Thursday, January 22, 2009

Nak Cepat Tapi Kehilangan

Terima kasih pada pengunjung yang masih setia mengunjungi laman blog saya. Walaupun beberapa hari tidak dapat menyajikan cerita dan berita yang menarik. Saya ada satu pengalaman hari ini. Komputer peribadi saya mempunyai drive C,D,E,F dan G. Tidak termasuk A untuk Floppy Disk dan 2 DVD Player serta burner.

Semalam saya cuba membeli satu CD Windows Home Original kat Plaza Imbi. Seumur hidup ini baru mengguna perisian yang ori. hehe. Selama ini copy mengkopi dari member lanun. Sudah beberapa minggu penampilan desktop saya tidak menarik, kerana di detect oleh pihak windows melalui internet bahawa saya menggunakan perisian yang tidak genuine. Akibatnya window media player tidak dapat berfungsi.

Bila pulang, saya pindahkan semua gambar-gambar sepanjang 2008 ke Drive D. Termasuklah foto ke Sabah dan Vietnam. Sudah complete proses pemindahan hampir setengah jam. Saya mula restart balik komputer dan masuk ke DOS.

Sambil meng-install windows baru, sambil cuci keyboard yang banyak debu, sempat ambil vacum. Tengah-tengah vacum , mati pulak komputernya, entah tertekan butang yang mana. Terpaksa di ulang install. Sesudah windows menyalinkan dirinya dalam hard disk, saya restart kembali dan mula masuk ke Windows. Satu-satu perkakasan yang hilang di install semula. DVD, sound, VGA, dan sebagainya. Dan akhir sekali dekstop Calendar dari Google.

Tiba-tiba ternampak satu perkakasan di install dalam drive D. Ek...kenapa dia masuk ke D? Bukankah tadi saya format drive C? Hati tak senang. Open my Computer. Open drive D. Memang betul pun windows ini masuk ke D. La....nape gitu pulak ye. Dan.....habis;lh semua foto-foto yang dipindah tadi.

Sedangkan foto yang berada dalam my pictures kat drive C tak pun hilang.eemmm....nasib-nasib. Habislah semua data sekolah yang saya simpan selama ini dalam Drive D yang saya namakan Sekolah.

Nasib baik je ada lagi foto Vietnam dan Sabah dalam Laptop. Semua yang lain hilang, kecuali mana-mana yang dah masuk ke Blog saja yang tinggal.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.