Tuesday, September 1, 2009

Penghayatan Makna Tujuan Berpuasa



"Wahai orang-orang yang beriman, telah ditulis ke atas kamu (kewajiban) berpuasa, sebagaimana orang-orang (umat) sebelum kamu, mudah-mudahan dengan puasa itu, kamu menjadi manusia yang bertaqwa" Al-Baqarah - 183

Dalam ayat di atas berbunyi telah ditulis membawa makna wajib, sebagaimana kita parking kereta salah tempat, tiba-tiba datang polis dan menulis surat saman, ketika kita tiba, polis tersebut sedang meletakkan surat itu pada cermin kereta kita, encik, encik, maaf cik...hmmmm kata dia, dah tulis.

Dalam Agama yang mulia ini, Allah Taala mewajibkan kita berpuasa lantaran banyaknya manfaat dari aspek kesihatan, bahkan beberapa hari lepas, dalam Metro melaporkan para Doktor di India meminta masyarakat agar mengamalkan amalan berpuasa.

Manfaat Puasa Pada Muslim

Dihujung ayat 183 ini, tuhan menyatakan tujuanatau maksud dari berpuasa ialah taqwa, kerana taqwa adalah tiket untuk ke syurga. Segala timbunan harta di dunia dan anak-anak tidak lagi bermanfaat di sana nanti. Firman Tuhan, "Hari (akhirat) ialah hari yang tiada guna lagi harta dan anak-anak, kecuali orang2 yang pulang mengadap Tuhannya dalam keadaan Qalbun Salim "

Bagaimana Puasa Mengantar Muslim Menjadi Bertaqwa

Ayat 17 didalam surah Imran menjelaskan, "Orang2 yang sabar, yang benar, yang tetap didalam ketaatan, yang menafkahkan sedikit harta mereka dan orang2 yang bangun minta ampun diwaktu sahur"

1. Sabar

Sabar ketika berpuasa hendaklah berterusan sehingga puasa akan datang. Sabar terhadap menurut keinginan hawa nafsu melulu. Sabar ketika miskin, sabar jugak ketika anda kaya, ingatlah hidup ini penuh dugaan. Semua nya menguji diri anda.

2. Benar ( Sidiq)

Orang-2 yang berpuasa hendaklah jujur berpuasa, jangan curi-2 makan, jujur perkataannya, jujur tingkahlakunya, jangan sesekali mencuri. Jujur dalam berniaga, jujur dalam semua hal dan bidang.

3. Qonitin. (continue dalam ketaatan)

Ketaatan anda hendaklah berterusan, dari pagi sampai malam, dari buka mata hingga tutup kembali, dari muda hingga tua, dari anda mengenal hidayah, hinggalah meninggal dunia. Ini semua adalah perjuangan, menjaganya bukan mudah. Perlu kekuatan batin dan sokongan dari luar. Anda perlu cipta suasana yang mengantar anda ke arah sukakan ibadah. Rumah tangga yang harmoni, semua ahli keluarga beribadah bersama-sama. "Iyyaa ka na'budu wa iyyaakanasta iin " Bentuklah dengan mencari pasangan hidup yang sama-sama sukakan Tuhan, cinta dan merindukan pertemuan dengan Tuhan.

Jika isteri anda seorang yang suka berhias, malas sembahyang, malang bagi anda, dia memperlambatkan langkah anda menuju syurga. Anda perlu berfikir panjang dalam hal ini dan buatlah keputusan lagi, demi kebahagian diri anda akhirat kelak.

4. Meng infaqkan Harta

Dalam dunia ini, Tuhan mencipta berpasang-pasangan, ada miskin, pasangannya kaya, sakit sihat, susah senang, maka kemiskinan tidak boleh dihapus dari muka bumi ini, adapun mengurangkannya boleh. Ada manusia yang miskin, lantas dia terpaksa meminta-minta, dan ada yang masakin, (miskin) namun tidak mahu meminta-minta "Lis saa ilin wal mahrum". Kewajipan yang "berada", adalah membantu yang kurang, walau tidak diminta.

5. Mustaghfirin Bil Ashar (Mohon ampun di waktu sahur)

Orang yang berpuasa, sebagai pelengkap kepada puasa, agar benar2 mantap dan terlepas dari dosa, lalu dari azab kubur dan neraka. Mohon maaf lah kesalahan lampau kita dengan Tuhan. Tuhan tahu kita banyak dosa dan kesalahan, dan Tuhan tahu kita tidak ada masa sangat, maka waktu sahur adalah time yang paling hening, saat dinihari, semua manusia sedang enak dibuai mimpi.

Demikian 5 aspek penting yang menyempurnakan puasa seorang hamba, sehingga pada pagi raya Tuhan mengatakan, mereka seolah bayi yang baru lahir. Makna nya suci dan bersih dari dosa. Ya bukan disebabkan berlapar sahaja, malah ada lagi amalan lagi, yakni bersabar dibulan Ramadhan menahan lapar dan dahaga, berperangai baik, mengerjakan solat terawikh pada malamnya, dan menjauhi lagha. Maka complete lah puasa seorang hamba dengan 5 elemen di atas.

Manakala pada hujung malamnya, mereka bangun meminta ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa mereka. Tuan-tuan, tuhan tahu kita banyak dosa, dan tuhan juga tahu kita sangat miskin waktu untuk bersamaNya, lantaran itu, tuhan menunjukkan kita satu masa yang sangat baik untuk memohon ampun, sebelum jasad kita berpisah dengan nyawa, iaitu waktu sahur, makanya bangunlah untuk bermunajat.

Jika waktu inipun kita kepepet, tidak sempat lantaran enak tidur di tilam 15 inci yang lembut lagi gebu, maka tiadalah lagi saat yang paling baik untuk anda. Dari itu, tanyalah diri.... buatlah keputusan, dan ambillah tindakan.

1 comments:

Putra Al-Maliki said...

Info yg menarik.. Selamat berpuasa Hisham.. =)

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.