Saturday, February 21, 2009

Berkelah di Air Terjun Kuala Ponson

HULU LANGAT : Tempat ini popular dengan kawasan perkelahan air terjun dan kem-kem bina insan, motivasi, kem kepimpinan dan segala mak nika kem la katakan.

Kala hujung minggu, ramai warga KL datang untuk melampiaskan tubuh di air yang segar, mendengar deruan air yang mengalir dan kicauan burung yang singgah di pepohonan. Mungkin keindahan sebegini tak dapat lagi kita rasakan pada masa akan datang, siapa tahu? Semalam saya baru berikan ceramah parenting pada ibu bapa di sebuah sekolah, dekat Seremban, salah satu ajakan saya ialah, bawa lah anak-anak anda berjalan, walau dalam kesibukan, mana tahu, suatu masa nanti, anda tak boleh berjalan lagi...di kala dia dewasa, anda akan renggang dengannya, justeru, peruntukan masa untuk mereka..anak-anak anda...

Di hujung Hulu Langat inilah adanya Kuala Ponson, ada kawasan perumahan orang ASLI. Tak jauh sebenarnya dari Sungai Congkak. Hari minggu pasti ramai yang datang berkelah, di sini ada teratak yang boleh disewa RM20.00 sebuah. Pelajar-pelajar dari KLANG pun hadir ke sini untuk melaksanakan aktiviti Kem Kepimpinan Pengawas. Pernah satu malam saya sesat mencari-cari lokasi sebuah kem yang saya akan berikan ceramah. Rupanya banyak kem di sini. Cuma kem tentera yang tak ada.
Pagi ini kami singgah sekejap di kolam air Panas, 100 meter selepas IKBN di Dusun Tua, merendam kaki kat sini setengah jam, nak mandi belum sampai tahap tu lagi, sebab airnya panas sangat, tetapi ada juga orang lama yang terus je mandi. Wuuuuu panas nya.Lepas rendam kaki dan mandi sikit kat KOlam Air Panas, kami bergerak ke Kuala Pansung, di sini udara sejuk dan nyaman, air pula sejuk. Wau..best nyer...apalagi berkelah lah kami di sini.
Anuar dan isteri serta anak-anak dan abang ipar saya dengan seorang anak saya turut berendam di sini. Minggu depan, kami nak datang lagi, bawak ayam golek....Isteri saya berehat cuma, dah penat mandi air kolam panas. Saya sampai sini dulu, kemudian Anuar tiba dengan family...TAA 3978.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.