Saturday, June 6, 2009

Penulis Buku Iqra' Versi Malaysia

Mungkin ramai tak mengenali Ustaz Ahairul Ismail, anak kelahiran Kampung Gaal yang kini menjadi penulis buku. Beliau yang dikenali dikampung sebagai tukang repair TV, adalah seorang Ustaz yang juga JU J-Qaf. Pengalaman di Aceh selama 5 tahun menjadikan dirinya padat dengan ilmu, lalu dipergunakan untuk manfaat sekolahnya.

Beliau yang mahir ilmu komputer, kini tinggal di Semerak Pasir Puteh. Di kesempatan bertemu dengannya, ketika beliau ke Kota Bharu, saya mengajaknya bertandang ke rumah. Isterinya seorang warga Aceh, mempunyai 5 orang anak, berhasrat mempublikasi buku hasil keringatnya ke seantero dunia, jika mampu. Namun untuk setakat ini, akan di siarkan di Malaysia.

Katanya, pihak kementerian sedang menilai buku tersebut untuk dijadikan bahan kegunaan rasmi di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Beliau sedang dalam proses membina sebuah web site untuk kemudahan guru-guru J-Qaf seluruh Malaysia. Syabas sahabatku.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.