Sunday, February 8, 2009

Pulau Carey di Bawah Air

KHAMIS.05 Feb 2009. Malam Jumaat Lepas Razif membawa saya dan W.Mohd Anuar ke Pulau Carey Klang. Kami masuk ke kawasan ladang Plantation Sime Darby. Luas jugak rupanya pulau ini. Kata Razif keluasannya menyamai satu pertiga negara Singapore. Kami tiba waktu azan Maghrib. Saya bertindak selaku penyampai ceramah kepada 13 orang ahli PENDAMAI di sini.

Mereka agak keberatan menerima kami pada awalnya. Saya berusaha dengan tazkirah selepas bacaan Yasin dengan modul yang ringan dan bersahaja. Tidak menghukum. Ada juga lelucon yang sempat saya selitkan. Ceramah menjurus tafsir ayat-ayat surah Yaasin. Habis acara, kami makan bubur yang isteri Razif masakkan.

Waktu balik, kami singgah lagi ke Olak Lempit, makan tomyam di tepi jalan. Walaupun jauh juga bagi ceramah percuma ini, tapi saya puas, sebab gian nak berceramah dah tertunai. Hidayah dan Taufiq, itu kita pulangkan pada Tuhan. Oh ya, lupa, pulau ini tak macam pulau lain, di keliling pulau ini ada benteng setinggi 5 kaki yang menahan air dari masuk. Biasanya pulau berada di atas air. Inii cukup bahaya, dan mereka bagi tau, waktu pulau Niah terkena gempa bumi, kami disini turut merasakan goyangan pulau ini dan antara kami ada yang melihat pokok kelapa sengit.

0 comments:

Post a Comment

ddd

Tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi di atas permukaan bumi ini orang yang menyebut Allah- Allah- Allah. Hadis Bab Zikir

Hadis Qudsi
Aku malu menyiksa hambaKu yang sedang berada didalam perut bumi, (sudah meninggal) walhal anak cucunya sedang menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Salam perkenalan


7 Langkah Kepulihan ;Buku Yang Kami Hasilkan. Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh kaunselor di Pusat serenti, adunan dari Islam dan Barat, menjadikan buku ini mempunyai kelebihan tersendiri. Tujuan akhir adalah kebebasan yang abadi dari menjadi hamba kepada dadah

AKU malu pada untuk menyiksa hambaKu yang berada dalam perut bumi, sedangkan anak-anaknya menyebut-nyebut namaKu di atas permukaannya.

Sayangilah siapapun yang kamu ingin sayangi, tetapi ingatlah, kamu pasti akan berpisah dengannya.