Sunday, January 4, 2009
Kenangan 2007
Oleh : Noorhisham bin Hamzah,S.Sos.I
Beginilah cara andai murid dilapor bersalah. (Cara ini menurut ilham sendiri dan tidak semua menghadapi seperti ini) Kes ini berlaku apabila kesemua murid ini tidak dapat memberi perhatian semasa guru mengajar, lebih dari itu mereka mengganggu guru tersebut sehingga guru tersebut mengambil tindakan membawa kes ini kepada guru bimbingan.
Beginilah cara andai murid dilapor bersalah. (Cara ini menurut ilham sendiri dan tidak semua menghadapi seperti ini) Kes ini berlaku apabila kesemua murid ini tidak dapat memberi perhatian semasa guru mengajar, lebih dari itu mereka mengganggu guru tersebut sehingga guru tersebut mengambil tindakan membawa kes ini kepada guru bimbingan.
Dengan spontan saya perintahkan semua mereka pergi berwuduk dan kena solat sunat hajat. (duduk dalam kelas bukannya belajar pun) Salah seorang mesti menjadi imam. Niat solat hajat diajarkan. Usai solat mereka di ajar berdoa. Program ini berterusan lagi hingga beberapa hari berikutnya. Saya sempat bertanya pada guru yang diganggu, bagaimana keadaan mereka setelah didenda. Guru mengakui memang mereka ada sedikit perubahan. Oh ya, selepas hari pertama didenda sebegini, saya berultimatun, kamu kena buat macam ni lagi besok hingga saya berpuas hati. Ini sebab mereka duduk dalam kelas pun mengganggu rakan lain. Tau-tau besok, bila guru tersebut masuk, mereka sendiri bangun dan minta izin keluar.Ke mana? Cikgu Hisham suruh solat hajat.
Saya gembira, walaupun mereka didenda secara zahirnya, akan tetapi mereka sebenarnya menerima bimbingan. Antara bimbingan yang mereka terima :
1.Bagaimana berwuduk cara sempurna.
2.Macam mana niat solat hajat.
3.Macam mana kaifiat solat hajat.
4.Apa bacaan-bacaan dalam solat hajat.
5. Apa doa yang patut dibaca.
Kesemua ini saya bimbing seorang demi seorang. Kini beberapa hari lagi mereka akan menginjak ke tahun 6, secara automatik mereka berdepan dengan UPSR. Adalah harapan semoga tiada lagi kekacauan dalam kelas.
==================================================================
Coretan dari Cikgu Linda ; SMK Kajang Utama
==================================================================
Tahniah atas pendekatan yang dilakukan... saya setuju sangat kita berikan pndekatan yang islamik sebegini..cuma untuk menengah atas agak payah sket..maklumlah ego mereka tinggi...pernah saya suruh mereka ambilwudhu' sahaja mcm2 persepsi mereka kata...tapi buat juga dalam keadaan tidak redha..mungkin saya perlu tingkatkan dendaan sebegini...berterus anmacam hisham buat...saya pernah mengikuti pengakuan seorang pengetua yang membuat dendaan solat sunat taubat untuk student keras kepala dandegil ini.Alhamdulillah ada kesan...budak India pula saya selalu bacakanAl Fatihah dan buat2 sapu atas kepala dia...saya kata mahu bagi baiknanti tuhan sayang..tapi sebenarnya kesannya jangka panjang...ada suatu kes ustaz tu suka bacakan Al Fatihah dan hembus di kepala pelajar India dan akhirnya bila dah habis sekolah budak tu datang balik suruh ustaz ajar apa ayat yang selalu dia buat sampai dia lulus peperiksaan. .hikmahyang kita nampak....dan budak India tu pun dah jadi manusia yang baik sekarang.... .Bimbingan satu proses jangka panjang
MAKLUMAN : Semua murid dalam foto di atas sudahpun memasuki alam persekolahan sekolah menengah. Selamat anak-anakku, semoga kejayaan sedang menunggumu...
MAKLUMAN : Semua murid dalam foto di atas sudahpun memasuki alam persekolahan sekolah menengah. Selamat anak-anakku, semoga kejayaan sedang menunggumu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ddd
Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
January
(38)
- Encounter Kendali Perasaan Marah
- Terimalah taubatku
- 4 Tanda-tanda Manusia Celaka
- Tiga Tingkat Manusia
- Dalam Rela Ada Paksaan
- Selamat Hari PerSahabatan Sedunia
- Terlupa
- Bermacamnya di negara orang
- Putar-putar Hidup
- Ho Chi Minh,Vietnam 2009
- Calendar Desktop Terbaik
- Nak Cepat Tapi Kehilangan
- Kenangan Indah di Dunia
- ANTENA dan PARABOLA
- Bersama Aman
- Beginilah mereka...
- No title
- Lawatan ke Universiti Farmasi Vietnam
- Sepagi Cau Dai Temple, Veitnam
- Sepagi di PPD Gombak
- Kesibukan di Vietnam
- Lawatan ke Pulau Phoenix
- Selamat Hari Lahir
- Memori ke HCMC. Vietnam
- Phoenix Island
- Minoritas Moslim di Vietnam
- Menjadi Tamu Konsul
- PHOENIX ISLAND AND COU DAI TAMPLE
- Restauran Singapore and Shamsuddin
- Hasan Basri dari 62 Orang Wali
- Dah Pukul Berapa Encik?
- Bukan Ku Pinta Lahir Begini
- Kenangan 2007
- Selamat Pengantin Baru Ustaz Suzrie
- Dakwah Billisan Wal Tulisan
- Mencari Turning Point Dalam Kehidupan Seorang Penagih
- Sehari di SKB
- Dalam Kepayahan Ada Kerumitan
-
▼
January
(38)
1 comments:
Tinggal lah pesan buat pimpinan rohani manusia yang ketandusan dalam perjalanan menujuNya...2008 dah pergi, 2007 dah hilang dalam pandangan, kini 2009 kita meniti...aduh....berhati-hati menitinya, mana tahu kita kan tergelincir tahun ini jua tanpa persiapan yang semestinya. ALLAH HU AkBAR
Post a Comment