Setengah Juta Balik Kampung

Kasihan pada mereka yang tidak mempunyai tiket untuk balik ni. Tumpang-tumpang lah jiran kalau nak balik, tapi jangan buat lupa lak hulur sikit duit raya. Kalau tak, tak sampai kampung la kita.
Tidak Mengenal Siapa

Posting kali ini merakamkan ucapan Takziah kepada kelurga doktor yang terlibat dengan cobaan ini. Sesungguhnya apabila datangnya ajal, tiada siapa pun yang boleh menahannya.
"Maka apabila datang ajal mereka, tidaklah boleh ditahan sedetik atau dipercepat sedetik"
Hafney Abd Rahim di Bangi Lama
Tanda-tanda anak mula terlibat
1. Anak anda akan balik lewat pintu belakang, atau masuk pintu depan, tetapi menyisihkan diri, berjalan ikut tepi2 dinding, seoalah-olah dia tahu bahawa orang sedar dia menagih, atau pun dengan tujuan untuk menyembunyikan kesalahannya.
2. Tidur nya lama pada waktu siang
3. Waktu malam, dia berjaga
4. Kadang-kadang bercakap seorang diri (bagi pengguna syabu)
Akibat Menagih Dadah
1. Jika seorang manusia menjadi penagih, seluruh ahli keluarga macam penagih.
2. Penagih menjadi haru-biru, sehingga berlakunya perceraian antara ibu dan ayah
3. Dahsyatnya Penagihan boleh menyebabkan penagih bertukar agama.(murtad)
4. seseorang penagih akan goyang pegangan agamanya.
5. Antara sebab manusia menagih, ialah longgarnya sistem kepimpinan dalam rumah tangga.
Bagi mencegah masalah penagihan :
1. Laksanakan kasih sayang dalam rumahtangga
2. Ada perbincangan keluarga sesekali antara bapa, ibu dan anak-anak.
3. Detect dari awal, bawa berbincang dengan anak. apa masalah mereka.
4. Hargailah pencapaian anak-anak anda, walaupun hanya dengan pujian dan senyuman
Punca Penagihan : Sebuah Kajian
Status: Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun.
Adik-beradik: Anak sulung dan mempunyai 2 orang adik perempuan.
Pencapaian Akademik
Klien telah memulakan alam persekolahan dalam Darjah Satu di SK Kem Terendak, Melaka. Oleh kerana bapanya merupakan seorang pegawai tentera, keluarga klien sentiasa berpindah tempat. Klien agak bernasib baik kerana dapat menamatkan alam persekolahan sekolah rendahnya di sekolah yang sama sebelum berpindah ke Batu Pahat, Johor.
Bapanya mengambil keputusan untuk mendaftar klien untuk melanjutkan pelajaran dalam Tingkatan Satu di Madrasah Al-Attas Al Arabiah Al-Islamiah di Johor Bahru. Sekolah itu merupakan satu-satunya sekolah Arab yang terletak di bandaraya Johor Bahru. Keputusan bapanya untuk menghantar klien ke sekolah agama ini dipengaruhi oleh keturunan Arab keluarga mereka. Klien agak bebas bergerak di sekolah berasrama penuh ini kerana kebanyakan pelajar di situ adalah saudara maranya yang berketurunan Arab. Setiap pelajar dikehendaki membayar RM200.00 sebagai yuran setiap bulan. Ada kalanya klien akan tinggal di rumah sepupunya di Johor Bahru.
Klien hanya meneruskan pelajaran di Madrasah ini sehingga tingkatan 4 kerana telah berpindah ke Kelantan atas pengaruh kawan untuk meneruskan pelajaran dalam Tingkatan 5 di Sekolah Maahad Muhammadi. Klien telah menduduki peperiksaan tingkatan lima iaitu Peperiksaan Sijil Tinggi Ugama (STU) ketika berumur 18 tahun. Klien terpaksa menyewa di luar kampus kerana tidak dapat memahami bahasa atau loghat tempatan. Klien dianggap sebagai pelajar swasta kerana tinggal di luar kampus dan ini telah memberi peluang kepadanya untuk bertambah bebas di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Sekolah ini juga mengenakan bayaran yuran bulanan sebanyak RM200.00. Bapanya terpaksa mengirim lebih banyak wang daripada biasa kepada klien kerana tinggal di luar kampus dan makanan terpaksa ditanggung sendiri. Klien telah pulang ke Batu Pahat pada tahun 1990 setelah mendapat keputusan STU yang kurang memuaskan iaitu Gred 3.
Alam Pekerjaan
Selepas pulang dari Kelantan pada tahun 1990, klien mula menolong ibunya yang sedang mengusahakan sebuah restoran di Batu Pahat. Kerja klien di restoran adalah sebagai kerani kewangan. Selain dari menolong ibu klien juga berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk menolong pakciknya yang berniaga di pasar malam menjual barang-barang seperti songkok dan pakaian orang melayu.
Klien sudah memiliki lesen memandu kelas ‘D’ serta Lesen Angkut Barang (GDL). Ianya diambil ketika membantu pakciknya berniaga dengan tujuan membawa lori kecil angkut barang-barang jualan pasar malam. Lesen tersebut hanya berfaedah buat seketika sahaja dan ianya langsung tidak digunakan sekarang.
Pada ketika ini klien diberi peluang oleh keluarga untuk memberi tumpuan penuh terhadap pemulihan dirinya dari gejala penyalahgunaan dadah atas permintaan klien sendiri. Klien diberi masa selama 3 bulan untuk tujuan pemulihan sepenuh masa dan dikehendaki mencari satu pekerjaan selepas itu untuk menyara diri dan anaknya.
Sejarah Keluarga
Klien adalah anak sulung dari 3 orang adik-beradik. Klien adalah satu-satunya lelaki dalam keluarga, yang lain adalah perempuan. Seorang adik perempuannya bekerja sebagai guru siswazah di sebuah sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Adik ini berumur 28 tahun dan masih bujang. Seorang lagi adik perempuan berkhidmat sebagai Pensyarah lulusan sarjana di sebuah Universiti.
Beliau berumur 30 tahun dan masih bujang serta sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Kedoktoran (Phd). Saya sempat menanya kepada bapa klien kenapa anak-anak perempuannya masih bujang. Menurut bapa klien kedua-duanya sedang menunggu dipinang oleh ‘orang mereka’ (lelaki berbangsa arab).
Bapa klien sudah berumur 68 tahun dan sedang menerima pencen lembaga perubatan disebabkan kemalangan semasa bertugas sebagai pegawai tentera. Ibunya berumur 54 tahun dan beliau adalah seorang surirumah. Tugas ibunya sekarang adalah menjaga klien dan anak klien. Klien mempunyai seorang anak lelaki berumur 4 tahun. Tugas harian klien selain memberi tumpuan kepada pemulihan diri adalah menghantar dan membawa pulang anaknya dari tadika.
Pengalaman Pahit
Klien pernah mengalami pengalaman yang agak pahit disebabkan perceraian ibu bapanya pada tahun 1985. Selepas ibu bapanya bercerai klien tinggal bersama dengan ibunya. Perceraian ibu bapanya adalah atas sebab campurtangan neneknya (ibu kepada bapanya) dalam hal rumahtangga ibu bapa klien. Selama hampir 14 tahun klien tidak mendapat kasih sayang bapanya.
Ayah klien berkahwin lagi dengan sepupunya dari Indonesia pada tahun 1988 iaitu selepas 3 tahun berpisah dengan isteri pertamanya. Pasangan baru ini telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan. Selepas 3 tahun isteri keduanya meninggal dunia, bapa klien telah dirujuk semula dengan isteri pertamanya pada tahun 1998.
Sejarah Penagihan
Klien telah memulakan tabiat buruk meminum arak ketika berumur 11 tahun tanpa pengetahuan ibu bapanya. Klien mula dengan arak jenis liker yang harganya kurang dari RM4.00. Klien telah diajar untuk minum arak oleh saudara-maranya yang berketurunan Arab. Tabiat meminum arak telah diterima dalam keluarga sanak-saudaranya sebagai sesuatu yang normal. Penglibatan klien dalam tabiat minum arak ini sebenarnya digalakan dan dilindungi oleh saudara-maranya. Klien akan mengalami kesan tarikan alkohol seperti tangan bergetar pada usia muda itu. Bagi mengatasi masalah tremor ini, klien akan membeli liker jenis murah dan sembunyikannya dalam peti ais tanpa pengetahuan ibu bapanya di rumah.
Masalah penagihan klien terhadap alkohol diteruskan semasa meneruskan pengajian di Madrasah di Johor Bahru. Menurut klien, saudara-maranya di Johor Bahru mengekalkan tradisi minum alkohol dan klien akan dibekalkan dengan bekalan alkohol dengan percuma. Sejarah penyalahgunaan dadah klien bermula di Madrasah Al-Attas. Ketika klien berumur 14 tahun (tingkatan 2), dadah jenis ganja diperkenalkan kepadanya oleh kawan-kawan sekelasnya yang kebanyakannya mempunyai hubungan persaudaraan dengan klien.
Bekalan ganja amat mudah diperolehi di Madrasah tersebut kerana pelajar yang pulang ke kampung akan membawa pulang bekalan ganja ke Madrasah. Kawalan disiplin di Madrasah juga boleh dicabar kerana pelajar boleh membuat apa yang mereka suka termasuk menghisap ganja di asrama tetapi tidak pernah diambil tindakan. Di Madrasah ini juga klien mengenali dadah-dadah yang dikenali dengan nama jalanan seperti Roche dan Up John. Oleh kerana sudah biasa dengan pengambilan pelbagai jenis dadah, klien mengetahui dan memahami tindakbalas negatif pengambilan dadah bersama alkohol. Oleh itu, klien tidak akan ambil dadah bersama alkohol.
Punca Utama Terlibat Dalam Penyalahgunaan Dadah
Menurut klien, punca utama beliau terlibat dengan dadah adalah keretakan rumahtangga. Klien memerhatikan dengan sendiri masalah di antara ibu dan bapanya yang perpanjangan yang akhirnya menemui jalan buntu dan terpaksa berakhir dengan perceraian. Melihat kehidupan ibu bapanya yang tidak terurus tanpa sebarang perancangan membuatkan klien putus asa serta kecewa dan mengalami gangguan emosi kerana tempat klien mengadu dan menagih kasih sayang sudah tiada lagi. Bagi mengatasi kemurungan (implikasi keretakan rumahtangga) ini, klien telah mula mengambil dadah jenis pil Roche. Ianya mudah diperolehi dan harganya murah dan mampu dibeli oleh klien.
Selain daripada punca yang disenaraikan di atas, klien juga telah lama berpisah dengan bapanya disebabkan oleh perpindahan sekolah ke Johor Bahru dan ayahnya tidak lagi tinggal bersama ibu. Klien sudah sangat bebas dan mula mengambil keputusan sendiri kerana tiada sesiapapun yang mengambil tanggungjawab untuk membimbing, mengawal dan memerhati pergerakan klien.
Klien mula berjinak dengan heroin juga semasa sedang belajar di Madrasah. Anak-anak saudara yang belajar bersamanya membawa masuk bekalan heroin ke asrama. Kebanyakan sanak-saudaranya yang lebih dewasa daripada klien adalah pendorong utama kepada klien untuk mencuba bahan-bahan ini kerana mereka sendiri adalah penagih tegar mewah kerana keadaan kewangan mereka stabil. Klien yang agak selesa dengan ganja tidak terlibat dengan penagihan heroin secara serius. Pada ketika ini klien sudah tinggal bersama dengan saudara-mara yang kebanyakan penagih dadah. Pepatah melayu ”masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum” sangat sesuai digunapakai kepada klien kerana hasil bersama dengan saudara-mara untuk jangkamasa yang panjang, klien telah belajar cara berkomunikasi dengan pengedar-pengedar dadah serta sudah pandai mengenali jenis-jenis dadah, harga pasaran, harga jualan, komisen pengedar, tempat (port) penagih dan pengedar berkumpul dan segala selok-belok mengenai dadah.
Walaupun klien sudah sebati dengan perkara-perkara berkenaan dadah, tetapi tidak mengambil heroin secara serius kerana lebih selesa dengan alkohol dan ganja. Pengambilan ganja dan alkohol tidak pernah terputus dari umur 14 tahun. Salah satu sebab kenapa klien memilih untuk menjadi pelajar swasta di Kelantran adalah untuk bebas mengambil ganja dan meminum alkohol. Klien tiada masalah kewangan kerana ayahnya mengirim wang lebih daripada yang diperlukan setiap bulan. Klien juga pandai memanupulasikan keadaannya yang tinggal di luar kampus untuk meminta wang lebih daripada yang diperlukan. Lama-kelamaan Klien tidak terlepas dari terlibat dengan pengambilan heroin secara serius. Klien mula mengambil dadah jenis heroin secara serius ketika berumur 23 tahun. Setelah keadaannya tidak dapat dikawal barulah ibu bapanya menyedari penglibatan anak mereka dalam penyalahgunaan dadah iaitu selepas 9 tahun menagih ganja dan alkohol.
Berpindah ke Yemen
Selepas penglibatan klien diketahui oleh keluarganya, bapa klien telah membuat persiapan tanpa pengetahuan klien untuk menghantar klien untuk ’bercuti’ di rumah saudaranya di Yemen. Klien telah dihantar ke Yemen pada tahun 1995. Selepas sampai di situ saudaranya telah mengambil paspotnya untuk disimpan olehnya. Klien telah mendaftarkan diri di sebuah sekolah pondok di Yemen untuk belajar tentang agama. Tindakan bapanya yang menghantar klien ke Yemen untuk pemulihan telah berjaya kerana klien bebas dadah selama 2 tahun di situ. Setelah saudara-maranya berpuashati dengan pencapaian dan perkembangan, klien dihantar pulang ke Malaysia pada tahun 1998.
Pulang dari Yemen
Klien yang mengalami tarikan psikologi lebih dari tarikan fizikal telah mula mengambil ganja dan meminum alkohol selepas pulang ke Batu Pahat dari Yemen. Selain dari kedua-dua bahan tersebut, klien juga mula mengambil pil khayal (Up John). Kerja pertama yang klien buat setelah pulang dari Yemen adalah di sebuah kilang besi di Minyak Beku di batu Pahat. Klien hanya bertahan selama setahun di kilang besi dan berpindah ke Johor Bahru pada tahun 1999. Klien yang mempunyai ramai kenalan di Johor Bahru bekerja di sebuah restoran selama setahun di situ. Selepas berhenti kerja di restoran, klien bekerja bersama pakciknya sebagai penarik kabel. Selepas beberapa bulan, klien berpindah ke Kuala Lumpur untuk membantu seorang lagi pakciknya berniaga barang-barang hiasan dan kraftangan.
Penagihan ganja dan alkohol diteruskan juga di mana-mana tetapi klien pandai mengawal diri serta menjaga diri walaupun dalam keadaan mabuk. Klien kembali menagih heroin pada tahun 2002 atas pengaruh kawan-kawan lamanya di Johor Bahru. Semasa mula mengambil heroin klien tinggal bersama dengan kawan-kawannya dan bekerja di sebuah kilang perabut. Oleh kerana klien tiada sebarang tanggungan, segala pendapatannya digunakan untuk kegunaan sendiri dan sebahagian besar daripada pendapatannya digunakan untuk membeli bahan.
Sejarah Perkahwinan
Klien mengenali bakal isterinya melalui kawannya dari Kota Tinggi yang selalu datang melepak di restoran tempat kerja klien. Pada satu malam kawannya telah mengajak klien ke rumahnya di Kota Tinggi dan klien pun ikut tanpa sebarang bantahan. Kawannya juga adalah seorang penagih dadah jenis Amfetamin (Ice) dan masing-masing tahu sejarah penagihan mereka. Saudara-mara kawannya juga ramai yang penagih dadah. Klien dikenalkan kepada bakal isterinya oleh kawan klien yang juga abangnya di rumah kawan di Kota Tinggi.
Selepas mengenali bakal isterinya hubungan mereka terus kukuh. Bakal isterinya juga sedar tentang sejarah penagihan klien tetapi bersetuju mengahwininya dengan keyakinan boleh membawa pulang klien ke pangkuan jalan yang betul atau memulihkannya.
Mereka berdua telah melangsungkan perkahwinan setelah berkenalan selama hanya 5 bulan pada 11.01.2004. Walaupun klien belum bersedia untuk berkahwin, atas desakan tunangnya serta permintaan ayahnya yang sakit jantung, akhirnya klien akur dan berkahwin juga hanya untuk menggembirakan hati bapanya. Menurut klien, isterinya adalah seorang yang keras kepala dan lebih rapat dan sentiasa hendak bersama dengan keluarganya di Kota Tinggi.
Ketika isterinya mengandung anak pertama, hubungan mereka tidaklah rapat seperti dahulu. Isternya sentiasa pulang ke rumah keluarganya dan mahu terus tinggal di situ. Isterinya selamat melahirkan seorang anak lelali pada 26.10.2004.
Sejarah Kegiatan Jenayah
Pada tahun 2005 klien telah ditangkap di satu sekatan jalanraya di Batu Pahat dan didakwa mengikut Seksyen 12(2) kerana memiliki dadah jenis heroin. Klien telah dihukum penjara selama 6 bulan di Penjara Kluang. Klien telah ditangkap semula oleh polis di Johor Bahru selepas 4 bulan keluar penjara pada tahun 2006 dan didakwa mengikut Seksyen 379 kerana memiliki barang curi bersama seorang kawan. Klien telah dihukum penjara selama 4 bulan di penjara yang sama.
Pemenjaraan klien dua kali ini menjarakkan lagi hubungan suami isteri. Isteri klien hampir kehilangan kepercayaan terhadap suaminya dan mula bekerja di sebuah pasaraya sebagai Promoter. Hasil daripada pendapatn inilah isteri klien dapat meneruskan kehidupan bersama anak kecilnya tanpa bantuan dari sesiapapun.
Pemulihan di Pusat Serenti
Klien ditahan polis bahagian narkotik semasa sedang membeli dadah jenis heroin di kawasan perumahan San Peng di Kuala Lumpur. Ketika ditangkap klien sedang membantu pakciknya berniaga barang-barang kraftangan di Kuala Lumpur. Nasib klien agak baik kerana hanya didakwa atas kesalahan memasukkan dadah jenis heroin ke dalam badan dan bukannya memiliki dadah. Kehidupan klien telah menemui satu lonjakan paradigma pada detik ini apabila bapanya mengambil keputusan untuk campurtangan dalam keputusan mahkamah.
Walaupun klien telah memberikan sebab-sebab seperti perlu menyara isteri dan anak yang masih kecil apabila memohon pengawasan kepada Majisteret di Kuala Lumpur, tetapi permohonannya ditolak oleh Majisteret. Majisteret tidak meluluskan permohonan pengawasan klien kerana menghormati permintaan bapanya yang terlebih dahulu telah meluahkan keinginannya kepada pegawai pendakwa Agensi Antidadah Kebangsaan untuk menghantar anaknya ke pusat pemulihan.
Kemasukan klien ke dalam Pusat Serenti Muar merupakan detik bermulanya keretakan rumahtangga klien yang serius. Bapanya mengambil keputusan yang tidak dipersetujui oleh klien kerana ingin melihat anaknya pulih, tetapi keputusan tersebut dibuat tanpa memikirkan kebajikan isteri dan anaknya. Pada pendapat klien, sekurang-kurangnya rumahtangganya dapat diselamatkan sekiranya bapa tidak mengambil tindakan proaktif tersebut.
Klien telah diarahkan oleh Majisteret Kuala Lumpur untuk menjalani pemulihan selama 2 tahun bermula dari 3.10.2007 hingga 20.10.2008 di Pusat Serenti Muar. Isterinya datang melawat klien di Pusat Serenti sebanyak 3 kali dalam masa 3 bulan. Selepas 3 bulan isterinya langsung tidak melawat klien dengan alasan sudah berpindah ke Johor Bahru tetapi pada hakikatnya masih menetap di Batu Pahat.
` Pada ketika itu anaknya dijaga oleh ibu klien kerana isterinya tinggal di tempat lain. Anaknya telah dipisahkan dari ibu klien dengan alasan membeli baju raya untuk anak tetapi tidak dihantar balek. Selepas klien dibebaskan dari Pusat Serenti lebih awal, klien menerima satu lagi tamparan hebat apabila isterinya berkeras tidak mahu meneruskan kehidupan bersama klien dan memohon kepada klien untuk melepaskannya. Klien hanya dapat membawa balek anaknya sahaja. Mereka berdua tinggal berasingan dengan anaknya dijaga oleh ibu klien. Isterinya masih tinggal di Batu Pahat dan bekerja sebagai Promoter di Summit Batu Pahat. Komunikasi di antara mereka hanya sekali sekala melalui telefon. Isterinya akan datang seminggu sekali untuk melawat anaknya. Menurut klien isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kasih sayang terhadap suami.
Hubungan Keluarga
Klien telah membina satu hubungan yang sangat akrab dan baik bersama ahli keluarga. Semua ahli keluarganya bersedia memberi sokongan dalam pelbagai bentuk untuk memulihkan klien. Pada mulanya klien sangat membenci bapanya kerana memohon dimasukkan ke dalam Pusat Serenti, tetapi lama-kelamaan klien telah melupakan semua kerana sedar bahawa tindakan bapanya adalah untuk memulihkan diri klien.
Walaupun klien dapati masalah rumahtangganya dapat diselamatkan sebanyak 80% tanpa pengaruh bapanya, tetapi hubungan dengan bapanya sudah pulih tetapi bukan sepenuhnya. Klien tidak pernah bersemuka dengan bapanya untuk membincangkan hal-hal peribadi atau yang serius. Klien lebih rapat dengan ibunya.
Perancangan Masa Depan
Klien mempunyai keinginan untuk pergi semula ke Yemen untuk memulihkan diri dan mencari ketenangan jiwa. Menurut klien, Yemen yang masih tidak dicerobohi oleh pembangunan adalah satu tempat yang sesuai untuk mencari ketenangan kerana ianya dikelilingi oleh perkampungan dan kehijauan.
Keinginan tersebut belum disampaikan kepada bapanya yang akan membuat keputusan terakhir. Sekiranya rancangan ini mengambil masa yang lama, klien ingin menjauhkan diri dari kawan-kawannya di Batu Pahat buat sementara waktu. Kami telah mencadangkan kepada klien untuk membuat permohonan untuk tinggal di Pusat Khidmat AADK di Muar selama 3 bulan. Pada ketika ini klien tidak mempunyai satu pekerjaan tetap. Klien akan membantu di kedai makan saudaranya di Batu Pahat dan akan dibayar setiap hari.
Kesan-kesan Farmakologi
Kesan segera dan berpanjangan hasil pengambilan Heroin: Klien mengalami kepeningan, hilang perhatian atau fokus, lupa apa yang telah berlaku dan percakapan yang tidak teratur setelah beberapa minit pengambilan dadah jenis heroin. Selain daripada itu, klien juga mengalami rasa loya (nausea) dan muntah, kesakitan otot-otot, lakrimasi dan rinorea, kepeluhan, insomnia dan adakalanya demam.
Penagihan Semula
Klien mengaku menagih semula dadah jenis heroin 2 hingga 3 kali seminggu. Alasan yang telah diberikan oleh klien untuk menagih semula adalah tekanan jiwa setelah ditinggalkan oleh isteri. Selain daripada tekanan hasil kegagalan hubungan dengan isteri, klien juga menerima tekanan dan pemulauan dalam keluarga. Krisis dalam keluarganya bukanlah kerana tiada kasih sayang tetapi oleh kerana ahli keluarga tidak memahami klien dan melihat klien sebagai anak dan abang kandung dan bukannya sebagai seorang pesakit.
.
Rumusan (Pembelajaran)
Kata-kata mutiara oleh Abbas Effendi (Parsi 1844 – 1921) yang berbunyi “WHERE THERE IS LOVE NOTHING IS TOO MUCH TROUBLE AND THERE IS ALWAYS TIME” adalah amat sesuai dan tepat bagi individu-individu yang berkecimpung dalam tugas pemulihan manusia. Dengan hanya berbekalkan cinta dan dedikasi terhadap tugas pemulihan ini, pelbagai keajaiban boleh dicipta melalui pemulihan pesakit-pesakit di Pusat Pemulihan Dadah dan secara umumnya semua penagih dadah.
Saya percaya semua usaha-usaha murni dan ikhlas saya selama hampir 3 bulan untuk memulihkan klien ini adalah satu kejayaan besar dalam sejarah hidup saya. Pada saat ini klien saya berada di tahap pemulihan awal dan beliau sangat berpotensi tinggi untuk meningkatkan tahap pemulihannya ke peringkat yang lebih tinggi dan selamat.
Saya menyeru kepada setiap insan yang melibatkan diri dalam ‘core business’ ini supaya memadamkan perkataan putus asa dan hilang kesabaran dari jiwa mereka kerana perkataan-perkataan ini merupakan musuh utama dalam bidang yang kita ceburi. Sebaliknya, mewarnai jiwa masing-masing dengan cinta dan dedikasi. Pengekalan dan kepuasan kita dalam arena khidmat masyarakat ini hanya akan terbukti apabila kita merealisasikan kedua-dua perkataan ini.
Doa Al-Ma' thurat

Ya Allah kurniakanlah lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusuk ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup yang jitu dan unggul, selamatkan kami dari merbahaya. Kami mohon kepadaMu ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa minta jasa orang lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami, serta sesiapa sahaja yang bersama kami. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan minta.Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad nabi yang mulia, kepada keluarga baginda dan para sahabat amnya.
Ramadhan Bulan Pemantapan
Apalagi, hadirnya Ramadhan, Tuhan menjanjikan keampunan dan kebebasan dari api neraka. Di pagi lebaran, muslimin dan mukminin, seakan seperti anak yang baru lahir (secara majazi) akan terhapus semua dosa-dosa. Jangan bikin dan tambahn dosa baru lagi ya.
Selamat Berpuasa, puasa lahir dan anggota tubuh, mulut, telinga dan semuanya dari salah sengaja dan tidak, semoga kita di upgrade ke puasa orang2 khawas.
Hafney di Bangi Lama
Penduduk sekitar Bangi Lama boleh datang ke surau, ceramah akan di adakan sejurus tamat terawikh 8 rakaat. Sebelumnya saya menyarankan agar Saudara Hafney dibawa ke kuliah subuh. Namun ada jamaah berpendapat, lebih baik pada malam, kerana anak-anak muda ramai yang hadir.
Kelebihan Berpuasa
Sebenarnya bagi orang-orang yang tahu, nilai dan kebaikan puasa itu memang banyak. Antara kebaikan-kebaikan puasa untuk kesihatan ialah:
1. Puasa memberi kesegaran kepada fizikal dan mental seseorang.
2. Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik dalam
darah manusia.
3. Puasa akan memberi kesegaran pada otot-otot dan akan membuat
anda sihat, segar dan bertenaga.
4. Puasa akan memeanjangkan umur anda.
5. Puasa akan membersihkan diri anda dari dosa.
6. Puasa akan membantu menghakiskan keracunan yang berada
dalam tubuh badan manusia.
7. Puasa akan memberi keseimbangan dalam darah.
8. Bila darah kita terlampau berasid, puasa dapat menurunkan PH dan
menyebabkan darah kembali alkali.
9. Puasa boleh menurunkan darah tinggi.
10.Puasa boleh menurunkan berat badan.
11.Puasa membersihkan segala kotoran dalam badan.
12.Puasa boleh mencerahkan pemandangan mata.
Ingatlah bahawa puasa akan memberi syafaat kepada kita pada Hari Perhitungan nanti.
Selamat Berpuasa
Tujuan Berpuasa Menurut Said Hawwa
Sayang tak kesampaian
Begitulah yang di alami Ahmad Hafifi Othman, apabila tidak sempat membawa pulang baju raya untuk keluarganya.
Kematian Hafifi menjadi kisah dan pengajaran kepada kita, betapa hidup ini cuma singkat sahaja, saya mengajak sidang pembaca, ayuh kita tetap konsisten beribadah, bahkan memperelok ibadah kita. mudah-mudahan pemergian kita nanti, ianya diterima oleh ALLAH.

Klik pada pada gambar dan save as untuk baca lebih lanjut
Respon Dari Cikgu Mus
Mungkin kita dapat bekerjasama ...
Semoga cepat ter-realisasinya impian tuan.
Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan Oleh Dr. Osman Nasir
Diriwayatkan Ahmad dari Abu Sa'id bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yng maksudnya:
"Bersahur itu adalah suatu keberkatan. Maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun dengan hanya meneguk air seteguk,kerana Allah dan para Malaikat berselawat atas
orang-orang yang bersahur."
Sunah bersahur ini membezakan puasa cara Islam dengan puasa agama dan bangsa lain di dunia ini. Diriwayatkan oleh Muslim dari Amer ibn 'Ash, bahawa Rasulullah sa..w bersabda yang bermaksud: "Yang menceraikan antara puasa kita dengan puasa Yahudi Nashara (ahli
kitab) ialah makan sahur."
Begitu kuat penekanan dari Rasulullah s.a.w kepada kita agar bersahur sehingga kalau rasa tidak boleh makan kerana kenyang atau lain-lain sebab cukuplah dengan hanya seteguk air.
Apa Fungsi Air kepada kita?
Penekanan tegas Nabi agar seteguk air pun baik untuk bersahur jika kita rasa tidak hendak makan menunjukkan bahawa kehadiran air dalam tubuh kita telah diketahui sangat pentingnya oleh Rasulullah s.a.w..Dan sains perubatan telah lama mencatitkan ini dalam buku-buku perubatan.
Air dan Fungsinya.
Air sangat penting kepada tubuh. Air boleh berfungsi sebagai pelarut dan juga sebagai 'pengakutan nutrien' tak organik. Air diperlukan dalam pembentukan struktur tisu seperti darah sempurna, otot dan tulang.
Minum Air waktu Sahur
Penyejatan air dari kulit dan penghembusan keluar air ke udara dari peparu penting untuk pengawal aturan suhu tubuh. Air memindahkan suhu dari satu bahagian tubuh kebahagian lain; di mana perpindahan air ini menstabilkan suhu tubuh. Tubuh menggunakan air untuk membolehkan buah pinggang berfungsi secara normal. Kebanyakan bahan kumuhan tubuh dikumuhkan melalui buah pinggang. Cecair tubuh menjadi medium (pengantara) untuk enzim dalam keadaan larut, hormon dan koenzim. Enzim ialah protein yang memulakan dan mencepatkan tindakbalas. Hormon ialah rembesan kelenjar yang bertindak sebagai pengutus kepada organ tubuh dengan merangsangkan beberapa proses kehidupan dan merencatkan yang lain. Koenzim ialah sebahagian enzim yang diperlukan untuk pengaktifan molekul protein untuk membentuk satu enzim yang sempurna. Air juga menolong menyelenggarakan imbangan elektrolit dan juga bertindak sebagai pelincir dalam pencernaan serta proses-proses lain dalam tubuh.
Air Liur
Air liur memudahkan pengunyahan dan penelanan. Kadar air liur sentiasa mesti cukup. Kadar pengaliran air liur yang rendah (kadar air liur rehat secara purata ialah 0.208 ml/minit, dapat meningkatkan kejadian karies (caries) kerana ia mengganggu pembuangan sisa-sisa
makanan kariogenik di dalam mulut. (karies -kebusukan dan luluhan bahan pada gigi).
Air liur yang dirembeskan dalam keadaan biasa sedikit sahaja mengandungi glukosa dan tidak ada sukrosa. Apabila makanan yang kaya dengan gula dimakan kepekatan gula dalam air
liur meningkat lebih daripada 1 mg/ml sehingga menghasilkan pH yang cukup rendah untuk memulakan pendemineralan gigi. Dengan itu, pengambilan makanan yang kaya dengan gula
dan kadar pengaliran air liur yang rendah membuatkan gula menjadi tersedia ada kepada
mikroorganisma dalam jangka masa yang panjang sehingga dapat menghasilkan asid yang cukup untuk membolehkan karies gigi berkembang.
Disinilah saranan Rasulullah s.a.w. agar kita berbuka dengan sedikit juadah manis seperti kurma adalah satu saranan yang baik untuk kesihatan tubuh sekaligus merupakan saranan yang saintifik.!
Minum Air Waktu Sahur
Memandangkan betapa pentingnya air dalam kehidupan manusia, tidaklah
hairan mengapa tanpa air dalam beberapa hari boleh menyebabkan maut.
Kita mungkin sudah terbaca berita bagaimana beberapa orang mangsa gempa
bumi di Turki baru-baru ini ditemui masih hidup walaupun sudah tertimbus
dalam tanah dan runtuhan bangunan lebih sepuluh hari - mereka itu masih hidup
kerana dapat minum air sedikit dari pengaliran dan titisan air hujan yang ada.
Malah di Taiwan mangsa gempa bumi yang ditemui masih hidup dalam keadaan yang sama menceritakan bagaimana mereka terpaksa minum air kencing sendiri selain dari tetesan air dalam bumi. Ini menunjukkan bahawa manusia boleh bertahan hidup tanpa makan tapi mesti ada air.
Dalam keadaan normal, sebanyak tiga liter air hilang daripada tubuh setiap hari. Sebahagiannya dikeluarkan sebagai air kencing, ada melalui kulit, paru-paru dan najis. Oleh itu, kira-kira tiga liter perlu diambil setiap hari untuk menggantikan apa yang telah dikumuhkan.
Sumber air adalah daripada minuman, hasil pengoksidaan makanan dan makanan basah. Air daripada pengoksidaan makanan dan bahan makanan basah dirujukkan sebagai air metabolik.
Minum Air Sihatkan Tubuh- Jauhkan Penyakit.
Kajian sains menunjukkan bahwa walaupun satu daripada sebab sesuatu penyakit dalam tubuh kita adalah kerana kehadiran kuman, bakteria dan lain-lain unsur luar. Tapi punca akar umbinya ialah kerana sistem perparitan dalam tubuh yakni sistem aliran darah dan lain-lain
sistem perkumuhan telah tersumbat dengan banyaknya bahan toksid dan lain-lain bahan kotor yang wujud kerana makan terlalu banyak sehingga tidak sempat dihazamkan; kurang minum air, kurang makan sayur dan buah-buahan.
Cara yang paling baik ialah minum air bersih setiap hari dan minum jus buah-buahan (buat sendiri di rumah untuk elakkan campuran bahan lain di kedai.) Meminum air yang banyak boleh menyebabkan sistem yang tersumbat dalam tubuh dibersihkan dan terkeluarnya bahan yang tidak diperlukan termasuk bahan toksid.
Orang yang puasa hendaklah banyak minum air ketika sahur dan berbuka. Kurangnya air dalam tubuh boleh menyebabkan dehaidrasi (dehyration) - kekeringan tubuh.
Maka itulah sebabnya agama Islam memastikan bahawa perintah puasa bersesuaian dengan SUNAH penciptaan manusia- hanya berpuasa dari Subuh hingga Maghrib. Ini sekaligus mengelakkan dari bahaya dehaidrasi dan lain-lain penyakit.
Inilah sebabnya kita disuruh berbuka dengan minum air dan makan bahan makanan manis sedikit. Dan inilah juga yang membezakan puasa umat Islam dengan puasa bangsa-bangsa lain.
Berpuasalah sebagaimana Nabi kita berpuasa: pasti kita selamat dan sihat
Pelbagai Cara Manusia Guna
Menghalakan murid ke SMU Arab
Saya tampil pada suatu hari untuk memberikan sedikit wejangan kepada murid khususnya tahun 6. Jika anda tidak tahu ke mana hendak tuju, cikgu syorkan pergilah ke sekolah agama arab. Disana kamu boleh belajar bahasa arab, sains, geografi, sejarah dan macam-macam. Malah bahasa Cina pun ada. Jika anda belajar bahasa arab, kamu akan lebih memahami agama, dan isi kandungan Al-Quran.
Lulusan dari sekolah agam diterima banyak universiti sekarang ini, antaranya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Univer. Islam Antarabangsa (UIA) dan lain-lain dalam dan luar negeri. Malah kamu boleh ke luar negeri.
Ada satu hadis Nabi bermakna : Barangsiapa yang membaca Al-Quran, kemudian menghafaznya, dia akan dimasukkan ke dalam syurga, dan dapat memberikan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, kesemuanya, yang mana mereka itu, telah diwajib masuk neraka". Lihatlah, orang yang ke sekolah agama, apalagi ke sekolah tahfiz, mereka ada masa depan yang cerah di akhirat, dapat menolong keluarga lagi.
Syukur, setelah membacakan hadis ini, ramai murid saya teruja, mereka datang dan bertanyakan macam mana nak ke sekolah agama itu cikgu. Nanti saya jawab, cikgu tolong carikan borang di internet kalau2 ada.
Di sini saya amat mengharapkan semua sekolah2 agama arab di belah utara dan timur, agar dapat meng-uploadkan borang kemasukan ke sekolah tuan seberapa segera untuk anak2 di Kuala Lumpur dan Selangor yang hauskan ilmu agama. Antara sekolah yang sangat mashyur di Malaysia ialah :
1. Madrasah al-Taufiqiah al-Khairiah al-Halimiah. ... (Kedah)
2. Maahad Muhammadi lelaki dan perempuan di KOta Bharu
3. Maahad Muhammadi (p) di Pasir Pekan, Kelantan
4. Madrasah Darul Anuar
5. Madrasah Tarbiah Mardhiah Panchor Kemumin
6. Maahad Tahfiz Sains Tulen Tanah Merah Kelantan
dan banyak lagi, saya telah menghubungi sekolah lama saya, minta ustaz tersebut agar memuatkan borang. Kepada pembaca semua, jika ada maklumat berkaitan sekolah agama arab, sila berikan respon segera.
Awalnya Rahmat, Pertengahannya Pengampunan
Tidak semua perkara yang benar itu logik
OK: “Kenapa kamu wudhuk?
OM: “Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut”
OK: ” Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM: “Ini arahan Tuhanku, aku taat saja”
OK: “Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali”
OM: “Kebenaran itu tidak semestinya logik”
OK: ” Apa buktinya?
OM: Yuk ikut aku
OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.
OK: Aduh tangan aku sakit…tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah…inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan….
Tidak semua perkara yang logik itu benar..
Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)
OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah…manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah….tdk terasa apa-apa….
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa…
OK: Ah…tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak
OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK. Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM.
Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR. Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.
PEROKOK REMAJA MELAHIR SUB-BUDAYA NEGATIF
Kesan dadah hari ini, banyak membawa kesan Ilusi. Ada yang sampai ke tahap membunuh bapa, ibu bahkan anak sendiri. Semuanya kerana Ilusi.
ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI
Tengah harinya pula berita meninggalnya Ustaz Asri Rabbani. Al-Fatihah buat mereka semua. Dan malam ini pula, berita pemergian anak Puan Afidah, guru tahun 6, yang baru melahirkan Khamis lepas. Al-Fatihah. Semoga bersabar pada yang masih ada. Kita juga akan ke sana...bersiap-siaplah semua dengan bekalan taqwa.
Wa tazawwaduu..
PLUG : ALAT PEMECAH CERMIN KERETA

Ketika berpraktikum selama 3 bulan di Pusat Serenti, saya bertanya-tanya penghuninya (ahli keluarga) akan kegiatan mereka diluar sebelum ini. Ramai yang terlibat dengan jenayah ragut, pecah kereta, curi Lap Top dan sebagainya. Biasanya mereka berdua, seorang menunggu di motor dan seorang melakukan operasi.
Bahan yang digunakan untuk memecahkan cermin kereta ialah plug motor, atau palam pencucuh, kata mereka dengan guna benda ini, cermin tak akan berbunyi semasa dia retak dan pecah berderai.
Ketika berceramah dimana-mana saya tidak mendedahkan hal ini, khuatir akan ditiru oleh anak-anak yang mendengar. Namun hari ini, TV3 melaporkan melalui Berita 1.30 bahawa ada sepasang suami isteri melakukan kegiatan memecah kereta menggunakan benda tersebut. Macam mana cara prosesnya saya diberitahu, namun tidaklah mahu saya siarkan dulu. Tunggu TV3 membongkar melalui 360 oleh Abang Mazidul Akmal Sidek.
POINT PALING BERGUNA UNTUK GURU
KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK
Saya menjemput beliau untuk berkongsi, sharing....sebenarnya 1 jam tak cukup baginya, kurang2 dua jam, susah katanya kena potong situ dan sini waktu ceramah. Banyak kena cut-cut.
Habis ceramah waktu kami nak ke kantin, 2 orang pelajar lelaki menegurnya.
Pelajar : Terima kasih abang (Hafney) atas ceramah tadi, ceramah abang telah mengubah persepsi saya selama ini.
Saya : Apa persepsi anda sebelumnya ?
Hafney : Terima Kasih
Pelajar : Tak, sepatutnya saya yang terima kasih pada abang.
Anda jangan lihat saya hari ini, kata Hafney, saya mungkin satu dalam sejuta, tetapi lihatlah betapa menderitanya saya hendak pulih dan kekalkan kepulihan, sekali anda cuba, tiada jalan keluar lagi, kecuali anda benar2 anak jantan.
Banyak kisah menarik beliau di buka hari ini, selama ini saya sendiri belum pernah dengar. Pn.Norzalifah sempat menyalin ceritanya dan ingin memaparkan dalam blog sedikit masa lagi.
Jubah Untuk Ibu
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
sambung
APA YANG KU CARI?
Oh, Dunia tak ubah laksana padang bola yang luas, semua manusia sedang beraksi rancak. Ada puluhan pemain yang sudah dikeluarkan. Ganti yang lain, yang masih muda, yang belum sakit. Menyambung permainan. Tiada permainan yang dimainkan secara terus-menerus, hingga bermingu-minggu dan bertahun-tahun lamanya, suatu ketika, pengadil membunyikan wiselnya, menandakan tamatnya sebuah permainan.
Dunia ini pun tak lama, suatu ketika nanti, wiselpun akan ditiup, semua manusia akan menghadapi saat kebangkitan. Oh, menang atau kalau adat dalam permainan. Begitulah dalam kehidupan ini, kita yang sedang bertarung dengan harta, anak, keluarga, sahabat dan karya, akan ada satu penanda, menang atau kalah. Yang menang akan menerima buku amalan dengan tangan kanan, yang tersungkur akan mengambilnya dari arah belakang.
Blog Norish77 Berubah Web
D.O.S.K.A.H
D : Depresen
Anda pernah makan ubat batuk ? Kodein yang terdpat didalamnya adalah sejenis dadah.
O : Opiat
Heroin, Morfin
S : Stimulan
Ekstasi, Eramin 5, Nonspan
K : Kanabis
Anda tahu ganja ? Ganja termasuk dalam dadah jenis ini.. Makan ganja, tubh jadi gemuk. Selera makan bertambah. Tidur banyak, mengantuk selalu, menguap dan mata berair.
A : Amfetemin Type Stimulan
Syabu
H : Halusinagen
LSD, dadah jenis ini amat merbahaya, pengguna boleh menjadi gila.
Stanges Of Change

1. Precontemplation
2. Contemplation
3. Action dan
4. Maintenance
1. Precontemplation
Tahap ini penagih tidak mahu berubah. Dia masih belum benar2 mahu berubah. Jika dia kata saya dah insaf dan mahu berubah, nampaknya dia berbohong dan masih lebh cenderung untuk meneruskan karya hinanya.
2. Contemplation
Tahap kedua, dia sudah mempunyai keinginan untuk berubah. Kesedaran / keinsafan sudah mulai timbul. Dia sedar, dadah selama ini telah membuat dirinya haru-biru, kacau-bilau, tak tentu arah, tidak tahu dimana rumah, dimana keluarga, dimana ibu ayah, adik beradik malah dimana Tuhannya. Dia mengaku secara jujur, kerana dirinya lah, dan bukan kerana orang lain dia terjebak didalam kancah penagihan, kalau pun ada disebab kan oleh orang lain, itu hanya faktor sampingan sahaja.
3. Action dan
Tahap ini, penagih sudah pun benar-2 ingin berubah, dan pulih, dan sedang dalam membina rancangan perubahan, atau lebih dikenali plan rancangan pemulihan klien. (RPK). Saya teringat Raja Petra Kamaruddin.
4. Maintenance
Tahap terakhir dimana sang penagih sudahpun memulakan langkah awal pemulihan ke atas dirinya, namun dia perlu mencari solusi untuk menjaganya (kepulihan) sehingga akhir hayat untuk menjamin kepulihan yang kekal terhadap dirinya.
Anda ada ahli keluarga yang menjadi penagih? Mari kita uji mereka dengan soalan2 tadi. Huraian lanjut boleh didapati di laman web ini.
Syarahan Nisfu Syaban
Tuan-tuan dan puan-puan yang berdekatan dijemput hadir bersama untuk mendapat ilmu dari kejadian tuhan ini.
KONVOKESYEN DI DUNIA
Perarakan pulang Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
USIM Terus Maju
Hadiah bunga dari En.Halim, Ketua Program SPADA
ddd
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
August
(38)
- Setengah Juta Balik Kampung
- Tidak Mengenal Siapa
- Hafney Abd Rahim di Bangi Lama
- Punca Penagihan : Sebuah Kajian
- Doa Al-Ma' thurat
- Ramadhan Bulan Pemantapan
- Hafney di Bangi Lama
- Kelebihan Berpuasa
- Tujuan Berpuasa Menurut Said Hawwa
- Sayang tak kesampaian
- Respon Dari Cikgu Mus
- Minum air waktu sahur dari perspektif perubatan Ol...
- Pelbagai Cara Manusia Guna
- Menghalakan murid ke SMU Arab
- Awalnya Rahmat, Pertengahannya Pengampunan
- Tidak semua perkara yang benar itu logik
- Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan
- PEROKOK REMAJA MELAHIR SUB-BUDAYA NEGATIF
- ALANGKAH SINGKATNYA HIDUP INI
- PLUG : ALAT PEMECAH CERMIN KERETA
- Derita Penghidap Aids
- POINT PALING BERGUNA UNTUK GURU
- KATAKAN TAK NAK PADA ROKOK
- test1
- Hidup dengan Kesusahan, Berakhir di Hujung Penantian
- Cadangan : H1N1
- Sarapan Ganja
- Jubah Untuk Ibu
- APA YANG KU CARI?
- Blog Norish77 Berubah Web
- D.O.S.K.A.H
- Stanges Of Change
- Syarahan Nisfu Syaban
- KONVOKESYEN DI DUNIA
- Perarakan pulang Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan
- USIM Terus Maju
- Konvokesyen ke 7 USIM
- KONVOKESYEN DI DUNIA
-
▼
August
(38)