Wednesday, January 28, 2009

Tiga Tingkat Manusia

Dalam beramal, terdapat tiga tingkat manusia. Di mana anda sekarang?

1. Al-Ibad
2. Al-Muridin
3.Al-Arifin

Ibad, beribadat seperti solat, puasa dan lain-lain demi mendapatkan pahala, menjauhkan dari segala larangan supaya dapat Syurga, dan ia juga memohon agar diselamatkan Tuhan melalui ibadat tadi dari bermacam mala petaka dunia dan akhirat.

Muridin, Beramal dengan tujuan supaya dekat atau sampai kepada Allah. Orang seperti ini beramal dengan maksud terbuka hijab yang menutupi hati mereka.Dan tiadalah amal mereka itu dengan niat seperti golongan yang pertama tadi.

Manakala Arifin, tiada maksud seperti di atas, dirinya hanyut dengan cinta kepada Tuhannya, suka kepada banyaknya beramal, dan tiada pula kesusahan baginya.

Nabi sendiri pernah bersabda, (Al-mautu raahatul lilmukmin) kematian adalah rehat bagi orang-orang mukmin, orang yang capet beribadah kepada Tuhannya, menghambakan diri sepenuh jiwa raganya semasa hidup, kematian adalah satu bonus dan kerehatan abadi bagi dirinya.

Sebaliknya pula, manusia tingkat ahli dunia, setelah berpenat di dunia dengan pelbagai urusan, akhirnya kematian adalah penambahan dari kesusahan di dunia, Anda pilih, mana mahumu. Jalan masih panjang, ruang dan peluang untuk mengubah nasib masih terbuka luas. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasih seseorang manusia, sehingga dia sendiri yang bangun untuk mengubah nasib dirinya. BERJUANGLAH.

1 comments:

Tyaaz said...

Bila saya baca artikel ini,terasa kerdilnya diri ini.Sememangnya kita berusaha untuk buat yang terbaik di dunia hatta di akhirat tetapi dalam bab beribadat ni mmg sesuatu yg cukup sukar krn kita sentiasa diganggu oleh musuh semulajadi dlm diri kita.Ya Allah lindungilah hambamu ini dr tipu daya Syaitan dn Iblis.

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.