pil khayal seperti nonspan, erimin 5 masuk ke asrama. Subjek tidak ketinggalan ingin mencuba atas dasar ingin berseronok. Lalu mulalah dia berjinak-jinak dengan pil-pil khayal. Dari pil, beralih ke ponteng sekolah, dan akhirnya dipanggil oleh pengetua sekolah.

Sempat juga mengambil sijil SPM, dengan pangkat 3 dia menamatkan zaman persekolahan. Tamat belajar, 2002 dia pulang ke ibu kota Kuala Lumpur.

Lantaran minat yang mendalam terhadap bidang ketenteraan, dia memohon menjadi askar. Namun keputusannya hampa kerana tersangkut keputusan ujian air kencing. Pada penghujung tahun inilah juga, bapa subjek meninggal dunia akibat kanser tulang. Namun dadah belum dapat dipisahkan sepenuhnya. Atas nasihat keluarga, subjek di hantar buat pertama kali ke pusat pemulihan dadah di Pusat Rawatan Pemulihan Dadah, Pondok Remaja Inabah I, Kuala Nerang Kedah.

Hampir dua tahun subjek disini. Pada mulanya merasa agak janggal, namun kerana penerapannya berpaksikan agama, ia memaksa dirinya menerima apa adanya. 2004 ia keluar dari Inabah.

Bukan setahun, atau 5 bulan, bahkan hanya sebulan di rumah, ia kembali relapse. Berbagai pekerjaan dilamarnya. Naik turun jabatan tertentu mencuba nasib, akhirnya mendapat pekerjaan membantu bapa saudara memasang khemah di majlis-majlis perkahwinan. Tahun 2006, subjek sekali lagi memohon menjawat pekerjaan sebagai askar. Malang kali ini, namanya tersenarai dalam golongan disenarai hitam. Puncanya kerana sewaktu tinggal di Inabah, kerajaan telah mengumpul kesemua nama mereka yang berada di pusat pemulihan seluruh Malaysia, nama subjek adalah antara yang tersenarai. Sekali lagi beliau di tolak.

Dari itu, subjek meneruskan kerja-kerja sambilan. Hinggalah 2007, antaranya ialah pemandu orang kenamaan di Putrajaya. Sambil bekerja sambil mencuri peluang on off mengambil bahan terlarang. Kakaknya yang prihatin melihat lain macam pada diri sang adik, lalu menghubungi AADK Sungai Besi mohon di ambil adiknya.

Pada 31 Disember 2008, bermulalah episod kedua dalam hidupnya tinggal pusat pemulihan, tetapi kini dibawah pentadbiran kerajaan, berbanding di Inabah, sebuah pusat rawatan swasta.

Sejarah Sosial

Subjek suka bergaul dengan rakan-rakan yang tergolong nakal semasa tinggal di perumahan flat Keramat. Sering tidak pulang ke rumah. Walaupun sudah berjanji untuk pulang. Pernah melakukan kerja meragut, kerja tidak bergaji, mencuri motosikal, memecah cermin kereta, mencuri smart tag, komputer riba dan wang.

Punca Menyalahguna Bahan

Disebabkan kurangnya pengetahuan tentang bahaya dadah pada diri sendiri, kesilapan orang tua memberikan segalanya, tinggal berjauhan dengan keluarga, dan salah memilih rakan.

Ujian Skala

Peneliti memilih ujian Stages Of Change, dalam sesi ujian yang dijalankan, subjek berada pada skala tahap ingin berubah dan sedang membina plan rancangan ke arah kepulihan.

Monday, June 29, 2009

ABSTRAK

DADAH dinobatkan sebagai musuh nombor 1 negara. Kes penagihan meningkat saban tahun. Sehingga membiaknya pula pusat-pusat rawatan dan pemulihan swasta. Selain dari Pengasih, Darul Hanan, Gheha Buddhist, ada pula Inabah. Dari bermacam pusat yang ada, menandakan kepelbagaian pula cara dan pendekatan yang diambil.

Namun istimewanya dalam kajian ini, Pondok Remaja Inabah II menggunakan konsep kembali kepada agama, iaitu mengembalikan semula penagih ke rel agama setelah tergelincir dari landasan. Hasil menjalani beberapa proses pemulihan, ramai yang pulih, bahkan majoriti telah pulih seperti sediakala. Namun tidak dapat dinafikan masih ada yang tergelincir. Walau pun mengikuti program yang sama, dari guru atau pimpinan yang sama dan dengan metode yang sama, masih ada yang jatuh. Berdasarkan kenyataan inilah, satu topik Kajian Kes berkaitan hal ini dikaji dan dipelajari.

Seorang penagih muda, yang baru keluar dari pusat rawatan dadah Pondok Remaja Inabah, Kuala Nerang Kedah, setelah menjalani kehidupan diluar selama sebulan, subjek kemudian jatuh (relapse) semula. Punca kejatuhan di gali, faktor kelemahan dicari, dalam pencarian ditemui titik-titik kelemahan yang menjadi punca. Bertolak dari punca-punca inilah, satu mekanisme untuk merancang plan tindakan terhadap klien sesuai dengan dirinya.

Klien anak bongsu dari 8 orang adik-beradik. Pernah diberi didikan agama dari sekolah rendah hingga sekolah menengah. Bahkan pernah belajar di sebuah sekolah menengah agama terkemuka di negeri Kedah. Namun dadah tidak mengenal darjat, bangsa, kasta dan sejarah pendidikan manusia.

Hasil kesimpulannya, metode pemulihan cara pertama di Pondak Remaj Inabah sememangnya berhasil, namun masalah sikap yang ada pada dirinya menjatuhkan dirinya sendiri. Klien kini mempunyai kesedaran, dan berhasrat ingin keluar dari alam penagihan secara total. Kemudian mengamalkan gaya hidup sihat. Tiada cara yang lebih sesuai buat dirinya, kecuali mengubah sikap, membina sikap ketegasan diri, memperkuat rohani dengan amalan-amalan ibadah seperti solat, berzikir dan doa-doa tertentu.


bersambung
Saturday, June 27, 2009

Semalan dan Esok....apakah begini selamanya


ANDAI BENAR

Andai esok hari Sabtu (27 Jun 2009) adalah hari cuti bagi kita semua, maka hari ini , hari Jumaat, tanggal 26 Jun 2009, merupakan hari terakhir kita bersua di sini dalam sebuah sekolah.

Selamat Jalan, itu yang dapat cikgu-cikgu di sini ucapkan,dan selamat berjaya. Kamu dilahirkan untuk masa akan datang. Justeru berjuanganlah untuk menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan agama.


Begitu juga kepada rakan-rakan guru, yang telah lama tenggelam timbul bersama SK Bangi, terutama Puan Mazidah, orang yang paling lama, dan antara paling banyak berjasa untuk kemajuan SK Bangi, khususnya dalam akademik. Mungkin ada yang tidak sedar, kepakaran beliau dalam B.Inggeris tidak dapat kita nafikan. Semoga Allah memberi pembalasan yang lebih atas usaha gigih beliau selama ini.

Tidak lupa juga kepada semua guru-guru yang lain. Setitik jasa, sepatah kata, sebutir mutiara yang ditaburkan di sini, insya Allah akan tumbuh subur dan menghijau suatu masa nanti.

TIDAK MAMPU MENOLAK TAKDIR

Wahai murid tercinta, Kita tidak mempu menolak takdir, bahwa suatu masa nanti kita pasti akan berpindah dan berpisah. Berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi, dari satu situasi ke situasi yang lain, sehingga akhirnya, dari bumi yan fana ini ke alam barzakh yang sedang menanti.

Jadikan pemergianmu suatu masa nanti, ditangisi oleh orang-orang disekitarmu. Sebaliknya jangan anda menjadi, adanya dirimu di satu-satu tempat tidak menambah, hilangmu tidak berkurang. Akan tetapi, jadilah orang yang sangat bermanfaat kepada orang lain.

KEM MEMBINA UMMAH

Dalam pada itu, satu kem sedang berlangsung di SK Bangi melibatkan murid-murid tahun 4 seramai 50 orang. Abang dan kakak fasi dari KUIS bermurah hati ingin mencurahkan ilmu secara percuma. Semoga yang hadir dapat memanfaatkan cuti ini untuk mendapat suatu ilmu yang berguna.

Sebelumnya, 15 orang didapati menolak dari mengikuti program ini atas alasan ingin ke POrt Dikson, ke rumah saudara dan sebagainya. Padahal program ini percuma untuk mereka. Sayangnya mereka yang telah terpilih, tetapi menolaknya.

KIPAS 3 JUPITER, SAH ROSAK


Dalam kesibukan melayan pelawat dan ibubapa, admin pula melayan kelas 3 Jupiter yang kononnya terputus aliran elektrik sehingga 2 kipas dihadapan tidak berpusing. Bangunan kabin ini cukup meremaskan siapa sahaja yang berada didalamnya.

Pihak kontraktor Panasonic sebelum datang dan mengesahkan bahawa pendawaian yang bermasalah. Namun setelah semakan ulangan di adakan, dengan pelbagai cara, termasuk menyambung langsung dari suis utama ke kipas, ternyata tidak juga berfungsi selayaknya. Sahlah, kipas yang rosak, sedangkan aliran elektrik tetap ada. Justeru, kami memohon jasa baik baik ibu bapa 3 Jupiter, memberi pinjam sebuah kipas berdiri, untuk keselesaan anak-anak kita sementara kipas baru akan diganti. Kerana bilik kabin itu, terlalu panas jika kipas tidak dapat memainkan peranannya.

Dalam pada itu kelas 4 Neptune yang sekian lama ibarat periuk panas, juga mengalami masalah yang sama, dari pemeriksaan didapati fius ini yang tidak mempunyai elektrik. Kami sudah pun menukarnya. Terima Kasih di atas kesabaran pihak guru mengajar dalam panas dan murid belajar dalam keresahan.

KELAB TAHA

Ramai yang mencari kaunter Tabung Haji, sebenarnya pegawai tersebut sudah datang dan terpaksa pulang jam 3.30 petang. Semenjak pagi jam 8.00, beliau menunggu ibu bapa sesi pagi, seramai 100 orang murid lebih yang menggabungkan diri dalam kelab TAHA. Rupanya ramai juga yang berminat sehingga pihak Tabung Haji yang tidak senang duduk lama.


Untuk memberi respon berhubung permintaan admin tentang kipas di atas, sila emel kan ke afraima@yahoo.com atau hubungi 019-4424417.

Thursday, June 25, 2009

Dari Cheherong ke Kelantan

Oleh : Noorhisham Hamzah,S.sos.I

KELANTAN : Perjalanan sepanjang 3 hari memberi banyak masukan kepada semua pelajar SPADA atau nama panjangnya Special Programme Alcohol and Drug Abuse. Dalam foto ini kami sedang berada di Pondok Pusat Rawatan Dadah Tradisional Darul Hanan di Wakaf Bharu.
Kedatangan kami disambut oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain bin Haji Abu Bakar dan keluarga. Kami sungguh gembira atas layanan yang begitu baik dan sempurna.

Nampaknya di sini pun ada kelainan juga dalam proses rawatan, berbanding dengan rawatan yang telah kami singgahi di Kuala Nerang Kedah minggu lalu yang menggunakan sistem Zikir Thariqah Naqsyabandiah. Di sini ada sistem rawatan tuntun, Iaitu pesakit penagih dadah ini akan dipukul dengan rotan oleh Tuan Guru Haji Mohd Zain sendiri seluruh badan dengan bacaan tertentu bertujuan membuang sisa toksid dalma badan penagih.

Gambar yang mengandungi kerek telaga ini sebenarnya adala tempat penghuni mandi wap. Mereka duduk di dalamnya selama 45 minit sambil membaca surah Al-Fatihah sehingga 100 kali. Hal ini dilakukan selama 15 hari.

Di belakang pondok Tuan Guru ini ada kebun yang digunakan untuk penghuni bercucuk tanam. Ada tanaman pisang dan betik. Kebanyakan penghuni berasal dari negeri Kelantan sendiri dan Terengganu.





Kelihatan pensyarah USIM, Ustaz Khairi Mohammad bergambar bersama dengan Tuan Guru sebagai kenang-kenangan.

Beliau yang berasal dari Petani Thailand menggunakan teknik yang diambil dari Cheherong Thailand dengan menggunakan teknik rawatan Islam. Sehingga kini sudah ratusan penghuni berjaya disembuh disini. Bahkan menurut tuan guru lebih 80% sudah berjaya disembuhkan. Kepada sesiapa yang ingin mencuba konsep pemulihan dadah di sini boleh menghubungi beliau di 017-9176643. Pusat pemulihan ini mendapat kelulusan dari AADK sendiri. Saya menyaksikab pelbagai peringkat umur dari 14 tahun hingga 50 tahun lebih dan dari orang kampung hingga anak pegawai tinggi kerajaan. Betullah dadah tidak mengenal mangsa.

Perjalanan kami diteruskan ke destinasi terakhir iaitu di Bachok Kelantan. Kami ke Pusat Serenti Wanita di Bachok. Disini memuatkan seramai 150 orang penghuni.

Saya sempat mengadakan sesi temubual dengan seorang penghuni disini. Alia, bukan nama sebenar, berusia 40 tahun sudahpun mempunyai 3 orang anak dan seornag suami. Di awal hidup ketika dibangku sekolah di tingkatan 4 mengenali ganja dan syabu melalui seorang rakan.

Berawal dengan kehidupan tanpa ibu dan ayah. dibela oleh seorang nenek kandung.

Keseronokan menghisap ganja membawa dirinya sehingga menjadi pusyer. Pusyer terkenal dikalangan penagih dadah sebagai pembekal dadah. Dengan kos RM200.00 dia boleh mendapatkan RM300.00 setelah di pekkan ke plastik lain.

Terlalu seronok dengan najis ini tidak menghalang dia berkenalan dengan seorang jejaka yang akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.

Suaminya mula sedar yang dirinya seorang penagih, tetapi berusaha membantu dengan nasihat supaya berhenti. Namun kata-kata itu semua bagaikan mencurah air di daun keladi. Pada suatu masa ketika menjual bahan terlarang inilah dia ditangkap dna terpaksa meringkup di pusat serenti wanita di Kemumin.

Tempoh 12 bulan tidak mampu mengubah dirinya menjadi manusia yang putus ketergantugan dengan dadah. Setelah keluar penjara, rupanya suami saya sudahpun berkahwin lagi dna kami tinggal sebumbung. Sebagai seorang penagih, amat mudah bagi hati ini untuk kecewa. Dapat saya rasakan katanya betapa sudahpun kasih sayang suami saya berkurang dan berbeza walaupun anak-anak masih menerima. Kerana kecewa berat, saya kembali menagih dan ini kali kedua saya masuk ke pusat ini. Dan sesungguhnya saya tidak mampu berdepan cabaran di luar sana apabila keluar nanti. Kemungkinan menagih semula (relapse) amat besar. Siapa lagi yang akan menerima saya. Suami dah kahwin. Kerja tiada, ibu bapa pun dan meninggal.

Saya memberikan harapan untuk menjadi insan yang baik dan doa kepadanya. Saya minta berdoa dihadapan saya setelah bercerita panjang lebar tentang hidup dan mati, susah dan ujian dalam hidup, janji dan amaran Tuhan, katanya saya ingin berubah. Lantas dia mengangkat tangan seraya berdoa. Akhir kata, tiada yang mampu mengubah diri kita kecuali kita sendiri dan tuhan tidak pernah sesekali menghalang kita untuk apa pun.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di POndok Moden Bachok untuk solat Asar dan Zuhur. Selamat Jalan...

Sejarah Kemasukkan Islam ke Kelantan

Sejarah Kemasukan Islam Ke Negeri Kelantan

Mengikut cacatan sejarah, Islam masuk ke Kelantan lebih awal daripada Melaka. Islam dicatat masuk ke Kelantan melalui Champa terus ke Patani dan tiba di Kelantan. Ia dibuktikan lagi melalui Batu Bersurat yang bertarikh 1303 masihi yang ditemui di Kuala Berang. Ini bermakna sebelum Islam sampai ke Terengganu terlebih dahulu sampai ke Kelantan kerana laluannya melalui Patani.



Selain itu, terdapat bukti kepingan wang emas ditemui di Kota Kubang Labu di Pasir Pekan, Tumpat pada 1912 yang tercatat tarikh 577 hijriah bersamaan 1181 masihi. kota tersebut merupakan bekas pusat pentadbiran Kelantan Barat.

Bermula dari situ Islam terus tersebar di Kelantan dan Masjid menjadi halaqah menyebarkan ilmu kepada anak-anak murid yang datang dari segenap ceruk rantau. Masjid tertua di Kelantan yang dibina lebih 300 tahun lampau masih boleh dilihat sehingga sekarang iaitu masjid Kampung Laut(kini ditempatkan di Nilam Puri).

Perkembangan Islam di Kelantan berlaku secara pesat dibawah pemerintahan Long Yunus. Sultan terbabit menghantar anaknya mendalami ilmu agama di Mekah bersama Sheikh Abdul Halim.

Selepas kembali dari Mekah Sheikh Abdul Halim mengajar secara lisan di masjid-masjid. Pada abad ke 19 muncul lebih ramai lagi ulama-ulama terkenal di Kelantan antaranya, Tok Pulau chondong (1792). Ulama tersebut mendirikan pondok yang pertama di Kelantan dan mengajar kitab yang ditulis dengan tangan.

Kutipan dari http://yuzyvtec.blogspot.com/
Wednesday, June 24, 2009

Pembukaan SK Bandar Sri Putra




Inikah dia yang dibanggakan?

Anak Melayu? Sesat dalam terang. Belum sampai akhirat, mereka dah sesat di dunia. Kalau lah mati dalam keadaan begini....hmmm.....bukan menuduh....tiada mana jaminan mereka tidak akan berdepan dengan siksaan Tuhan. Menelanjangi diri, minum arak yang telah diharamkan secara mandatori. Mana mak bapak mereka?
Saturday, June 20, 2009

LADAP 5 DI SK BANGI


20 Jun 2009. BANGI. EN.Shamsuddin, Kaunselor di Jabatan Perkhidmatan Awam hari menjadi tetamu undangan SK Bangi untuk menyampaikan ceramah LADAP bertajuk keluarga bahagia. Baru semalam beliau tampil di TV3 dalam siri khas jam 9.00 pagi.


Sakit perut jugak kekadang guru dibuatnya dengan gurauan dan misalan. Beliau pernah hadir ke sini dalam siri menyampaikan ceramah kepada ibu bapa murid tahun 6 empat tahun yang lalu. Kalau dulu dengan OHP, kini dengan Thumdrive. Kalau dulu di SK Kantan, kini di PUtrajaya. Namun satu masih belum berubah, kalau dulu dengan motosikal, namun kini dengan motosikal jugak.

Saya sempat bertanya, dengan apa tuan ke TV3 semalam? Dengan motorlah jawabnya, saya suka ke mana-mana dengan motor, sebab cepat sampai dan saya kurang arif jalan-jalan di KL, kalau tersesat mudah nak pusing balik.

Dalam ceramahnya tadi, beliau menekankan perlunya hubungan dalam keluarga di selangi dengan panggilan sayang. Satu hari, anda mesti menyebut sayang sebanyak 21 kali. Guru-guru diminta menghantar sms kepada pasangan masing-masing secara langsung dan menunggu jawapan yang diberikan. Puan Amizah adalah guru pertama yang mendapat jawapan. Beliau mendapat hadiah di akhir ceramah.

Beliau juga menekankan perlunya guru bersyukur dengan tugas sebagai pendidik, lebih-lebih dapat bekerja di Bangi, berhampiran bandar kota metropolitan besar. Tidak sama dengan rakan yang lain, terpaksa mengajar di Samarahan, berperang dengan keadaan, perasaan dan segalanya.
Thursday, June 18, 2009

18 Jun 2009 : Fuuhhhhh


Ramai menarik nafas lega hari ini apabila cuasa panas yang dijangka hanyanya sebuah ramalan sahaja. Guru-guru malam ini boleh tidur gaya bebas semahu-mahunya, yang ingin menonton filem hantu, tontonlah sampai jadi hantu...
Wednesday, June 17, 2009

Dadah di Bangi

ADA yang mengatakan ternampak kelibat orang sedang memberi dan mendapatkan sesuatu di luar pagar sekolah, persis di belakang rumah guru. Bukan satu dua orang, bahkan lebih dari tiga, dalam bahasa arab kalau lebih tiga itu boleh dipanggil jamak. Bahkan Guru Besar sendiri mengatakan ada komplen dari ibu dan bapa tentang cerita yang sama.

Kemungkinan besar transaksi jual beli dadah yang tuan saksikan itu. Dulu mereka sering berjual beli di depan Petronas, namun kata SI Balai Bangi, orang tu dah kena tangkap.

Kami minta tuan-tuan dan puan-puan yang melihat lagi kejadian ini terus melaporkan kepada pihak AADK Hulu Langat. Pejabatnya di atas Perhentian Bas Kajang. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa hal ini, sementelahan ianya terjadi diluar ruang sekolah, walau pun hampir dengan sekolah.

Seorang kakitangan sekolah suatu ketika dahulu bercerita, bahawa dia sendiri pernah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa Polis. Apa jadi? Hampir sebulan dia di ekori oleh sebuah kereta, kemana saja dia pergi ada orang yang sama mengekorinya. Tidak pula memotong, tapi hanya mengekori dan melihat ke mana dia bergerak. Hasilnya, dia berada dalam ketakutan, rumahnya telah di cam, anak-anaknya juga telah di cam (padanya). Akhirnya dia taubat tidak mahu mencampuri lagi urusan ini.

Namun begitu, saya telah melaporkan pada Komandan AADk Daerah Hulu Langat sebelum cuti lalu.

Lawatan ke rumah kali ke 5


59 Hari tidak hadir sekolah, ibu meninggal 2 tahun lalu, mengeja nama sendiri masih salah, usia telah mencapai 11 tahun. Waktu saya ke rumah petang ini, dia tiada di rumah, hanya adik, nenek dan abang. Ketika ditanya kenapa adik tidak mahu ke sekolah, mereka jawab malas. Sudahkah paksa dia pergi? Sudah...bapanya sudah pun mengambil tindakan memukulnya. Namun tiada hasil. Petang ini pun dia keluar pergi bermain-main. Ke mana masa depan murid ini. Bukan salah siapa, tapi apa nak buat?
Tuesday, June 16, 2009

Kalau Saya Bisa Bangun...



Siapa boleh bantu saya terjemahkan isi video ini? Video ini sangat menarik. Ketika satu program bersama penagih dadah (pengguna metadon) di Hospital Sungai Buloh beberapa bulan yang lalu, mereka di tunjukkan tayangan ringkas video ini. Kalau saya tak punya tangan dan kaki bisa bangun, kenapa anda yang punya anggota yang lengkap, kaki dan tangan tak boleh bangun? ayuh bangunlah.... tinggallkan kealpaan, bangkit dari kesedaran...

Biasanya penagih yang tegar, yang tidak mempunyai kesedaran untuk pulih, dia akan jatuh dan bangun, jatuh dan bangun berpuluh-puluh kali. Setiap kali jatuh (relapse) atau kembali menagih setelah berhenti lama, tempohnya cukup lama. Dan majoriti mereka mengatakan tiada dahan untuk bergayut, untuk bangun semula. Lubang kejatuhan sangat dalam. Sehingga mereka tak upaya untuk bangkit.
Monday, June 15, 2009

Kencing Masam

Seorang mak Cik yang mengalami penyakit kencing manis sedang duduk di atas kerusi di wad kecemasan menunggu gilirannya di panggil. Sekian lama menunggu, tiba-tiba ada orang yang dibawa masuk secara tergesa-gesa dengan katil. Kebingunan mak cik ni, bertanyalah dia, kenapa dengan orang tu, tergesa-gesa dibawa masuk. Jawab orang di sekeliling nya, kece masan mak cik. ooo....kencing masam... rupanya penyakit kencing masam lebih teruk dari kencing manis. Peristiwa ini berlaku di Hospital Kota Bharu.
Sunday, June 14, 2009

Serangan Virus TOV

Diperkirakan seramai 99.9 % guru-guru di negeri Selangor akan berdepan dengan risiko penyakit baru. Virus TOV, ETr ini akan menyerang semua guru-guru yang berada di Negeri Selangor. Selain itu, guru yang bebas serangan tadi berkemungkinan besar akan terkena penyakit serangan angin AhPaTs. Adapun tanda-tanda atau simpton penyakit ini ialah murung, mudah marah, kurang selera makan, kurang tidur, trauma, sentiasa dalam ketakutan, menurun keinginan lawan jenis, kurang bercakap dan susah memahami ketika berbicara.

Penyakit ini akan melanda tanpa mengira darjat, umur dan bangsa. Dalam pada itu, turut dikesan juga ialah penyakit HeadCount. Para guru yang mendapat simpton atau tanda-tanda awal penyakit ini dinasihat agar cepat mendapatkan rehat yang cukup. Serangan Headcount ini boleh terkena bila-bila masa.

Mereka yang terkena penyakit ini akan mengalami beberapa kesan lain, antaranya hilang kasih-sayang dalam keluarga. Sering membatalkan program luar yang sudah dijanjikan sebelum ini. Oleh itu, anda dinasihat supaya banyak minum air sabar, jangan lupa setiap kali solat berdoa supaya pencipta virus ini bertindak menarik balik virus TOV,ETr yang telah disebarkan. Seringlah ketawa untuk menghilang tekanan. Namun awas, jangan sampai tercabut gigi. Senyumlah, kerana senyum itu sedekah dan boleh membantu mengurangkan tekanan, gugup, gayat dan sebagainya. Makanlah makanan tambahan seperti jus tawakal dan sentiasa ingatkan mati.
Thursday, June 11, 2009

Sekitar Kampung ku

Bermanda di Jeram Linang...
Geng Gegar THr.fm singgah di Taman Tengku Anis
Kolam mandi untuk anak-anak
Sekawan Rusa sedang menghampiri pengunjung
Rusa di taman Tengku Anis
Sambil minum ke warung adik, pak-pak polisi singgah minum sekaki
Afif Wildan dan Syaza Zayyan dengan permainannya
Tuesday, June 9, 2009

Dulu Dusun Kini Taman


Masa kecik-kecik dulu, dusun ini menjadi tempat kami mencari buah "larok kuba" (kerbau). Dusun ini juga menjadi laluan kami ke sungai. Ada seekor anjing serigala (entah siapa pemiliknya) kami panggil John, sering mengikut kami hingga ke sungai. Namun sungai itu semakin kelam warnanya, apabila bercampur antara sungai keladi dan sungai Kubang Tuman dari Tanjung Chat. Kami jarang lagi mandi-manda. Jarak ke sekolah 5 km, hari-hari jalan kaki, waktu balik penat dan kaki panas dek pijakan pada tar, tapak kasut semakin menipis, kepanasan jalan di tembak mentari semakin ku rasakan, kami berehat dulu di taman cina. Bermain keretapi, buaian, sehinggalah peluh hilang di dahi. Perjalanan di teruskan, petang2 kami main di "barus". Cikgu BM pernah bertanya saya, apa ni Hisham barus, tempat kami main lah cikgu... oo itu bekas sawah bendang namanya. Dah tukar balik. Katanya sambil memulangkan buku karangan BM.


Hari Jumaat pula dusun ini dipenuhi kaki judi, judi daun teruk, judi ayam dan lain-lain. Sepupu ku bertugas mengempiskan tayar kereta sang penjudi. Waktu habis berjudi, mereka menyumpah-nyumpah, Cish! menatang mana bocorkan tayar aku..

Kini dusun itu menjadi taman. Taman Tenkgu Anis. Di datangi manusia seluruh bandar Kota Bharu dan sekitarnya. Dulu hutan, sekarang bandar, bas pun sudah lewat. Dulu terpencil, sekarang terkenal. Habis tanah kampung kami kena biasan taman, semuanya menjadi taman. Ada rusa, ada buaya, burung merak, ayam serama dan hidupan lain. Banyak pula masjid didirikan, kolam anak-anak bermain, gelongsor dan segala jenis permainan.
Monday, June 8, 2009

Waktu Paling Berharga

M : Masa
U : Untuk
R : Rasa
I : INdahnya
D : Dunia


Saturday, June 6, 2009

Sebaik-baik Manusia

Kumpulan muzik Kromok pernah menyanyikan lagu Aku Mahu Pulang (lagu ini pernah saya siarkan dalam blog ini) dan lagu ini, di dendangkan kembali setiap kali ada pembebasan ahli keluarga (AK) di pusat serenti. Suasana hiba dan sayu, kerana salah seorang dari mereka sudah boleh pulang, mandiri dan bebas. Ya, independen, semua orang mahukan.

Sebagai seorang pelajar agama, yang beragama, saya yang berada dalam majlis nyanyian acara pembebasan itu, saya turut membawa kedua belah telinga. Telinga saya turut mendengar bait-bait lagu aku, tetapi fikiran saya tertumpu kepada sebaris isinya. AKU MAHU PULANG.

Aku adalah ganti nama kepada nama diri jasad manusia. sementara di dunia, untuk mudah panggil, kita letakkan nama, ini Mamat, ini Dolah, ini Amy...macam-macam, kadang2 namanya Joe, kita ingat apa namanya, rupanya Jusoh. Bila kita mati, atau wafat, atau meninggal dunia, atau mangkat, kesemua nama tadi di ambil balik, kita hanya pinjam kok. Waktu di atas usungan mayat, orang memanggil mu dengan mayat, tiada lagi Dr.Fuad, tiada lagi Profesor Madya Ibrahim Tiban malah tiada lagi encik berencik.

MAHU Pulang adalah ke negeri asal. Akhirat yang kekal abadi. Itu lah kampung kita yang sebenarnya. BIarlah kalau di sini, kita tak punya rumah, tapi jangan di sana nanti pun, kita tiada rumah. Guru saya juga tak ada rumah di sini (dunia). Hanya menyewa, orang bertanya, tuan tak punya rumah kah? Jawab beliau, rumah saya di sana (akhirat). Lalu anak muridnya membelikan sebuah rumah, untuk tinggal sementara di dunia.

HUBUNGI dan ZIARAH ORANG SAKIT

Sebaik-baik kamu adalah orang yang paling panjang umurnya dan paling baik akhlaknya. Semalam saya ke Hospital Kota Bharu, menziarahi saudara yang sakit. Di sini pun terfikir usia kita semakin sedikit. Saudara kami ini, sudah 2 bulan terlantar dihospital. Aduh..sakitnya yang sakit, dan sakitnya yang mengurusin.Saya berdoa, semoga dirinya boleh sembuh seperti sediakala dan boleh beribadah secara sempurna. Waris saya ini kena kimo. Dari pinggang sampai kaki, tiada lagi rasa.

Sabda Nabi, hubungilah silaturrahim, kerana itu akan memanjangkan usiamu. Panjang usia dalam erti kata usia penuh dengan isi, bermakna dan terisi. Sementara pendek umur adalah orang yang usianya kosong. Boleh jadi juga panjang umur adalah betul-betul pada angkanya, dari 40 kepada 70.Lalu, carilah kesempatan untuk menghubungi rakan lama, saudara lama, bahkan keturunan kita walau berada di luar negeri.

Kata guru saya, kita ini (yang berada di tanah Melayu), sebelum sampai ke tanah Melayu, mungkin datuk nenek kita dulu berasal dari tanah besar Cina.Yah..jauhnya nak pegi cari keturunan dan keluarga kita.

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.