Sunday, September 27, 2009

Janji Allah

Sesungguhnya kamu datang dari tanah, dan akan kembali kepada tanah

Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali

27 September 2009. Pak Lah, itulah nama gelaran yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Bangi lama, khususnya di Masjid Bangi dan Surau Batu 6. Semalam adalah hari terakhir beliau bernafas dimuka bumi ini, jam 2.30 petang bertempat di HUKM tingkat satu, jasadnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Pelawat sentiasa ada
Kaum muslimin dan kerabat terdekat diberi peluang menatap wajahnya terakhir kali

Penulis sempat menziarahinya ketika beliau terlantar di Hospital bulan Ramadhan baru-baru ini. Di akhir pertemuan, beliau meminta tolong doakan saya selepas sembahyang, supaya dapat ke surau menunai sholat berjamaah lagi.
Pelawat terdiri dari sanak-saudara dan warga Taman Bangi Indah menziarahinya Mayat dibawa ke Masjid Karyah Bangi selepas Asar, para jamaah sempat membacakan tahlil sebelum disholat mayat sementara menunggu ketibaan Tuan Guru dari Lenggeng bagi mengimamkan sholat jenazah ke atas beliau. Beliau yang juga Imam, Bilal dan Makmun di masjid dan surau, adalah mantan Tentera di Tanah Melayu. Jenazah beliau disemadikan dengan aman di Tanah Perkuburan Bangi Lama, selepas sholat Isya' pada hari yang sama.

Sesungguhnya janji Allah, tiada yang kekal di atas kehidupan ini, melainkan Dia jua. semuanya akan kembali mengadapNya dalam keadaan bagaimana sekalipun hidup didunia ini. Artis, ulama, profesional mahupun yang miskin melarat, tetap akan menemui kematian. Al-FATIHAH

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.