Wednesday, January 14, 2009

Minoritas Moslim di Vietnam

Deretan rumah di Bandar Baru Ho Chi Minh yang sedang dibangun.
Kami bertemu dengan Ketua Hakim Syar'ie di sini. Pertemuan ini berlaku di rumah Konsul. Dalam pada itu, ada wakil dari masyarakat Islam yang hadir, beliau kemudian mengajak kami singgah di penginapannya.

Dalam perjalanan ke Madrasah Darul Annur, Vietnam
Masyarakat Islam minoritas sedang menunggu untuk menyambut kami.
Jalan menuju ke sana sedang diseterika oleh jentera seterika bumi.
Kami tiba dilokasi, membaca tulisan dalam bahasa Melayu Champa. Ada juga yang boleh kita fahami. Ureng-ureng tu orang-orang. Sain tu pula kawan.
Seluruh pelajar datang dari seluruh Vietnam untuk belajar agama. Mereka masih tak punya buku teks, hanya salin semula pelajaran diberikan artinya. Kami dijamu dengan mie kari, wau best nya, lama tak jumpa makanan yang 100% halal, selama ini asyik ragu-ragu je.
En.Razif menyampaikan hajat kedatangan kami, dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah Ustaz Abdul Razak, kepada bahasa Vietnam, beliau adalah bekas pelajar UIA. Malaysia. Kini menjadi guru BI di sini, isterinya orang Perak.
Waktu pulang, kami melihat aktiviti jual beli dikawasan ini.
Beginilah gerai mereka, kadang-kadang macam di Indonesia jugak.
Mereka mengucapkan selamat jalan. Kami ucapkan selamat tinggalBeginilah jalan raya mereka, sibuk dan penuh dengan motor
Saya sempat menumpang Ustaz, yang menjadi jambatan antara kami dan masyarakat Islam di Vietnam. saya naik motor..haha, masa tu ada member dalam bas ternampak saya, tapi dia tak tahu yang itu adalah saya, dalam hatinya berkata ada jugak kat sini orang yang rupanya macam saya...hehe

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.