Saturday, October 3, 2009
Lebaran ini

Gambar semasa menghadiri LADAP, di Impian Country Resort Hulu Langat
Menjadi kebiasaan warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya. Ada yang tidak pulang, bukan kerana tidak mahu pulang, tetapi oleh kerana anak ramai, tak cukup kereta, (menifestasi) sebenarnya tak cukup duit. Bagi yang anak ramai, tak cukup seribu kalau balik. Macam-macam nak dibeli dan diberi."Pulangnya Penagih"
Dalam keadaan itu, ada juga penagih yang dibenarkan pulang sementara ke kampung untuk beraya bersama keluarga. Biasanya Pusat serenti (PS) akan memberikan seorang shotgun kepada penagih yang diberi kepercayaan untuk pulang. Shotgun adalah istilah kawan rapat, yang akan sentiasa sama-sama mengawasi tingkah-laku kawannya, supaya tidak mendekati lorong-2 ke arah penagihan.Shotgun adalah ahli keluarga (istilah bagi mereka yang tinggal di PS) adalah orang yang sudah terpilih berdasarkan ciri-ciri tertentu yang telah diputuskan oleh kaunselor di pusat serenti.
Ada penagih yang dibenarkan pulang oleh keluarga, yang sedihnya ada penagih yang tidak dibenarkan pulang oleh keluarga, walaupun membawa shotgun, katanya, aku memang tidak percaya pada engkau lagi, engkau dan kawan enko tu, sama saja.
"Sambutlah kepulangannya"
Sebagai ahli keluarga, saya menasihati anda, sambutlah kepulangannya dengan baik dan bergembiralah akan kepulangannya. Katakan kita semua memang menunggu kepulangannya dan kehidupan anda sangat bergantung kepadanya. Anak-anak memerlukan belaian kasih-sayang ayahnya, malah kita bergantung kewangan padanya.
"Suara kecil dari Penagih"
Sebagai manusia yang telah jatuh dalam lubang penagihan sekian lama, hati kecilnya berkata "tolonglah bimbing dan nasihati daku". Namun sayangnya, kata penagih,ketika dia pulang ke rumah, dalam keadaan sudah baik, mendirikan sholat dengan baik, tiada siapa pun yang ingin mendekati dan menegurnya, apalagi menasihatinya.Ahli keluarga penagih, ber-anggapan tidak perlu tidak dia dan sedar dan insaf. Sebenarnya pandangan ini salah, namun awas, penagih jiwanya lembut, dia tidak suka dileteri, jangan menjadikan nasihat anda bertukar menjadi leteran yang menyakitkan telinganya.
(Rata-rata dari ujian Personaliti warna yang kami jalankan terhadap penagih, menyatakan bahawa mereka kebanyakkan dominan warna emas. Antara ciri2 warna emas ialah, bertanggungjawab).
(Rata-rata dari ujian Personaliti warna yang kami jalankan terhadap penagih, menyatakan bahawa mereka kebanyakkan dominan warna emas. Antara ciri2 warna emas ialah, bertanggungjawab).
Lama-kelamaan jiwanya semakin kosong. Akibat kekosongan itulah dia mula kembali mencari kawan lamanya. Tujuannya untuk mengisi kekosongan jiwa. Tidak disedari, dia mula jatuh kembali ke alam penagihan. Masa inilah katanya, baru ahli keluarga ingin menasihati dan menegurnya, baginya tiada guna lagi.
Waktu aku baik dulu, tiada siapa pun menegurku, kini waktu aku jatuh, baru semua bangkit marahkan daku.
Mungkin ahli keluarga berkata, buat apa nasihat, dah besar panjang, tahu memikir sendiri dah. inilah padahnya bagi mereka yang mempunyai persepsi sebegini. Saya jumpa juga pandangan sebegini dalam keluarga. Tidak mahu sang bapa menegur kesilapan anaknya, semata-mata kerana "mu dah besar panjang". Ya, fizikal mereka besar dan panjang, tetapi akal? Akal mereka masih pendek.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
October
(52)
- Convert Video FLV
- Bersiap Untuk 2010
- Dah suntuk Masa
- Punca Slaid Tidak Keluar
- Kisah Cinta?
- Download siaran TV3
- Remaja Harapan Negara
- Psediaan Awal UPSR di SK Rinching Hilir
- Cara Buka FTP
- Bertemu di L4
- Hanya 45 Saat
- PERINGATAN
- Pelajari Cara Muat Turun "Download"
- Program terdekat
- Kenangan di ICR
- Wau...dah Besar Anak Acu
- Kem Kepimpinan Calon Pengawas
- Mohandas Karamchand Mahatma Gandhi
- Macam Mana nak Download Nih
- Apa Nak Buat
- Bila Iman Berkurang
- Semoga Sdr Hafney Redha ...
- Taklimat Penghantaran Borang L4
- Runtuhnya Keangkuhan Manusia
- Pernah Anda Bayangkan?
- Manual Proses Kerja e-Pelaporan
- E-Pelaporan dan E-Pemantauan
- Kesihatan Mental
- Sukaneka di SK Bangi 2009
- Panduan Download Video dari Youtube
- Nik Aziz mahu nama Inggeris ditukar ke bahasa Melayu
- Aku Masih Begini
- Ke Maqam Ahli Syurga
- Beginikah Kiamat?
- Dunia Masih Bernyawa
- Kejayaan Luar Biasa
- Tsunami Mengheret Kapal 2KM
- Peranan Tahap Kefahaman Agama Terhadap Penyalahgun...
- Satu Lesen Untuk Satu PC
- Bagaimana L4 Berfungsi
- Mesej dari seorang kawan
- Guru Saya di Aceh
- Muat Turun Borang L4
- En.Rahim sedang memberi taklimat awal Berikut adal...
- MITC Ancasa 3 Hari
- Mayat Tak Reput
- Bapak Kembali ke Alam Barzakh
- Berkampung di Ayer Keroh
- Tiada Sedar Ianya Berlaku
- Lebaran ini
- Tangisan Padang
- Takziah Buat Jiran Kita
-
▼
October
(52)
0 comments:
Post a Comment