Saturday, February 14, 2009

Bantuan LZS dalam Membantu Penagih Dadah

Rasa gembira pun ada, syukur pun jugak setelah mendapat berita dari seorang sahabat, En.Razif dari AADK PutraJaya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan peruntukan untuk membayar penceramah selama setahun kepada penceramah yang akan memberikan ceramah di Pulau Carey. Audien di sini ialah bekas penagih yang telah pulih dan masih menjalani program pemulihan di luar pusat.

Mungkin saya orang yang pertama memberikan syarahan atau ceramah di surau ini atau orang kedua, En.Razif mengambil gambar semasa saya sedang memberikan syarahan ringan malam Jumaat lepas, ekoran dari itu, En.Razif membuat program susulan dengan meminta jasa baik pihak LZS mengambil peranan dalam membantu umat Islam yang tercicir ini. Hal ini sememangnya pernah di ajukan oleh En.Halim semasa dalam kelas bersama beliau, fikiran dan idea beliau hari ini kian menjadi kenyataan.

Sebentar tadi En.Razif memberitahu, kemungkinan saya akan dijemput untuk memenuhi program hari-hari kebesaran Islam. TAHNIAH saudara!!!

1 comments:

ummi B said...

Tahniah ustaz teruskan membantu kerana tidak ramai yang simpati apatah lagi membantu golongan yang terpinggir ini. Mereka perlukan pertolongan sebagai penyuluh dalam kegelapan. Adakalanya mereka hendak berubah tetapi tidak tahu mahu bermula dari mana.

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.