Friday, September 25, 2009

Orang Islam mana boleh masuk Syurga

Tergaman dan terkejut juga jamaah surau, apabila kuliah subuh pagi itu mengatakan orang Islam tidak boleh masuk syurga. Yang sedang hampir terlena pun ikut terkezut, malah merekalah yang lantas mengangkat kepala. Cuba mendengar betul-betul apa yang terdengar tadi.

Ya, manusia ni, kalau setakat jadi orang Islam belum tentu dapat masuk syurga. Kerana tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyebut orang Islam berada di syurga dengan kenikmatan sekian-sekian. Yang ada dalam Al-Quran ialah orang muttaqin. Sebagaimana tercatat dalam surah An-Naba'.

"
Sesungguhnya untuk orang2 muttaqin berada di tempat yang bahagia, beberapa kebun dan batang anggur, dan beberapa anak perawan yang sama umurnya, dan beberapa mangkuk yang penuh berisi, tidak pernah mereka mendengar dalam syurga itu perkataan percuma (sia-sia) dan tidak juga perkataan dusta
" Demikian tercatat dalam tafsir Juzuk Amma.

Upgrade dan Update Diri

Oleh sebab itulah, penceramah mengajak hadirin untuk sama-sama meningkat naik ke taraf Mukmin dan Muttaqin. Kalau setakat orang Islam, belum ada jaminan. Sebab nak jadi Islam tu mudah sangat, hanya mengucap 2 kalimat syahadah, walau jarang-jarang sembahyang. Apakah pegawai kerajaan macam nurse, guru dan kerani macam tu akan masuk syurga? Jangan harap. Sebab keluasan syurga antara langit dan bumi itu hanya untuk orang2 yang bertakwa. Takwa maknanya takut.Orang yang takut menunjukkan reaksi sebagai menifestasi takutnya melalui menunai perintah dan menjauhi laranganNya.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.