Mesyuarat PIBG SK Bangi
SK BANGI
SK BANGI. 01 Mac 2009. Mesyuarat hari ini dimulakan dengan pelantikan pengerusi majlis, seperti biasa, ahli mesyuarat yang hadir mengizinkan En.Kamaruzzaman mempengerusi majlis setelah tiada cadangan dan yang sukarela tampil. Pengerusi memperkenal AJK PIBG sesi 2007-2008.
Pembentangan diteruskan minit mesyuarat, dan minit kewangan semasa sekolah. Pembubaran AJK lama. Mesyuarat diteruskan dengan pelantikan AJK baru.
Pelantikan AJK Baru
Menurut ketetapan mesyuarat pagi ini, SK Bangi mendapat YDP baru setelah En.Kamaruzzaman memegang jawatan ini selama 10 tahun. Terima kasih banyak pihak sekolah ucapkan pada Cek Man, yang telah banyak menaikkan nama sekolah, jasa-jasa beliau tidak dapat dihitung dengan wang ringgit. Mungkin ramai tak tahu, pasukan bola sepak sekolah pernah digeruni suatu ketika dulu oleh daerah Hulu Langat hasil kerja keras semua guru-guru, ibu bapa dan AJK PIBG.
Tahun ini SK Bangi mendapat YDP baru, kita mengalu-alukan Tuan Major Baharuddin bin Mohyedin sebagai YDP, semoga SK Bangi terus maju, manakala Timbalan YDP, Puan Jamaliah binti Ibrahim, sementara Ahli Jawatankuasa terdiri dari ibu bapa, Pn.Rahimah, Pn.Norziah, Pn.Marina, En.Azizuddin, En.Zulazman.
Dalam sesi pembentangan usul, beberapa usul yang dibahaskan ialah
2.2 Harga makanan di kantin dan kualiti
2.3 Minta baiki tandas
2.4 Soalan UPSR dwibahasa
2.5 Kes Gensterisme
2.6 Kedai buku jual mainan
2.7 Status LCD, projektor.
2.8 Kelas tambahan minta di awalkan
2.9 Isu beg berat
2.10 Website sekolah
2.11 Waktu solat Jumaat minta di lewatkan masuk ke 2.30 petang
2.12 Jual makanan di luar
Lain-lain Hal
Web Site Baru SK Bangi


Lawatan ke Rumah PENGASIH
Semua pekerja di sini adalah terdiri dari bekas penagih dadah. Syarat kemasukan ke sini ialah mestilah mengambil dadah dahulu.. Huhu....ayat ini boleh memesong budak-budak. Ya lah, Rumah Pengasih menerima kes-kes mereka yang menyalahguna dadah dan ingin berhenti.
Di sini, PENGASIH menggunakan teknik terapi TC kepada penghuninya yang di ambil langsung dari Deytop, USA. Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada laman www.pengasih.net
Minggu Integriti USIM
NILAI. 27 Feb 2009. Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia menganjurkan minggu Integriti Peringkat Universiti.Pelbagai acara disediakan kepada mahasiswa, mereka dijamu selera, tetapi selepas dapat menjawab beberapa soalan. Konsep yang digunakan ialah "No Free Lunch". Artinya ialah, tiada makanan percuma dan maknanya, setiap imbalan yang kita dapat, mestilah melalui usaha.
Pengalaman Operasi Pertama
Ceramah dadah di IPIK
YM Must Reinstall
Bahan Masukan Mesyuarat AJK Daerah
Lelaki : Kau kan pergi dulu

Apa pun ceritanya, lelaki akan pergi dulu secara umumnya. Justeru....sang isteri perlu sentiasa bersedia, jangan waktu pemergiannya, kita tak sempat minta maaf, kerana antara sebab ramai wanita masuk neraka ialah, kerana tidak sempat minta maaf dengan suami. Tahu-tau dapat berita suami meninggal.
Manakala sang suami kena selalu meningkat ibadah, bangunlah bertahajud waktu malam, sebelum tidur berdoalah , minta dengan Tuhan supaya dibangunnya kita nanti waktu tengah malam, untuk berdoa padaNya, untuk minta ampun padaNya. Biarlah ketika kita tiada nanti, anak cucu kita masih ingatkan kita.
Malang jika kita dilupakan, sekian tahun kita hidup, sekian tahun jasa kita tabur, akhirnya pemergian kita tidak berkurang bagi manusia, malah kehadiran kita tidak pula bertambah. ada tak ada sama sahaja. Biarlah kalau boleh.....pemergian anda dirasai.....dirasai oleh semua manusia yang pernah kenal diri anda, malah Malaikat di langit sekali pun.Jangan pula anda terasa masih panjang usia mu. Sering-seringkanlah memikir yang dirimu tak lama lagi akan hilang di bumi yang fana ini. Dari itu akan lahir motivasi untuk buat perubahan.
Sikap Manusia Di tentu Oleh Kepercayaannya
Saya masih terfikir, bagaimana seorang penagih boleh beralih dari merindukan heroin dan jarum suntikan kepada rindunya kedamaian dan mempunyai kekuatan jiwa yang mantap dan tak mudah goyah. Rata-rata penagih mengatakan mereka tak kuat berdepan dengan kehidupan sebenar di luar pusat serenti, terlebih lagi apabila berjumpa kawan-kawan dan terserempat dengan port lama. Lantaran itu mereka kalau boleh tidak mahu balik dan tidak mahu keluar dari pusat serenti, walaupun kehidupan di pusat juga menyiksakan batin mereka.
Perlunya saya melihat dan meninjau aspek pengisian terapi yang diberikan kepada mereka. Kalau merujuk jornal minggu lepas, seorang penagih mengakui sistem terapi Tufh and Rugged tidak berjaya memisahkan manusia yang bernama penagih dari dadah, hari ini mereka keluar, hari ini juga mereka mencari dadah.
Apakah kita tidak mempunyai sistem yang lain dari yang sedang diguna pakai kini? Saya pernah membaca kejayaan pusat pemulihan Inabah di Indonesia, hasil penelitian yang dijalankan oleh Dr.Su’dan, mengatakan presen kejayaan yang sembuh di Inabah sangat tinggi. Bahkan mampu mengubah penagih dari ketagih heroin kepada ketagih zikir. Sebab itu katanya, ramai penagih dari luar Indonesia seperti Malaysia, Brunei, Thailand dan Singapore yang datang untuk menerima pemulihan disini. Inabah mengguna pakai teknik Dzikir, dimana menerapkan tanggungjawab sebagai manusia terhadap ALLAH dan masyarakat.
Dari kajian kami di SPADA, mendapati dan mengakui secara umum, bahawa punca penagihan adalah lantaran kurangnya ilmu pengetahuan agama dikalangan penagih. Tidak tahu dosa dan pahala itu ada. Kurang percaya tentang adanya hari kebangkitan dan azab.
Sementara saya sendiri, dalam pengalaman berkaunseling dengan penagih muda, bertanya dalam sesi tersebut, apakah kamu percaya pada kehidupan selepas mati ? Dia kebingunan dan tidak mempunyai jawapan yang pasti. Saya pasti dia masih meragui tentang kehidupan itu.
Berangkat dari kepercayaan tersebut, teringat pada kata-kata seorang ilmuan, sikap manusia itu dipengaruhi oleh apa yang dia yakini. Pada saya, benarlah ungkapan ini, dan semestinya pusat serenti di Malaysia tidak terlepas sepatutnya dari nilai-nilai ini. Dimana mengubah kepercayaan dan keyakinan manusia itu mesti ada, dan dalam jumlah yang agak besar, bukan setakat asal ada, dan penggiatnya mestilah dari orang-orang yang bukan sebarangan. Menyampaikan ilmu agama di surau dan masjid bukan sekadar mengharap gaji bulanan, tetapi berminat untuk mengubah diri penagih supaya kembali kepada ajaran Tuhan, hidup dalam dunia yang sebenar, bukan mimpi tetapi realiti
Berkelah di Air Terjun Kuala Ponson
Kala hujung minggu, ramai warga KL datang untuk melampiaskan tubuh di air yang segar, mendengar deruan air yang mengalir dan kicauan burung yang singgah di pepohonan. Mungkin keindahan sebegini tak dapat lagi kita rasakan pada masa akan datang, siapa tahu? Semalam saya baru berikan ceramah parenting pada ibu bapa di sebuah sekolah, dekat Seremban, salah satu ajakan saya ialah, bawa lah anak-anak anda berjalan, walau dalam kesibukan, mana tahu, suatu masa nanti, anda tak boleh berjalan lagi...di kala dia dewasa, anda akan renggang dengannya, justeru, peruntukan masa untuk mereka..anak-anak anda...
Dari dulu, baru tadi perasan
Menurut Cikgu Hashim tadi, sekolah ini telah memasuki banyak acara sukan, golf, tennis dan sebagainya yang tak ada di sekolah saya sendiri.
Sedutan Perjalanan SPADA

Teamwork Kajian Keberkesanan Pelaksanaan..
Saya menghubungi YM Raja Azman, bertanya sekolah mana yang telah menjalankan aktiviti PPDa dengan baik dalam daerah Hulu Langat, beliau memberi jawapan 2 sekolah, iaitu ...sambung
Dunia Ibarat Katil Yang Besar

Wa mal hayaa tad dun ya ILLA mata ul ghurur
, dan tidak ada apa-apa di dunia, kecuali kesenangan yang menipu.
Dunia Oh Dunia, ramainya manusia yang bermimpi. Ada yang sudah lama di alam mimpi, tidak jugak sedar-sedar walau mata terbuka dan jasad ke mana-mana.
Ke pasar ia, ke universiti, masuk mercedes ia, terbang di awan tinggi, berlegar di sebuah istana.
Ada yang bermimpi dia hebat,
ada yang bermimpi dia kaya,
ada yang bermimpi dia banyak ilmu,
ada yang bermimpi dia akan hidup terus.
ada mimpi yang dia disanjung dan dipuja.
Oh, detik indah mimpi mu itu akan tamat,
skrip lakonan mu di dunia menghampiri tamat,
sekejap lagi kau akan bangun,
hanya dengan satu panggilan Malikil Maut,
Katamu
Oh, di mana aku...
dimana isteri dan anakku,
di mana suami dan anakku, di mana rumahku,
dimana hartaku, dimana pangkatku,
dimana gelaranku..,,
dimana pengikutku.
oh di mana......!!!!
Engkau sebenarnya bermimpi panjang tadi,
ketika berada di atas permukaan bumi.
Kini engkau di alam nyata,
kesusahan di sini adalah nyata
kepayahannya adalah benar
azabnya adalah hakiki
Pesanku,
Tak usah takut pada kematian,
kerna kematian tidak akan tiba,
sebelum ajal menjelang,
dan ketika ajal sudah datang,
engkau pun sudah tiada lagi di muka bumi ini,
Yang perlu adalah,
persiapan selepas matimu....
Norish...Seremban 09
KESIHATAN : STU NIKMAT YG WAJIB DISYUKURI
Manusia tidak pernah rasa nikmatnya sihat apabila dia selalu sihat. Sekali Tuhan sodorkan sakit, baru dia tahu artinya nikmat sakit. Sakit juga mahal nilainya. Sakit perut yang memulas ketika mahu buang air besar, itu sebenarnya nikmat.
Bayangkan anda perlu buang air besar, tapi tak rasa sakit pun, tiba-tiba najis itu keluar ketika anda berada di khalayak ramai. Apa perasaan anda? Ketika itu kita baru boleh menilai sakit itu nikmat. Dengan didahulu nya datang sakit perut, tanda kita nak buang air besar, maka cepat2 kita mencari tandas. Sampai disana, kita buka ikatan zip seluar, pruuuuk......keluar lagi....puas....Selamat dan tenang..... Yeah, memang sakit itu nikmat.
Namun bagi segelintir orang-orang, datangnya sakit membuat semakin banyak mulutnya menyebut nama Tuhannya. Makin banyak ingat dia akan mati. Makin jauh dia dari dosa.
Andai sakit tidak ada, kita tak berupaya mencarinya di kedai manapun. Aduh, bila sakit, kata Nabi akan diampunkan dosa-dosa kita hatta terpijak duri dijalanan. Sungguh pengasihnya Tuhan, diberikan kita pahala supaya lebih banyak reward pahala berbanding dosa untuk membayar syurga esok hari.
Kepala Segala Dosa

DAN Sesungguhnya Allah telah melimpahkan rahmatNya yang begitu luas ke atas orang-orang mukmin, iaitu ketika mana ALLAH membangkitkan seorang rasul dikalangan mereka, yang berperanan membacakan (menghuraikan) ke atas umatnya ayat-ayat, tanda-tanda kebesaran ALLAH, (yuzakkihim ) dan berperanan membersihkan jiwa mereka (dari kotoran dosa dan akhlak mazmumah), dan mengajarkan manusia isi kandungan AL-KITAB dan HIKMAH, dan sesungguhnya manusia itu, sebelum kedatangan Rasul, berada dalam kesesatan yang nyata.
Ayat ini menjelaskan peranan kedatangan rasul kepada manusia. Secara nampaknya, rasul itu datang sekali sahaja secara lahiriah dan fizikalnya, akan tetapi bagi manusia yang tidak pernah mengenali agama semenjak kecil, pabila dewasa dia baru merasakan nikmatnya agama, ia seakan-akan baru kedatangan rasul dalam hidupnya.
Seorang penghuni pusat serenti di tempat saya, berbangsa India, berkata kepada manusia yang berbangsa Melayu, hei....kamu pergilah, kamu duduk-duduk saja, kamu ada surau, saya tak ada tempat mau semayang di sini. Dan ceritanya lagi, waktu kecil-kecil, dulu kita orang tengok TV 1 dan 2 sajalah, mana ada TV 3 dan segala macam, waktu azan ma, Tv akan siarkan azan, keluarga saya suruh cepat-cepat tukar siaran lain, dia orang tak mahu dengar, tapi saya cakap, tak pa, tak pa ma, saya mahu dengar...itu lagu azan kan....manyak best ma, kasi hati saya peace lah...
Tuan-tuan, kalau India boleh merasakan sayunya pabila mendengar lagu azan, kenapa manusia yang sudah menjadi Muslim, masih buat tak endah? Mungkin jiwanya terlalu banyak karat dosa, atau kerana lagu azan itu belum masih meruntum jiwanya. Pada saya lagu azan itu perlu dipelajari. Kita perlu memanggil jiwa manusia itu datang untuk sujud pada Tuhan, bukan sekadar memanggil jasadnya.
Saya perdengarkan pada kawan tadi sebuah lagu Azan Madani, dia menutup matanya ketika saya melagukan lagunya azan itu...wah.....saya belum pernah dengar ini. Ini bukan lagu saya, tapi lagu Madani, saya belajar dengan guru saya dulu, tapi inipun tak sesedap mana.
Seorang sahabat Nabi pernah datang kepada beliau dan bertanya, Ya Rasulullah, kenapa mata saya begitu keras sekali untuk menangis. Kata baginda, (Jumudul 'ainu min Qaswati Qalbi) Kerasnya mata itu (dari hendak menangis), dikeranakan kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyak dosa, banyaknya dosa, kerana lupakan mati, lupakan mati kerana cintakan dunia, dan cinta dunia kata Nabi, adalah kepala dari segala dosa.
Klana Resort, USIM dan UITM
Hasil kajian ini akan diserahkan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sekolah dan juga AADK untuk membuat plan tindakan lanjut.
Mengubah Mimpi Menjadi Realiti
Pabila tersedar dari mimpi, kita ingin terus hidup di alam mimpi tadi, tapi, sayang ianya hanya mimpi dan tidak pasti ianya bukan sebuah realiti.
Mimpi penagih....
Penagih dadah yang sudahpun berhenti dari mengambil dadah, satu tahun bukan jaminan untuk tidak mengambil lagi, sekurang-kurang mereka perlukan 3 tahun untuk menguatkan jiwa dan rohani mereka. Itupun kadang-kadang mimpi indah zaman penagihan masih datang. Bahkan ada yang bangun dan terus pergi mencari dadah yang telah hadir dalam mimpi tadi.
13 tahun jugak bukan jaminan untuk dia menjadi manusia yang baik sehingga akhir hayat. Jiwanya kerdil. Sedikit tergores akibat torehan yang kecil pada perasaan, darahnya terlalu banyak mengalir.
Ingin Hidup Dalam Dunia Rekaan kita..
Memang indah hidup dalam mimpi, dibuai mimpi yang sememangnya jiwa kita meruntum ingin bersamanya. Hidup dalam dunia rekaan kita sendiri. Namun dunia ini hanya mimpi….hati menangis, tidak semua keinginan yang kita mahu boleh tergapai, dan tidak semua hajat kita boleh ditunaikan tuhan. Ada masa kita merasa nikmat pemberianNya, ada masa kita perlu akur, dengan ketetapan azali, bahwa antara kita adalah sedang melalui 2 takdir yang berbeza.
Rindu…., ingin bersama, asyiknya…. Namun itu bukannya pasti dan bukan jua realiti, namun apa daya, disebalik hidup ini ada lagi hidup yang lain. Dan terlalu haru, pabila waktu untuk bertemu dengan alam sebenar laksana mimpi. Kehidupan disana yang kekal abadi, abadan abadaa dalam pemeliharaanNYa, ku harap segala mimpi di dunia bisa menjadi nyata.
Dunia Katil Besar
Bermimpi lagi…sehingga tersedar dari tidur. Begitulah dunia ini bagaikan katil yang besar, manusia hidup di atasnya bagaikan sedang bermimpi. Pabila pencabut nyawa datang, barulah manusia terkejut dari mimpi..... aduuuhhhhh!!!! rupanya aku bermimpi dan lama sekali rupanya mimpiku tadi. 65 tahun......55 tahun dan 45 tahun..... Ku pikir aku benar-benar KAYA!!!! Ku pikir aku benar-benar disanjung dan dipuja manusia !!!! Aku pikir dunia ini LAMA!!! Tapi...aarghhhhh, segala nya hilang tiba-tiba bagai fatamorgana bila kematian datang. Aku hidup bagaikan dalam mimpi.
Inilah hidup yang sebenar, disinilah penderitaan yang sebenar, waktu aku di hospital, masih ada nurse dan keluarga yang datang membantu, tapi di sini.... di alam kubur...siapa yang mendengar tangisan dan teriakan ku???? Siapa yang boleh menolongku berdepan dengan kesusahan yang amat payah sekarang ini?? Toolooooongggggg!!!!!!
Sehari bagaikan sebulan, sebulan bagaikan setahun, setahun bagaikan ribuan tahun.....kapan!!!!! kah berakhirnya penantian yang menyiksakan ini didalam kubur. Di sini sempit, panas, haus, dahaga, aku lapar, aku rindukan keluarga ku, aku rindukan teman-teman ku....oh.....di mana mereka? Masihkah mereka mengingatiku yang sedang berdepan azab sebegini perit?
Siapa yang sanggup membantu ku disini, aku pasti akan berikan duniaku dan seisi-isinya sebagai balasan padamu... tolong..... bebaskan aku dari siksaan ini. Aku ada mulut, tapi tak boleh bercakap, aku ada mata, tapi tak boleh melihat, aku ada telinga, tapi aku tak mendengar suaramu semua, aku aku perasaan, tapi tak bisa ku lahirkan....... aku ADA!!!!!!! Ya AKU ADA!!!!!! Tapi dimana aku. Mana duniaku....??? Ratap tangis ku disini siapa yang mendengar? Dan hingga berapa lama? Ya Tuhan...ampunkan dosaku.....
Wahai manusia, giliran mu untuk hidup sudah Ku berikan, dan tempoh usiamu sama dengan orang lain yang Ku kasihi. Mereka tenggelam dalam keasyikan mencari REDHA-KU, siang malam mereka bekerja dan beribadah padaKu, namun engkau tenggelam dalam dunia dan mimpi-mimpi indahmu. Masa untuk mu sama dengan mereka, kekayaan untuk mu, sama dengan mereka, bahkan engkau Aku lebihkan, supaya engkau bersyukur padaKU. Sudahlah.... tunggulah di sini dengan keadaanmu, tiada siapa yang ingin sedekahkan pada mu walau seayat Al-Fatihah, malang sejuta kali malang...... tiada siapa yang menyebut namamu lagi, tiada siapa yang merinduimu...... dan suatu masa, namamu pun hilang dari dunia ini. Engkau kini tiada apa-apanya lagi.
Tinggal Sekejap

Belum pasti siapa yang akan hadir bersama. Namun pihak pihak pengurusan hal ehwal program dadah bagi kebanyakan PPD tidak tahu hal ini. Mungkin memang tidak dijemput. Untuk sementara saya, terima tetamu dari Brunei, Indonesia dan Thailand. Selamat Datang ke laman blog yang tak seindahnya, berikanlah sedikit komentar.
PERBEZAAN ANTARA PROGRAM TC DAN TAF & RUGGED
Kebanyakkan pusat serenti kini kian beralih dari program Tough and Rugged iaitu program yang melatih penghuni pusat serenti banyak kepada latihan menggunakan kekuatan tubuh badan (fizikal), dan pembinaan disiplin seperti kawad dan pekerjaan vokasional kepada Therapeutic Community (TC).
Saya mendapatkan pendapat dari ahli keluarga di sini yang telah menduduki kedua-dua program tersebut, berhubung perbezaan kedua program ini.
Menurut ahli keluarga tersebut, kalau program Tough and Rugged, hari ini saya keluar pusat, hari ini juga saya ambil dadah. Katanya ini kerana minda penagih tidak dibina menjadi untuk lebih baik. Berhubung perkara keagamaan seperti solat tidak menjadi keutamaan dan tidak diwajibkan. Penghuni boleh memilih untuk tidak pergi dan sebaliknya.
Pernah terjadi, warden dipukul beramai-ramai oleh ahli keluarga yang memakai topeng pada waktu malam. Ini kerana semua penghuni pusat yang mengamalkan konsep Tough and Rugged adalah saling ingin tunjuk kekuatan masing-masing. Siapa yang kelihatan handal dan samseng, dia tidak akan diganggu.
Lain pula di pusat serenti yang menggunakan konsep Therapeutic Community,disini penghuni di ajar membetulkan sikap mereka, program keagamaan diselitkan dan diwajibkan, walaupun pengisiannya dilihat terlalu perlu di perbaiki di sesetengah pusat serenti, terutama pusat serenti PERSADA yang menerima penghuni secara sukarela.
Kebaikan dari konsep Therapeutic Community, ahli keluarga atau penghuni dapat belajar mengawal emosi dan perasaan mereka, yang mana pada awalnya mereka tidak dapat menerima teguran dari orang lain, walaupun itu sebenarnya untuk kebaikan dirinya sendiri. Namun setelah berada disini selama 4 bulan mereka mengaku boleh menerimanya.
Ditanya penerimaan mereka terhadap program TC ini, rata-rata menyatakan pada awalnya mereka fikir ini adalah pusat serenti orang gila. Bahkan ada antara mereka yang ingin melarikan diri. Mereka mengatakan pusat serenti gila kerana terdengar jerit sana, jerit sini dan tidak ada langsung masa untuk berehat kecuali jam 11.00 malam.
Patutlah dipusat ini, kebanyakkan penghuninya akan mencuri peluang untuk tidur ketika berada disurau, sementara menunggu sholat. Mereka kepenatan fizikal dan fikiran sehari-hari dengan kepadatan program.
3 orang 5A dari 25 orang :Dengarkan
Anda boleh langsung mendengar perbualan ini dengan pastikan komputer telah dilengkapi dengan program Quick Time. Klik pada nama dibawah untuk mendengarnya :
Enni Noraliah,
Mohd Iqbal Mohd Asri
Umairah Mohd Zamri
Bantuan LZS dalam Membantu Penagih Dadah
Mungkin saya orang yang pertama memberikan syarahan atau ceramah di surau ini atau orang kedua, En.Razif mengambil gambar semasa saya sedang memberikan syarahan ringan malam Jumaat lepas, ekoran dari itu, En.Razif membuat program susulan dengan meminta jasa baik pihak LZS mengambil peranan dalam membantu umat Islam yang tercicir ini. Hal ini sememangnya pernah di ajukan oleh En.Halim semasa dalam kelas bersama beliau, fikiran dan idea beliau hari ini kian menjadi kenyataan.
Sebentar tadi En.Razif memberitahu, kemungkinan saya akan dijemput untuk memenuhi program hari-hari kebesaran Islam. TAHNIAH saudara!!!
Sepanjang Praktikum 2009
Pecah Cermin Kereta Demi Anak
Seorang perempuan berbangsa Cina sedang mengetuk-ngetuk pintu keretanya dengan sebelah selipar kayu yang baru dibeli . Dengan wajah yang cemas dia berpusing-pusing keliling kereta itu.Pintu kereta dibelakang driver sudahpun bercalar-calar kesan kayu yang diketuk.
Kancil kawan saya parkir sebelah keretanya. Ada apa? Anak saya di dalam. Anaknya tertidur rupanya, ekon pasang tak? Tanya saya, ya..hidup jawabnya. Relax, relax, sabar, tak apa selamat, saya dan Anuar menggoyang-goyang Avanza tersebut. Goyang lagi sampai orang yang lalu-lalang nampak sesuatu yang pelik sehingga mereka berhenti.
Tak bangun-bangun juga. Orang tambah ramai datang dan lihat. Masing-masing bertanya ada apa. Apabila puas mengejut anaknya supaya bangun, diketuk dengan tangan pada cermin, di ketuk dengan selipar pada pintu, akhirnya dia minta tolong orang ramai ecahkan cermin keretanya.
ddd
Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.
Salam perkenalan
7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.
Blog Archive
-
▼
2009
(374)
-
▼
February
(35)
- Mesyuarat PIBG SK Bangi
- Web Site Baru SK Bangi
- Lawatan ke Rumah PENGASIH
- Minggu Integriti USIM
- Pengalaman Operasi Pertama
- Ceramah dadah di IPIK
- YM Must Reinstall
- Bahan Masukan Mesyuarat AJK Daerah
- Lelaki : Kau kan pergi dulu
- Sikap Manusia Di tentu Oleh Kepercayaannya
- Berkelah di Air Terjun Kuala Ponson
- Dari dulu, baru tadi perasan
- Sedutan Perjalanan SPADA
- Teamwork Kajian Keberkesanan Pelaksanaan..
- Dunia Ibarat Katil Yang Besar
- KESIHATAN : STU NIKMAT YG WAJIB DISYUKURI
- Kepala Segala Dosa
- Amboiii Takit Nyerrrr
- Klana Resort, USIM dan UITM
- Mengubah Mimpi Menjadi Realiti
- Tinggal Sekejap
- PERBEZAAN ANTARA PROGRAM TC DAN TAF & RUGGED
- 3 orang 5A dari 25 orang :Dengarkan
- Bantuan LZS dalam Membantu Penagih Dadah
- Sepanjang Praktikum 2009
- Pecah Cermin Kereta Demi Anak
- Semalam di PKAADK Seremban
- AKU MAHU PULANG
- GELAP MALAM PASTI DATANG
- Harimau Mati Meninggal Belang
- Kongsi Rahsia 5A
- Pulau Carey di Bawah Air
- Sebentar di SK TAAM
- Step Kaunseling dengan Murid Penagih
- Gotong-Royong Membendung Jiwa
-
▼
February
(35)