Friday, October 9, 2009

Peranan Tahap Kefahaman Agama Terhadap Penyalahgunaan Dadah

Oleh : Ojaloli

Latar Belakang Pelatih

Emy (bukan nama sebenar) berumur 34 tahun merupakan anak pertama dalam keluarga berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Emy adalah seorang perempuan berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kajian ini dilakukan di Pusat Serenti (Wanita) Bachok, Kelantan pada 2 Ogos 2009 jam 11.30 pagi.

Mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah ketika berusia 18 tahun iaitu pada tahun 1994. Pada peringkat awal, Emy hanya menagih dadah jenis ganja sebelum beralih kepada dadah jenis heroin dan syabu. Pada tahun 2000, Emy telah dimasukkan ke Pusat Serenti Kemumin, Kelantan setelah disahkan positif ujian dadah. Semenjak tahun 2000 sehingga kini, Emy telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan sebanyak lima kali iaitu dua kali di Pusat Serenti Kemumin dan tiga kali di Pusat Serenti Bachok.

Kesempitan hidup keluarga menghalang Emy daripada meneruskan persekolahan. Emy hanya sempat bersekolah sehingga ke tingkatan satu. Pada usianya 23 tahun, Emy telah berkahwin dan mendapat dua orang anak. Kini telah bercerai dan bekas suaminya juga seorang penagih. Anak-anak Emy tinggal bersama ibunya.

Latar Belakang Psikososial

Bapa Emy seorang pemabuk, sering memukul ibunya sejak Emy kecil lagi. Bapa Emy tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sering ketiadaan wang. Sikap pemabuk bapanya memburukkan keadaan keluarga kerana bapa Emy sering memukul ibunya untuk mendapat duit bagi membeli arak. Bapa Emy meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya kerana memandu motor sikal ketika mabuk. Pada waktu itu Emy berumur 13 tahun.

klik sambung
an di sini

Ulasan : Satu Tulisan Yang Sangat Bagus, bahkan saya berani memberikan bintang 5 kepada Ojaloli, gaya bahasa dan corak penyampaian yang amat baik. Sesungguhnya tulisan Ojaloli ini mampu memberikan input yang sangat berguna kepada motivator , guru-guru, ustaz-ustazah di seluruh dunia. Saya berharap agar pembaca dapat memanjangkan lagi tulisan ini ke dalam blog tuan-tuan dan kawan-kawan yang lain. Semoga penulis diberikan rahmat oleh Tuhan yang Maha Esa.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.

Blog Archive