Saturday, January 31, 2009
Encounter Kendali Perasaan Marah
Penagih yang ingin berhenti dari penagihan, tetapi tidak berdaya berhenti kerana faktor persekitaran, mereka akan serah diri untuk dipulih, AADK akan hantar mereka ke sini selama setahun. Penagih yang ada disini adalah ingin berhenti secara sukarela. Ada yang datang sendiri dan ada yang di saran oleh ahli keluarga.
Namanya pusat serenti sukarela, mungkin anda terbayang ianya bebas dan longgar, oh tak begitu kawan, sungguhpun sukarela, ianya padat dengan program. Mereka bangun jam 5 .30 pagi dan tidur jam 11.00 malam. Salah satu program ialah Encounter. Pada hari tertentu bekas penagih ini akan duduk dalam satu bulatan besar. di atas kerusi sekitar 20 orang. Seorang pemimpin kelompok ini akan menjadi ketua atau fasi.
Tujuan
Program ini adalah program melepaskan geram, marah dan dendam antara sesama mereka. Sebelum hari tersebut, jika ada penghuni pusat serenti ini, (merekadipanggil ahli keluarga ) akan menulis nama orang yang dia nak marah pada satu buku tertentu. Orang lain tak boleh baca. Kemarahan ini tidak boleh dilepaskan ketika ia sedang marah, hanya hari ini sahaja mereka boleh marah dan meluahkan segala-galanya. Hebat tak penagih?
Caranya
Fasi akan mengatur ahli keluarga yang tersangatnya nak marah agar duduk setentang dengan ahli keluarga yang ingin dimarah dan sumpah seranah itu. Setelah semua bersedia, fasi akan menerangkan peraturan, tidak boleh kata-kata terlalu kesat, hanya mulut sahaja, tiada tindakan fizikal. Maka program pun dimulakan, ahli keluarga yang selama ini sarat dendam akan meluahkan perasaan mereka dengan suara yang kuat sambil menunjuk dengan jari orang yang dimaksudkan, engkau tu dah la bodoh, sombong, datang sini kau nak apa hah? Tak payah egolah, aku pun macam kau, penagih jugak, kau ingat kau baik sangat ke, bla bla, dengan urat semerih keluar di leher dan berpeluh-peluh. Kemarahan akan diluahkan sehabis-habisnya. Ketika ini, orang yang dimarah terpaksa berdiam tanpa sepatah kata pun. Ia hanya mendengar sahaja. Sedang rakan yang lain memerhatikan mereka berdua ini. Yang satu dikutuk dan satu mengutuk. Saya terfikir, kalau guru-guru dimarah macam ni depan orang ramai, hai....sanggup ke tidaknya?
Manfaatnya
Program ini bertujuan menukar sikap penagih dadah yang sebelum ini mereka ;
1. Tak pernah terima teguran dan nasihat orang lain, tak peduli pun cakap mak bapak, adik-beradik dan siapa pun yang berlawan dengan idealisme mereka. Hari ini mereka mendengar dengan teliti setiap teguran dan marah tersebut, serta memerhatikan dirinya, oh aku dah tersilap tak hormat dia, memang betul aku bersalah.
2. Bersabar menahan marah. Penagih biasanya akan melampiaskan kemarahan mereka tanpa berfikir panjang. Di sini, mereka terpaksa menahan marahnya, hingga hari yang dibolehkan. Akhirnya penagih berjaya mengawal emosi mereka.
3. Meluahkan perasaan, biasanya penagih tidak meluahkan perasaannya, mereka pendam dan pendam, yang mana akhirnya meletup. Di sini mereka di ajar bercakap kuat, katakan TIDAAAK!!, belajar bercakap yang SALAH itu tetap SALAH. yang mana selama ini mereka hanya terima saja ajakan kawan mereka walaupun itu tak baik.
4. Orang yang kena marah terpaksa menahan amarahnya, ia belajar sabar dan sabar, mendengar kemarahan orang yang sedang meluap-luap. Akhirnya ia akan mengaku salah dirinya dan jika ia memang tak bersalah ia akan bela diri dan menerima kata-kata orang lain walau tak betul hakikatnya, kerana itu adalah pandangan orang lain.Nak buat macam mana kan?
Begitulah seterusnya, habis sorang, sorang lagi, habis sorang, sorang lagi. Ops sebelum masuk kepada orang yang kedua, fasi akan bertanya kepada yang kena marah betul ke apa yang dikatakan tadi? Ya...kalau ya, dia kena mengaku salahnya walau dengan berat hati, ... akhir sekali fasi meminta orang yang kena marah agar berubah sikap.
Friday, January 30, 2009
Terimalah taubatku
Ilahi Lastu Lil Firdausi, Ahlan wala Aqwa 'Alan Naaril Jahim..Fahabli taubatan waghfir Zunuubii, Fa innaka Ghafiru Zanbil 'Aziemi.
Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, namun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani.
Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.
Tuhanku, dengan amalku yang sedikit dan umurku yang singkat ini, aku Tak layak, masuk syurgaMU, namun tidak pula aku sanggup menghadapi api neraka-Mu. Ampunkanlah dosa-dosaku yang tinggi melangit, dan terima lah taubatku, sesungguhnya, Engkau lah Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani.
Kami disini, tiada lagi keluarga, ibu ayah dan adik abang, tiada siapa lagi yang sanggup menerimaku, sebiji nasi pun ibu kami tak sanggup berikan, Justeru Ya Allah, hanya padaMu tempat kami mengadu, andai daku mati di sini, dalam keadaan berlumuran dosa, nescaya termasuklah daku orang yang sangat rugi dunia dan akhirat.
4 Tanda-tanda Manusia Celaka
Menurut sebuah kitab, dan hal ini di pelajari kembali ketika saya menuntut ILMU di Aceh dahulu, Ada 4 tanda-tanda manusia yang berada didalam kecelakaan.
1. Lupa dosa-dosanya yang lalu, padahal ianya di sisi Allah terjaga
2. Mengingati dan menyebut-nyebut akan kebaikan dirinya, padahal ianya belum tentu diterima Allah atau ditolak.
3. Melihat orang yang berada di atasnya, dari aspek dunia.
4. Dan melihat orang yang berada di bawahnya, dari aspek agama
Berkata Tuhan, Aku inginkan dirinya, tetapi tiadapun akan dia berkehendak pada Ku.
1. Lupa dosa-dosanya yang lalu, padahal ianya di sisi Allah terjaga
2. Mengingati dan menyebut-nyebut akan kebaikan dirinya, padahal ianya belum tentu diterima Allah atau ditolak.
3. Melihat orang yang berada di atasnya, dari aspek dunia.
4. Dan melihat orang yang berada di bawahnya, dari aspek agama
Berkata Tuhan, Aku inginkan dirinya, tetapi tiadapun akan dia berkehendak pada Ku.
Wednesday, January 28, 2009
Tiga Tingkat Manusia
Dalam beramal, terdapat tiga tingkat manusia. Di mana anda sekarang?
1. Al-Ibad
2. Al-Muridin
3.Al-Arifin
1. Al-Ibad
2. Al-Muridin
3.Al-Arifin
Ibad, beribadat seperti solat, puasa dan lain-lain demi mendapatkan pahala, menjauhkan dari segala larangan supaya dapat Syurga, dan ia juga memohon agar diselamatkan Tuhan melalui ibadat tadi dari bermacam mala petaka dunia dan akhirat.
Muridin, Beramal dengan tujuan supaya dekat atau sampai kepada Allah. Orang seperti ini beramal dengan maksud terbuka hijab yang menutupi hati mereka.Dan tiadalah amal mereka itu dengan niat seperti golongan yang pertama tadi.
Manakala Arifin, tiada maksud seperti di atas, dirinya hanyut dengan cinta kepada Tuhannya, suka kepada banyaknya beramal, dan tiada pula kesusahan baginya.
Nabi sendiri pernah bersabda, (Al-mautu raahatul lilmukmin) kematian adalah rehat bagi orang-orang mukmin, orang yang capet beribadah kepada Tuhannya, menghambakan diri sepenuh jiwa raganya semasa hidup, kematian adalah satu bonus dan kerehatan abadi bagi dirinya.
Sebaliknya pula, manusia tingkat ahli dunia, setelah berpenat di dunia dengan pelbagai urusan, akhirnya kematian adalah penambahan dari kesusahan di dunia, Anda pilih, mana mahumu. Jalan masih panjang, ruang dan peluang untuk mengubah nasib masih terbuka luas. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasih seseorang manusia, sehingga dia sendiri yang bangun untuk mengubah nasib dirinya. BERJUANGLAH.
Muridin, Beramal dengan tujuan supaya dekat atau sampai kepada Allah. Orang seperti ini beramal dengan maksud terbuka hijab yang menutupi hati mereka.Dan tiadalah amal mereka itu dengan niat seperti golongan yang pertama tadi.
Manakala Arifin, tiada maksud seperti di atas, dirinya hanyut dengan cinta kepada Tuhannya, suka kepada banyaknya beramal, dan tiada pula kesusahan baginya.
Nabi sendiri pernah bersabda, (Al-mautu raahatul lilmukmin) kematian adalah rehat bagi orang-orang mukmin, orang yang capet beribadah kepada Tuhannya, menghambakan diri sepenuh jiwa raganya semasa hidup, kematian adalah satu bonus dan kerehatan abadi bagi dirinya.
Sebaliknya pula, manusia tingkat ahli dunia, setelah berpenat di dunia dengan pelbagai urusan, akhirnya kematian adalah penambahan dari kesusahan di dunia, Anda pilih, mana mahumu. Jalan masih panjang, ruang dan peluang untuk mengubah nasib masih terbuka luas. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasih seseorang manusia, sehingga dia sendiri yang bangun untuk mengubah nasib dirinya. BERJUANGLAH.
Dalam Rela Ada Paksaan
HARI ini adalah hari pertama saya dan sahabat, melaporkan diri secara rasmi sebagai pelajar
praktikum di PERSADA, Sungai Besi. Majlis waktu pagi dimulai dengan perhimpunan, kemudian morning meeting. Kami diminta memperkenalkan diri.
Esok, En.Hayazi, Ketua Kaunselor akan memberikan 3 kes seorang untuk kami kendalikan. Pagi setelah perhimpunan, menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu PERSADA, kami kembali ke pejabat, memasuki Morning Meeting buat kali pertama, Timbalan Komandan, Encik Azizi memberi laluan kepada saya dan Wan Mohd Anuar WMA memperkenalkan diri.
Bersama saya, ada mahasiswa S1 daru USIM, 3 dari UMT Terengganu.
Program Terapi Agama pula kepada penghuni baru yang baru datang bulan ke bawah. Pak guru sedang menyampaikan bersuci menggunakan air, jenis-jenis air. Kami perhatikan gelagat penghuni dari belakang. Besok sambung lagi sesi pembelajaran kami.
Tuesday, January 27, 2009
Selamat Hari PerSahabatan Sedunia

Malam ni ramai kawan yang ngirim sms mengucapkan Selamat Hari Sahabat. Mana yang belum saya reply, terimalah, ucapan Hari Sahabat. Sesungguhnya kita diminta mencari seramai mungkin sahabat, walau sejuta, kerna sejuta belum banyak, dan jauhi lah musuh, walau hanya satu, kerna satu (orang musuh) sudah terlalu banyak (bagimu).
Ada manusia di Padang Mahsyar besok duduk keseorangan, lalu Malaikat datang dan menegurnya, kenapa engkau masih di sini, jawabnya, aku tak punya kawan yang bisa menolongku.
Monday, January 26, 2009
Terlupa
Ada permintaan untuk saya naik mimbar, lama jugak tak berada disitu, tapi terlupa, apabila masuk sesi praktikum, hari Jumaat pun saya masih berada di Sungai Besi, lainlah kalau dapat cuti.
Namun saya berusaha untuk menyiapkan satu teks khutbah Jumaat menyangkut peranan masyarakat sivil dalam memerangi dadah di peringkat kampung. Juga peranan PEMIMPIN Masyarakat, saya sedar selama ini mereka (pemimpin) tak tahu nak buat apa dengan masalah ini.
Bila kami berikan garis panduan tempoh hari kepada sebilangan peserta pemimpin masyarakat dari Ampang Jaya, baru mereka terbuka dan nampak. Ada jalannya, ada peranan mereka dan solusinya.


Sunday, January 25, 2009
Bermacamnya di negara orang

Saturday, January 24, 2009
Putar-putar Hidup

Friday, January 23, 2009
Ho Chi Minh,Vietnam 2009

masak hamba dapat pergi nun jauh ke Ho Chi Minh,
kalau tidak kerana inginnya Allah Taala
masak hamba masih ada disini.
Duhai Tuhan Yang Maha Esa,
Dunia ini sementara dan tiada kekal buatku
tujuan hidupku bukan disini
destinasiku bersamaMu di sana nanti,
Sementara ranjau dan onak dalam beramal terlalunya banyak
kekadang terlepas, kekadang terpaksa,
letak hambaMu dalam lingkungan orang yang beramal
yang cinta dan rindunya hanya padaMu
Thursday, January 22, 2009
Calendar Desktop Terbaik

Kalau terlupa lain kali nak download, anda boleh taip "download desktop calendar" pada sistem carian Google.
Nak Cepat Tapi Kehilangan
Semalam saya cuba membeli satu CD Windows Home Original kat Plaza Imbi. Seumur hidup ini baru mengguna perisian yang ori. hehe. Selama ini copy mengkopi dari member lanun. Sudah beberapa minggu penampilan desktop saya tidak menarik, kerana di detect oleh pihak windows melalui internet bahawa saya menggunakan perisian yang tidak genuine. Akibatnya window media player tidak dapat berfungsi.
Bila pulang, saya pindahkan semua gambar-gambar sepanjang 2008 ke Drive D. Termasuklah foto ke Sabah dan Vietnam. Sudah complete proses pemindahan hampir setengah jam. Saya mula restart balik komputer dan masuk ke DOS.
Sambil meng-install windows baru, sambil cuci keyboard yang banyak debu, sempat ambil vacum. Tengah-tengah vacum , mati pulak komputernya, entah tertekan butang yang mana. Terpaksa di ulang install. Sesudah windows menyalinkan dirinya dalam hard disk, saya restart kembali dan mula masuk ke Windows. Satu-satu perkakasan yang hilang di install semula. DVD, sound, VGA, dan sebagainya. Dan akhir sekali dekstop Calendar dari Google.
Tiba-tiba ternampak satu perkakasan di install dalam drive D. Ek...kenapa dia masuk ke D? Bukankah tadi saya format drive C? Hati tak senang. Open my Computer. Open drive D. Memang betul pun windows ini masuk ke D. La....nape gitu pulak ye. Dan.....habis;lh semua foto-foto yang dipindah tadi.
Sedangkan foto yang berada dalam my pictures kat drive C tak pun hilang.eemmm....nasib-nasib. Habislah semua data sekolah yang saya simpan selama ini dalam Drive D yang saya namakan Sekolah.
Nasib baik je ada lagi foto Vietnam dan Sabah dalam Laptop. Semua yang lain hilang, kecuali mana-mana yang dah masuk ke Blog saja yang tinggal.
Tuesday, January 20, 2009
Kenangan Indah di Dunia
Monday, January 19, 2009
ANTENA dan PARABOLA
Parabola
Tetapi di Vietnam, kita tak dapat melihat parabola. Setakat antena tu adalah, tapi tak pun semarak macam di Medan.Parabola kita boleh hala tang mana, dapatkan satelit mana-mana, Francis ke, atau Thailand ke, semua cerita ada. 24 jam jugak ada. Minda rakyat boleh rosak akibat anasir luar.
Bersama Aman
Beginilah mereka...
Sunday, January 18, 2009
Sepagi Cau Dai Temple, Veitnam
Subscribe to:
Posts (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
January
(38)
- Encounter Kendali Perasaan Marah
- Terimalah taubatku
- 4 Tanda-tanda Manusia Celaka
- Tiga Tingkat Manusia
- Dalam Rela Ada Paksaan
- Selamat Hari PerSahabatan Sedunia
- Terlupa
- Bermacamnya di negara orang
- Putar-putar Hidup
- Ho Chi Minh,Vietnam 2009
- Calendar Desktop Terbaik
- Nak Cepat Tapi Kehilangan
- Kenangan Indah di Dunia
- ANTENA dan PARABOLA
- Bersama Aman
- Beginilah mereka...
- No title
- Lawatan ke Universiti Farmasi Vietnam
- Sepagi Cau Dai Temple, Veitnam
- Sepagi di PPD Gombak
- Kesibukan di Vietnam
- Lawatan ke Pulau Phoenix
- Selamat Hari Lahir
- Memori ke HCMC. Vietnam
- Phoenix Island
- Minoritas Moslim di Vietnam
- Menjadi Tamu Konsul
- PHOENIX ISLAND AND COU DAI TAMPLE
- Restauran Singapore and Shamsuddin
- Hasan Basri dari 62 Orang Wali
- Dah Pukul Berapa Encik?
- Bukan Ku Pinta Lahir Begini
- Kenangan 2007
- Selamat Pengantin Baru Ustaz Suzrie
- Dakwah Billisan Wal Tulisan
- Mencari Turning Point Dalam Kehidupan Seorang Penagih
- Sehari di SKB
- Dalam Kepayahan Ada Kerumitan
-
▼
January
(38)